Cikgu Hazrul sekali lagi nampak Razlan masuk ke bilik pengetua bersama seorang lelaki (Taufik). Dia mendekati bilik pengetua itu kemudian cuba mencuri dengar.
Butiran kata tidak jelas didengari oleh guru itu. Makin lama dia mendekati telinganya ke daun pintu, tiba-tiba pintu bilik dibuka. Terperanjat dia. Pengetua berdiri di pintu, sementara Razlan dan Taufik berpaling badan melihat ke arahnya.
"Cikgu buat apa ni?"
"Hehehe... mana semua kerani En. Ishak?"
Pengetua melihat jam. Jam menunjukkan pukul satu petang.
"Kang ini masa rehat."
"Owww... rehat ek?"
"Sudah, baik cikgu beredar dari sini!"
Cikgu Hazrul melihat pengetua mengambil fail dari meja kerani di hadapan pintu bilik pengetua.
"By the way... tahniah cikgu Hazrul!"
Kata pengetua sebelum menutup pintu biliknya.
Cikgu Hazrul mengacip gigi.
"Aku mesti dapatkan folder tu..."
Bisik cikgu Hazrul.
"Apa!!! Aku jadi defender!!!???"
"Razlan yang ambil posisi kau!"
"Kenapa cikgu tukar posisi aku??!!!"
"Razlan yang mintak. Sebab dia cakap dia lagi bagus dari kau."
"Celaka!"
Cikgu Hazrul tersenyum puas apabila berjaya juga membuat Aidil melenting.
"Itulah kau... aku bagi warning hari tu tak nak dengar. Kang dah kena cantas!"
"Tapi kenapa cikgu luluskan pertukaran posisi itu?"
"Aku tak tahulah apa yang dia report atau mengadu dengan pengetua. Pengetua yang suruh aku tukar posisi kau!"
Makin berapi-api kemarahan Aidil. Badrul yang baru sampai ke arah mereka, mencucuk lagi supaya Aidil berang.
Tanpa berfikir panjang dan tidak waras. Aidil mengamuk. Habis semua barang cikgu Hazrul disepahkan. Semua guru turut melihat kejadian itu. Inilah kali pertama seorang pelajar naik hantu di dalam bilik guru di sekolah.
Aidil cukup berang apabila dia ditukarkan posisi. Seperti terpalit tahi pada mukanya. Dia yang merupakan kapten bola sepak, tidak harus ditukar posisi. Itu adalah maruahnya!
Aidil tidak mampu lagi menahan kemarahan. Tidak lagi mampu menahan bisikan syaitan untuk membuat perkara yang bukan-bukan. Hanya seorang sahaja yang dia boleh lepaskan kemarahan ini. Hanya seorang sahaja yang dia boleh belasah untuk melepaskan perasaan geram ini.
Amir.
Ketika itu Amir berada di dalam kelasnya. Sedang menghafal lirik lagu. Baru sahaja dia nak menyanyi di bahagian korus, dia terdengar bunyi bising pelajar-pelajar menjerit di luar kelas. Seperti sedang berarak sahaja gayanya.
Makin lama makin dekat ke arah bilik darjahnya. Amir bangun untuk melihat apa yang berlaku, tiba-tiba ada rakan sekelasnya berlari sambil menyuruh Amir lari dari situ.
"Cepat Katik! Lari dari sini!!"
"Kenapa ni?"
Amir tidak faham. Belum sempat dia buat apa-apa, Aidil muncul dari pintu bersama-sama segerombolan pelajar di belakangnya. Mereka menarik badan Aidil tetapi tenaga Aidil tidak dapat dihalang lagi.
Dussshhh!!!
Satu tumbukan tepat ke arah muka Amir. Amir jatuh terlentang dan kepalanya terhantuk ke kaki meja. Buku nota yang ada lirik lagu tadi tercampak dari tangannya. Aidil memegang badan Amir yang kecil itu lalu menghempas muka pelajar malang itu ke permukaan meja guru. Amir sudah terkulai layu.
YOU ARE READING
Api untuk Amir
Любовные романы"Cinta itu luas maknanya. Kisah ini Bukan hanya untuk pasangan kekasih. Kita masih lagi ada Tuhan, keluarga dan sahabat untuk kita cintai." Apakah yang terjadi apabila sikap keanak-anakan dan periang Amir bertemu dengan lelaki yang sangat matang da...