BAB 4: Cinta Raja & Ratu (2/5)

14 1 0
                                    

Selain Mak Teh Aini, Along Azizah juga turut berkerja menyara keluarga mereka. Dia mengambil upah menjahit baju kurung dan berkerja di kedai tukang jahit di kampung mereka. Sarah dan Azira pula masih lagi menuntut di institusi pendidikan awam di bandar. Jika hujung minggu, mereka pasti akan pulang ke rumah walau macam mana keadaan pun. Bagi mereka, keluarga adalah yang paling utama. Kasih sayang inilah yang terterap di dalam jiwa Amir juga.

"Amir, tolong mak belikan kacang tanah dengan santan. Ikan bilislah sekali."

"Okey..."

"Ambil duit atas peti ais tu."

Amir pergi ke arah peti ais. Dia mengambil dompet Mak Teh Aini, diambil tiga helai duit kertas berwarna merah.

"Amir pergi dulu mak!"

"Amir!... Amir sekejap...! Emak lupa, ambil kuih ni, bagi kat abang Razlan kamu tu!"

Mak Teh Aini menghulur sebekas makanan berbentuk segi empat berwarna hijau, lalu dihulurkan kepada Amir yang sudah berada di muka pintu.

"Apa ni mak?"

"Ala karipap dengan bingka ubi. Bagi kat abang Lan kamu tu. Tanda terima kasih kepadanya, ya?!"

"Baiklah!"

Amir mengambilnya. Lalu keluar dan menyarung selipar jepunnya. Baju sekolah belum sempat ditukarkan lagi, tapi tidak mengapalah. Untuk Mak Teh Aini, apa pun boleh.

Dari rumah ke kedai runcit Pak Yeh yang berada di simpang jalan besar, perlu melalui simpang jalan ke dusun, iaitu simpang ke rumah Razlan. Amir berkira-kira untuk menghantar makanan dahulu sebelum pergi ke kedai.

"Assalamualaikum....."

Salam Amir disahut oleh Tok Mat Putih. Amir senyum. Kelihatan Tok Mat Putih sedikit sihat. Pergerakannya sedikit pantas dan bersemangat. Tidak seperti selalu.

"Tok Mat! Ini makanan yang emak saya bagi..."

"Ooo ya.. terima kasih Amir."

"Abang Lan tak balik lagi ke Tok Mat?"

"Dah tadi. Tapi dia keluar dengan peguam, sama itu orang yang kerja dengan dia tu.. apa orang panggil... pengurus? Pergi pekan rasanya tadi."

"Peguam???... pengurus???"

Amir seperti terkejut. Dia mengerut dahi. Dia tidak pernah tahu latar belakang Razlan. Yang dia tahu, Razlan ialah cucu saudara Tok Mat Putih dan Suhana ialah adik angkat keluarga Razlan. Amir seolah-olah tertanya siapakah Razlan?

"Sudahlah pindah masuk sekolah tengah-tengah tahun, ambil lima subjek aje, hebat berlawan. Ni ada peguam pula."

Amir mengomel sendirian.

Selepas membeli barang yang diminta oleh Mak Teh Aini, Amir balik melalui jalan yang sama. Semasa dia mengayuh basikalnya, ada sebuah kereta mewah, berjenama BMW 4 Series Coupé berwarna putih dan bercermin gelap memotongnya.

Amir tidak perasan akan kereta itu, tapi Razlan bersama dengan Taufik dan Amran memerhatinya dari dalam kereta itu. Terkedek-kedek Amir mengayuh basikalnya di bahu jalan itu.

"Budak itu mengganggu tak Razlan?"

Taufik menunding jari ke arah Amir.

"Tak. Dia tak tahu apa-apa."

"Setakat ini. Aku rasa dia bawa masalah nanti..."

"Aku kenal budak tu.. dia tak tahu apa-apa pun. Cuma aku risau dengan Hazrul, cikgu pasukan bola sepak aje."

"Kau ada cadangan nak buat apa dengan dia Razlan?"

"Aku... kalau nak bunuh dia, boleh sangat Taufik. Tapi takkan aku nak masuk penjara lagi kan? Aku slow talk ajelah dengan pengetua."

Api untuk AmirWhere stories live. Discover now