Hazel memegang kepalanya yang sakit.Rasa sakit sampai ke belakang kepala.
Hazel memerhati setiap sudut bilik itu.Dimanakah dia? Tempat ini terasa begitu asing.
Lama Hazel berfikir sebelum dia dapat mengagak di mana dia berada.
Hotel.
Kepalanya dipegang.
"Mana tudung aku?"
Laju Hazel menyelak selimut yang membaluti tubuhnya.
Tubuhnya hanya tersarung singlet bertali halus bersama seluar pendek.
Dia menghembuskan nafas lega. Nasib tak bogel.
Tiba-tiba pintu bilik air dibuka.
"Hey my baby boo dah bangun."
Hazel memandang tajam wajah selambar milik Carl. Carl hanya mengenakan bathrobe.
"Apa kau dah buat pada aku? Kau nak apa?!"tengking Hazel. Selimut ditarik menutup tubuhnya.
"Aku minta maaf.Aku terpaksa. Dalam hidup aku,apa yang aku nak semua aku akan dapatkan. Walaupun dengan cara kotor." kata Carl seraya melabuhkan punggung di birai katil.
Hazel menjauhi Carl.
"Sampai kau sanggup rosakkan masa depan aku?"tanya Hazel bersama tangisannya.
"Hey janganlah nangis....Kan aku dah minta maaf tadi.Lagipun aku tak sentuh kau pun.Aku....."
Tok! Tok! Tok!
Carl tersenyum sinis apabila mendengar ketukan daripada luar.
Hazel menggeleng-geleng kepala.
"Please....jangan hancurkan hidup aku."rayu Hazel.
***
"Sanggup Hazel menconteng arang dekat muka daddy!"
"Apa salah daddy?!"
"Tak cukup lagi ke apa yang daddy bagi selama ni?!"
Hazel menahan setiap pukulan daripada Dato Amrul menggunakan tali pinggang. Tubuhnya lemah.Dia tidak mampu untuk bergerak.
"Abang....sudahlah..."rayu puan Iman perlahan.Air matanya daripada tadi tidak berhenti mengalir.
Bukan dia tidak menghalang perbuatan suaminya itu,tapi apakah daya dia hanya seorang isteri.Dia tidak sanggup melihat Hazel dipukul sebegitu.
"Kenapa perangai Hazel tak sama macam arwah mummy? Daddy rasa daddy lah ayah paling tak berguna dalam dunia ni.Anak sorang pun daddy tak mampu nak didik."kata Dato Amrul dengan penuh kesal.
"Ni bukan salah Hazel daddy.......... tolonglah percaya....Adam...."Hazel memandang Adam yang sedang membelakanginya.
Dari tadi Adam hanya merenung kolam renang yang tenang itu. Sikit pun dia tidak bersuara.
Fikirannya kosong.Dia masih tidak dapat menghadam apa yang sedang berlaku.
"Daddy dah buat keputusan." Dato Amrul berjeda seketika sebelum menyambung.
"Hazel ada dua pilihan.Sama ada kahwin dengan budak jantan tu atau pergi jauh daripada sini.Jangan balik selagi Daddy tak mati!"kata Dato Amrul tanpa memandang anaknya itu.
Dia terpaksa.Itu je pilihan yang dia ada.Dia sendiri masih tidak percaya yang anaknya sanggup melakukan perkara terkutuk itu. Tapi apa yang dia boleh buat? Bukti dah ada depan mata.
Hazel memeluk kaki Dato Amrul. Tangisan dihemburkan kembali.
"Daddy tolonglah....Hazel tak salah. Trust me...Jangan buat Hazel macam ni."rayu Hazel.
YOU ARE READING
IAN ADAM HAYDEN [•C•]
Adventure"Hanya kerana seutas tasbih, Kita ditemukan." Cinta hadir tanpa diduga, cinta juga hadir tanpa dipinta.Semua yang berlaku atas kehendak-NYA. Pada mulanya,bagi Tengku Ian Adam Hayden,Hazel Medina adalah bala dalam hidupnya.Kerana sikap...