𝔹𝕒𝕓 𝟙

53 10 1
                                    

[ Aatiq POV ]

"MANA cikgu Rohani ni? Semalam kata nak buat kuiz. Aku dah bersemangat dah," ujar Irfan yang sedang berada disebelahku. Dia sedang bermain-main dengan pen birunya.

Aku hanya mengangkat bahu, tanda tidak tahu. Aku yang kebosanan, hanya memerhati sekeliling.

Kelihatan Syazlina yang sedang duduk di tempatnya sedang sibuk membelek awning tudung. Tak faham betul aku, awning dia elok je, apa yang dibetulkan pun tak tahulah.

Afiq pula sedang cuba mengurat Natasha yang sudah berkali-kali reject dia. Typical Afiq, tak mengalah betul.

Selebihnya hanya berborak, membingitkan kelas yang sudah sedia bising walaupun ada cikgu.

Ouh lupa nak cakap, dekat belakang kelas pula ada Ajay yang tengah menari kpop sambil buka lagu LIFE GOES ON dari BTS. Aku mengaku lagu tu sedap and yeah, Ajay joget power siot. Tetiba rasa join.

Okay gurau, aku sebagai pengawas yang berjaya perlu membiarkan sahaja perlakuan Ajay. Asal dia bahagia.

Alah tak ada cikgu, biar jelah dia nak joget.

"Tiq, tak nak join aku menari ke?," soal Ajay dari belakang. Mungkin dia nampak aku tengok dia.

"Bagi aku seratus dulu baru aku join," atau dalam bahasa lainnya, 'rasuah aku dulu'.

Ajay hanya memberi pandangan 'pergi-mati' dan kemudian dia meneruskan tariannya. Aku bosan, jadi badan dipusingkan kembali dan kepala aku letak atas meja.

Haih, bosannya.

BAM!

Luqman hentak meja aku.

"Tiq, aku bet, kau mesti dah siap kerja sejarah semalam kan? Bagi aku pinjam," kata Luqman yang entah muncul dari mana.

Kejap...

"Sejarah ada kerja ke?," soalku. Luqman dan Irfan mengangguk.

"Shoot, aku tak tau sejarah ada kerja. Mampos lepas ni kelas dia sia," menggelabah lutut aku. Cikgu Safiy dahlah garang, mati nanti kena smackdown dengan dia.

"Pan, kau dah siap ke?," soalku kepada Irfan yang duduk disebelah.

Irfan keluarkan buku latihan sejarahnya dan letakkan di atas meja.

"Ini Irfan Hakimi kot, mestilah siap," dengan bangga dia tayangkan mukasurat-mukasurat yang sudah siap diisi dengan tulisan. Jadi, dengan kelehbihan yang ada ni amarilah kita pinjam buku Irf-

"PAPAN AKU NAK PINJAM TERIMA KASIH," Luqman merampas buku tersebut dan lari ke tempatnya.

Tak guna.

"Haram betul perangai. Luqman aku minta dululah!," tak sempat aku nak kejar Luqman, Irfan tarik tangan aku.

"Sorry Tiq, siapa cepat dia dapat," bela Irfan. Aku sekeh mamat ni kang.

Selepas penat mencari siapa yang dah siap, akhirnya aku pinjam Friana.

Friana, bukan Fiona. Sebut betul-betul. Kalau perempuan ni tahu kang, habislah korang.

Sedang aku sibuk siapkan kerja sejarah,

"Guys, cikgu semua tengah meeting," ujar Raziq selalu ketua kelas 5 Amal 'paling function'.

Wah bagusnya, aku dah hampir siaplah baru nak kata cikgu ada mesyuarat.

Tak apalah, disebabkan aku ni pelajar harapan sekolah ( tipu tipu ), aku kenalah tunjuk contoh yang baik dengan sambung meng-copy buku latihan Friana. Asalkan siap.

KRINGGG! Aku menarik nafas lega. Setelah berhempas pulas aku menahan mata dari tidur waktu bahasa Melayu tadi, akhirnya dah boleh balik. Wuhu katil here I come!

Badan yang terasa lenguh itu diregangkan. Fuh sedap. Barang-barang yang berselerak atas meja aku kemas. Tak sabar nak balik awal lepastu tidur!

"Cepatlah Tiq, aku tinggal kau karang," ujar Ryai dari luar. Ryai ni kawan baik aku tapi kitorang tak sama kelas. Aku 5 Elektrik, dia 5 Pertanian.

Jangan pandang rendah dengan lelaki yang belajar pertanian ya, diorang belajar bio. While kelas-kelas lain tak belajar sebab kitorang semua aliran engineering, kecuali akaun. Tapi yeah diorang pun tak ambil bio.

"Sabarlah kejap-," kepantasan tangan membuat kerja ditingkatkan.

"Ok dah, jom," ujarku. Kami kemudian keluar dari kelas dan pergi ke kantin sebelum balik.

"Petang ni ada training?," soal Ryai. Aku mengangguk.

"Tiap hari ada. Kau hilang ingatan ke apa?"

"Mana tau harini tak ada. Aku baru nak ajak lepak," balas Ryai.

"Aku free nanti aku roger," Ryai mengangguk mendengar balasan aku.

"Get that. Tak bagitau aku tibai nanti."

"Wuu takutnya dengan abang. Jangan target saya bang saya tak bersalah."

"Pergi matilah kau. Okay, mak aku dah sampai, bye," Ryai melambai aku sambil masuk ke dalam kereta emaknya. Aku hanya angkat tangan, membalas lambaiannya.

Aku sebenarnya lupa yang aku kena balik jalan kaki harini. Selalunya balik naik basikal. Baru ingat nak singgah Mcdonald beli ice chocolate.

Tak apalah, exercise sikit.

[ End Aatiq's POV ]

MAKE YOU MINE [ discontinued ]Where stories live. Discover now