"See you tommorow!'',telefonku berbunyi menandakan ada satu mesej telah masuk.Aku menutup telefonku dengan perasaan gembira.Siapa yang tak gembira bila di ajak shopping dengan kawan sendiri.Semua orang juga pasti akan merasai apa yang aku rasa sekarang.Satu ketukan berbunyi di pintuku.Aku tau,tak lain,tak bukan,pasti adikku Arissa Syirlyn.Aku terus memberi arahan masuk kepadanya.
"Hah,ada apa datang kat bilik akak ni? Takde angin,takde ribut,tetiba je datang,'' soalku kepadanya sambil menaikkan sebelah kanan keningku.
"Ala....akak ni...Tak sportinglah..Orang baru nak ajak dia bersembang..Dahlah muka akak ni susah nak jumpa kat dalam rumah ni,'' satu keluhan keluar dari mulut adikku tanda tidak senang kepadaku yang seakan-akan tidak menerima kunjungannya ke bilikku.Ya,aku tahu mesti adikku rindu akan ku yang kerja 24 jam,siang malam tak berhenti,kecuali hari Sabtu dan Ahad.
"Alololo..kesiannya dekat adik akak ni..rindu eh kat akak..adik kan tahu akak ni kerja macam mana...tak akan adik tak faham..''
"Sebab adik fahamlah,adik kagum dengan akak.Yalah,bukan semua orang sanggup kerja siang malam, non stop lagi tu..Kalau adik jadi akak,memang adik tak sanggup...Dan kalau adik dapat kerja macam akak ni,sorry to say,memang adik tak terima dengan hati terbuka..Memang mimpi ngeri di siang hari,'' kata adikku dengan bersungguh-sungguh.
"Oh,ya..Adik kata nak bersembang dengan akak..Hmm,pasal apa? Good news or bad news?"soalku dengan muka berkerut.
"Both of them..Good newsnya adik dah dapat berkenalan dengan seseorang di Facebook.Tak tersilap adik,namanya Chizzlee.Yang bestnya dia boleh berbahasa Melayu.And bad newsnya,dia tak tinggal kat Malaysia,dia tinggal kat Australia.Kalau dia menetap di Malaysia,dah lama kitaorang berjumpa..Hurm..''
Wajah muram adikku,aku pandang.Aku terus berkata kepadanya,"apasal pulak dengan muka tu? Tadi gembira sangat,ni tetibe senyap semacam..Takkanlah sedih tak dapat jumpa dengan om putih tu..
Adikku terus menjawab dengan nada yang sedikit beremosi."Memang lah sedih..Kitaorang baru je bercadang nak jumpa di restoran yang selalu kita sekeluarga pergi tu..Alih-alih tak dapat,atas faktor tempat tinggal..''
Aku hanya memandangnya dengan wajah kehairanan sambil menggeleng-geleng kepalaku.Yalah,takkanlah benda kecik macam tu pun nak beremosi bagai.Buang masa adalah.Baik air mata tu simpan untuk benda yang berfaedah daripada benda yang entah apa-apa.Tapi itu lah lumrah manusia,kebanyakkannya menangis kerana manusia.Hanya sebahagian kecil je menangis kerana Allah SWT.Allahu akhbar!
Aku terus bertanya kepadanya yang masih teresak-esak menangis.Aku pun kadang-kadang tak faham dengan perangai adikku sorang ni.Mula-mula di awal cerita happy,di akhir cerita sedihnya macam kehilangan anak.Mesti pengaruh dengan drama Korea ni.
"Hurm,akak nak tanya kat adik.Kenal dengan si cheese tu dah berapa lama?''
"Bukan ch..ee..ssse..lah..kak...Tttt..taa..piii..Ch..iizz...llllee..,''ujar adikku dengan tergagap-gagap.Tergagap-tergagap tu bukannya sebab takut kena marah oleh aku,tapi sebab dia tengah nangis,biasalah tu.Drama sangat!
"Oh lain eh? Alaa..samalah tu.Chizz ke,cheese ke,cheesekut ke,cake cheese ke,yang penting sebutan dia sama.Hah,soalan akak belum lagi adik jawab.Dah berapa lama korang berkenalan?''
"Hmm..Llleee..bbiiihhh...kkkuku...rrraaanggg...1 bbuuu..lllaannn..''
Serius aku cakap sekarang ni,kalau kau tengah bersembang dengan adik aku masa dia tengah beremosi sikit,memang penat.Tergagap dia tu macam budak kecik yang tengah mengaku kesalahan kepada ibu bapanya.Ibaratnya macam tu lah ye.
Oh ya! Tadi adik aku cakap 1 bulan kenal dengan mamat om putih tu.Eh,kejap!1 bulan?!!!!1..bbbu...llaannn??! Aaah,sudah kenapa aku pulak tergagap ni? Adeiii..Aku terus membeliakkan mataku sambil memandang ke arah adikku."Kau biar betul dik??!!! 1 bulan kut..Takkanlah baru kenal dah nak berjumpa?Aku tak percayalah!!!'',aku terus menukar panggilan dari akak ke adik,kepada aku ke kau.Memang terbiasa dah kami adik beradik bertukar panggilan.Kalau tengah betul-betul baik,berakak-adik. Kalau tengah betul-betul serius or senang dikatakan tengah bergaduh, automatik panggilan tu akan berubah kepada aku-kau.
"Betullah,takkan aku nak tipu kau,kak? Buang masa aku jer..''kata adikku sambil mengesat sisahan air mata yang masih jatuh.
Aku hanya menggeleng-geleng sambil mataku tepat menatap mata adikku.Aku memandangnya seperti helang yang mahu menikam makanannya ataupun musuhnya.Adikku terus menundukkan kepalanya sedikit apabila menyedari mataku tertumpu ke arahnya.Dia juga tahu itu adalah tanda kemarahanku akan meletus tak lama lagi.Bersiap sedialah wahai adikku!!
Baru sahaja aku mahu membuka mulut untuk memarahi adikku,tiba-tiba mataku tertumpu ke arah tingkap yang langsirnya sedikit terselak.Di tingkap tersebut,aku ternampak seseorang mengenakan kot hitam di tubuhnya sambil memandang tepat ke anak mataku.Dia? Aku rasa aku pernah nampak dia. Oh,aku baru teringat dialah lelaki yang berkot hitam itu.Yang selalu ada di mana pun aku berada.Tapi,persoalan aku sekarang,macam mana dia tahu rumah aku ada di sini? Adakah dia mengekori aku sampai ke sini? Siapa dia? Apa dia mahu dari aku?Aku mesti cari tahu pasal semua ni.
Aku terus bangkit dari katilku untuk menuju kearah lelaki tersebut.Adikku masih terdiam sambil memandangku dengan kehairanan.
YOU ARE READING
Nilai Setitik Darah
Mystery / ThrillerAku??Nama aku Maria Syazlyn,seorang yang selalu periang dan peramah kepada semua orang.Tapi itu hanyalah diriku yang hanya tinggal kenangan.Semua ini berubah disebabkan seorang lelaki berkot hitam mengekoriku di mana pun aku berada.Jujur,aku tidak...