“ Kepada Park Jimin, lelaki yang memegang hati aku. Waktu bersama kau sangat jarang - jarang untuk aku dapatkan. Dan kerana itu, aku hargai setiap satu daripadanya. Semoga kita dapat membina memori yang lebih indah lagi, sayang. ”
↭
Sedar tak sedar, sudah hampir enam bulan aku mengahwini si suami dingin itu. Bermakna cuti semesta aku bermula dan tinggal setahun setengah lagi untuk aku menghabiskan pelajaran.
Selepas itu, sijil diploma akan berada di tangan aku.
Berbicara soal suami dingin itu, dia banyak menampakkan perubahan. Sejak kejadian sebulan lalu di mana aku menjumpai dia dalam keadaan marah. Semakin dingin dan jarang membuka mulut. Aku tak tahu apa yang perlu aku lakukan. Dia bagaikan berubah dalam sekelip mata.
Tapi kadang dia masih sempat mengajar aku subjek yang tidak difahami. Sudah tentu banyak kali aku menolak apabila melihatkan kepenatan yang tertampal jelas pada wajahnya. Ada masa dia mengalah dan ada masa dia berdegil.
'Mungkin Jiminie dah penat dengan Yunhee?'
Sering kali fikiran negatif itu terlintas di kepala. Tapi aku cepat - cepat menghalaunya pergi. Akibat terlalu asyik mengelamun, aku tidak sedar bunyi tapak kaki menghala ke balkoni.
"Yunhee?" Satu tangan diletakkan ke atas bahu membuatkan aku terkejut. Lantas aku menoleh ke belakang lalu memberikan sengihan kepada suami dingin itu.
"Kemas barang - barang yang kau perlukan. Untuk cuti semesta ni, kita akan pergi ke Rusia."
"EH?!" Aku terjerit perlahan. Badan terkehadapan mendekatinya yang kini sudah duduk bertentangan denganku.
"Aku nak bawa kau jumpa papa dan mama aku." Tubuhnya tersandar ke kerusi bersama senyuman malas. Melihatkan itu, aku turut tersenyum. Dia yang sedang bermalasan itu menimbulkan rasa senang dalam hati aku.
YOU ARE READING
[C] Vlàdimir. pjm
Fanfiction"Ya liublyoo tibya bol'she fsivo na sveti, sólnyshka. (I love you more than anything, little sun.)" Orang lain kata, dia lelaki berperangai raksasa. Mana mungkin merasakan cinta. Namun orang lain juga silap, kerana kasih lelaki itu terhad. Tersedia...