"QAY, belikan roti. Roti rumah ni dah habis," ujar abang Qayra, Haqeem. Qayra mencebik. Suka hati kau je suruh aku belikan roti. Motor kat depan rumah tu serupa tak ada fungsi dah. Asyik-asyik aku yang kena pergi beli. Dahlah jauh kedai runcit.
"Aku baru balik sekolah tahu tak? Kenapalah tak cakap awal-awal. Sekarang ni aku dah malas. Kau pergilah sendiri. Aku rasa kau ada motor."
"Ala, kau bukan dah lama ke tak makan aiskrim milo? Inilah masanya nak beli," katanya sambil berbaring malas di atas sofa ruang tamu. Qayra mencebik. Abang aku ingat aku senang terpedaya ke dengan hasutan dia? Setakat aiskrim milo, aku boleh buat sendirilah. Tak bazir duit, bazir tenaga kena jalan jauh.
"Aku belanja."
"Okay bang, bagi duit kau sekarang," Qayra hulur tangan kepada Haqeem. Haqeem sedikit tergelak. Dah kalau favourite tu milo, semua benda milo boleh jalan. Sepantas kilat, duit RM30 sudah berada ditangan Qayra.
"Thanks dik, balik nanti jangan jadi hantu milo, aku tak bagi kau masuk rumah nanti."
"Diamlah kau!," jerit Qayra dihadapan rumah. Abang paling takguna.
Baru beberapa langkah berjalan, jirannya, Timah menegurnya.
"Kau ni, Qayra. Balik sekolah dah gaduh dengan abang kau. Bingit telinga aku dengar tahu tak?," Timah berpeluk tubuh di hadapan pagar rumahnya.
"Haqeem tulah, motor bukan main mahal tapi guna time lepak dengan kawan dia je. Apa dia ingat aku bibik dia? Suka hati je arah orang," bebel Qayra. Dia masih geram dengan Haqeem.
"Dah tu, kenapa kau pergi beli juga ni?."
"Dia nak belanja aku aiskrim."
"Mesti aiskrim milo,kan?," tebak Timah. Qayra mengangguk. Tepat sekali.
"Qayra.. Qayra.. Kau kalau bab milo, laju je cakap boleh. Kalau aku minta tolong tak ada pula terus cakap boleh. Sampai hati," Timah membuat muncung itik di mulutnya sambil bermain-main dengan jarinya.
"Blahlah kau, gedik betul. Aku tak tolong betul-betul kang."
"Okay okay. Tenang, women. Aku gurau pun tak boleh," balas Timah sambil tergelak. Tiba-tiba Qayra terhidu sesuatu. Tangan kanannya memegang bahu kanan Timah.
"Timah, aku bukan tak nak bual dengan kau lama-lama, tapi, aku rasa ikan goreng kau dah hangit."
"YA ALLAH AKU LUPA AKU GORENG IKAN. CAU LU BYE!."
Sepantas kilat, Timah hilang dari pandangan mata Qayra. Qayra gelak. Kadang dia kagum dengan Timah, mampu berlari laju demi nak selamatkan masakan dia walaupun Timah jenis yang malas gila nak berlari. Aku tak tahulah apa masalah dia. Orang suruh masuk balapan pun dia tolak. Padahal dia memang lari laju.
Selesai termenung, Qayra meneruskan misinya, membeli roti dan aiskrim milo di kedai runcit.
"PETANG ni kita lepak sama-sama nak tak? Ada Hadri, Paan dengan Syafiq," soal Izni kepada Aatiq, walaupun dia tau apa jawapan Aatiq nanti.
"Sorry bro, aku ada takraw petang ni. Nak ponteng, nanti coach Juan tolak markah koko aku," Aatiq menepuk-nepuk perlahan bahu kanan kawannya. Kalau tak disebabkan dia sayang dengan markah koko dia, dah lama dia setuju untuk lepak dengan kawan-kawan dia.
"Takpe bro. Lain kali itu wujud," balas Izni. Dia faham dengan kesibukan Aatiq. Nak paksa pun, Aatiq ni jenis yang sayang dengan markah koko dia, lagi-lagi kalau melibatkan takraw. Pujuk banyak kali pun tetap tak akan jalan punya.
"Singgah beli air bandung jom. Aku haus ni," kata Aatiq. Air masak dia sebenarnya banyak lagi dalam beg, nak juga beli air manis.
"Jom," mereka berdua singgah di kedai runcit yang berdekatan.
Selesai membeli, perjalanan balik ke rumah diteruskan. Mereka melalui belakang kedai runcit tersebut sebagai shortcut untuk sampai ke rumah.
"Eh, apahal perempuan tu?," soal Izni.
"Perempuan mana?."
"Tu ha, yang tengah sibuk skodeng anjing dekat belakang pokok tu," tunjuk Izni. Mereka berdua mendekati gadis tersebut.
"Kau buat apa skodeng anjing ni. Jangan cakap kau suka dia," kata Aatiq, sebagai salam perkenalan kepada gadis tersebut. Gadis itu sedikit tersentak. Kemudian, dia menyuruh mereka senyap.
"Aku tengah nak lari dari anjing ni. Jangan risau, ni dah jadi macam rutin harian aku," balas Qayra perlahan. Setiap kali pergi kedai, setiap kali itulah dia akan terserempak dengan anjing itu. Dia pernah kena kejar dan berjaya menyelamatkan diri dengan masuk ke dalam semak samun. Itu pun bernasib baik sebab longkang yang dekat dengan semak tu tengah busuk, jadi anjing tu tak dapat nak bau dia. Yang malangnya, lepas menyorok bau dia memang busuk habis.
"Rilekslah, setakat anjing uncle Wong, tak adanya dia nak kejar orang. Anjing tu takut dengan orang," kata Izni selamba. Qayra pukul dahi sendiri. Kalau anjing uncle Wong, dia tak akan habiskan masa 15 minit untuk fikir macam mana nak lari. Ni anjing lain. Sebab apa? Sebab anjing uncle Wong tak berlegar-legar dekat belakang kedai ni. Selalunya dia baring je.
"Diam. Ni anjing lain," kata Qayra, masih dengan nada perlahan.
"Ye ye je ka-," anjing tersebut sudah berjaya mengesan mereka bertiga.
"Lari," maka, terkontang-kanting semua lari selamatkan diri.
"Ikut aku," kata Qayra dan kemudian dia masuk ke dalam semak samun yang pernah dia singgah sebelum ni.
"Kotorlah baju aku nanti,"rungut Izni. Qayra buat tak dengar. Dia tarik tepi beg mereka berdua supaya masuk ke dalam semak tersebut.
Semudah abc, dua-dua melayang masuk semak. Air bandung Aatiq yang tumpah semasa dia ditarik oleh Qayra tadi dipandang sayu. Aku tak sempat minum lagi.
Baru sahaja Aatiq nak merungut, muncul anjing tersebut dihadapan mereka.
Woof! Woof! Woof!
Woof! Woof!
Berputus asa untuk mencari mangsa untuk digigit, anjing tersebut membuat keputusan untuk membiarkan mereka pergi.
Selepas memastikan keadaan selamat, mereka keluar dari tempat menyorok.
"Habis kotor dah baju aku. Semua kau punya pasal," Izni menjeling Qayra. Qayra mencebik. Dasar tak mengenang budi. Patutnya dia biarkan sahaja mereka tadi. Baru tahu apa rasa kena gigit dengan anjing.
"Kau ganti balik duit air bandung aku," ini lagi seorang manusia yang tak mengenang budi. Sepatah haram terima kasih pun tak ada, tiba-tiba yang seorang merungut, yang seorang lagi suruh ganti balik duit. Aku patut ikut kata hati aku untuk biar je diorang tadi.
"Nah, RM2. Sama-sama," Qayra menghulurkan dua keping duit kertas berwarna biru cair kepada Aatiq.
Tanpa sepatah kata, Qayra beredar dari situ. Daripada dia sibuk mengutuk mereka di dalam hati, lebih baik dia balik.
"Oi," panggil seseorang. Qayra pandang belakang.
"Thanks," ujar Aatiq. Qayra tersenyum. Pandai pula ye cakap terima kasih.
"Your welcome."
YOU ARE READING
MAKE YOU MINE [ discontinued ]
Teen Fiction- sad to say, it's all a lie [ discontinue ] Ini cerita tentang Qayra Amalin, seorang gadis biasa yang dibenci emaknya. Dia hidup berdua di dalam satu rumah bersama abangnya. Hadirnya Aatiq Zafran, si pengawas biasa yang menerima cabaran Qayra untuk...