6 | Enam

9 0 0
                                    

[ Delima buat Qayyum ]
The right person will walk into your life when you aren't looking for them.

Anak matanya bergerak ke kiri dan ke kanan penuh gelisah. Suasana janggal ketika itu benar-benar membuat dia rasa lemas. Delima memandang Anis yang sedang seronok berbual dengan Rashid dan isteri. Entah apa tujuan bondanya tiba-tiba memaksa dirinya untuk makan malam di rumah itu.

"Delima dah lapar ke? Sabar sekejap ye. Kita tunggu anak lelaki uncle. Dia kata jalan tengah sesak. Biasalah malam minggu."

Rashid yang tiba-tiba menegur membuat Delima laju memaniskan muka. Dia menggeleng sopan. "Tak ada lah. Delima okay je," usai berkata penuh kekok gadis itu terus menatap skrin telefonnya. Jarinya bergerak ligat kononnya sedang membalas pesanan.

Bonda, nak balik!

"Ermm bonda, Delima nak pergi ke kereta eh. Nak ambil powerbank." Setelah agak lama berfikir, akhirnya Delima dapat mencipta alasan paling munasabah untuk lari seketika daripada suasana janggal itu. Berada di ruang tamu rumah itu benar-benar membuat dirinya sesak nafas!

Anis membalas dengan jatuhan kepala tanda membenarkan. Delima yang semakin menghilang di mata dipandang Anis. Kemudian, fokusnya kembali ditumpukan kepada Rashid dan Safiyya. "Kau tak kisah ke Qayyum kahwin dengan Delima?" Anis bersuara perlahan, tidak mahu perbualan mereka didengari lain.

"Suka atau tak, kami terpaksa setuju, Anis. Tapi, aku dan Safiyya okay saja kalau Qayyum tu dijodohkan dengan Delima. Anak kau pun sopan aku tengok. Dari atas sampai bawah, aku tak nampak cacat cela." Rashid sempat memuji di hujung katanya. Anis tersenyum mendengar. Dia berharap rancangan mereka mempertemukan Delima dan Qayyum pada malam itu berjalan lancar.

Orang bila tak kenal maka tak cinta. Jadi harapnya Delima dan Qayyum semakin berminat untuk mengenali satu sama lain selepas pertemuan malam itu. Semoga adalah kisah cinta pandang pertama seperti apa yang selalu diceritakan di dalam kebanyakkan drama yang tersiar.

"Tuan badan pun kena setuju juga, bang. Dia yang nak melayari bahtera, bukan kita. Nak ke anak teruna tu berpoligami pada usia muda? Setuju ke keluarga Iris kalau anak perempuan mereka dimadukan? Banyak benda juga kita kena ambil kira." Safiyya mencelah menyuarakan pendapat.

Serentak Anis dan Rashid menjatuhkan kepala tanda setuju dengan pernyataan Safiyya. "Tak apa, kita sama-sama fikirkan semua penyelesaian. Semua akan berjalan seperti apa yang dirancang. Insha'allah," lembut Rashid menutur. Dia tahu isterinya masih ragu dengan idea untuk menyatukan Qayyum dan Delima. Tapi, mereka tiada pilihan lain.

"Harapnya keluarga Iris setujulah. Kita tiada pilihan lain, ini semua amanah. Hendak atau tak, kita tetap kena usaha supaya rancangan ni berhasil. Salah kita juga sebab abaikan janji. Sekarang tanggunglah akibatnya." Anis menokok tambah. Di hujung katanya kedengaran keluhan berat dilepaskan, keluhan yang mengandungi 1001 penyesalan.

Suasana sepi ketika itu kerana masing-masing sedang bercakap dengan diri sendiri. Ruang tamu dipenuhi dengan aura kekesalan yang sangat tinggi. Mereka bertiga amat berharap bahawa masa itu boleh diundur kembali. Jadi, tidak perlulah mereka menghadapi situasi yang sedang dihadapi sekarang.

•••

Qayyum membuka pintu kereta selepas selesai memakir keretanya di dalam garaj. Dia mengerutkan dahi memandang kereta yang berada di laman rumahnya. "Itu kereta Aunty Anis. Tapi, perempuan mana pula tu?" Soal Qayyum penuh tanda tanya.

Susuk tubuh seorang gadis yang sedang terbongkok-bongkok seperti mencari sesuatu di dalam kereta BMW di laman itu ditenung Qayyum. Puas berteka-teki sendiri Qayyum memutuskan untuk menghampiri. "Oi nak mencuri ke?" Tanpa salam, dia terus menepuk bahu gadis yang masih tidak sedar akan kewujudannya.

Delima buat QayyumWhere stories live. Discover now