Episode.1

48 7 0
                                    

"Alamak!Dah lambat!Dah lambat!" jerit gadis berambut merah itu lalu berlari dengan kencang ke sekolah baru nya.

Swish!

Shinwu berlari di sebelah gadis itu.

"Abang Shinwu?!" soal gadis itu terkejut.

"Hey, kamu lambat!" ucap Shinwu, dahi gadis itu berkerut.

"Abang pun lambat!" ucap gadis itu lalu memperlajukan larian nya.

"Hey, tunggu!" ucap Shinwu lalu cuba mengejar gadis itu.

"Hah...hah..." mereka berdua menghembus nafas sebaik saja tiba di depan pagar sekolah.

"Macam mana kamu boleh lari dengan kaki pendek macam tu?" soal Shinwu, dahi gadis itu berkerut.

"Bukan masalah abang hemp!" gadis itu mengembungkan pipinya.

"Kamu berdua lambat!" ucap seorang guru kepada mereka berdua.

"Hihihihi, maaf..." ucap mereka serentak.

"Cikgu belum pernah lihat kamu sebelum ini, murid baru?" tanya guru itu, gadis itu mengangguk.

'Sebentar...rambut merah dan mata biru itu...'

"Adik kamu, Shinwu?" soal guru itu, Shinwu menggeleng kan kepala.

"Dia adik sepupu saya." terang Shinwu, guru itu mengangguk faham.

"Baiklah, hantarkan dia ke pejabat pengetua." arah guru itu, Shinwu mengangguk.

"Dan juga, jangan terlambat lagi ya." sambung guru itu, mereka berdua mengangguk.

🍰Bilik Pengetua🍰

"Abang ke kelas dulu ya." ucap Shinwu lalu meninggalkan gadis itu di hadapan pejabat Pengetua.

Klik!

"Maafkan saya..." gadis itu membuka pintu itu dengan berhati-hati.

'Perasaan saya saja atau dua pengawal tadi sama seperti manusia modifikasi?' tanya hati gadis itu.

"Kamu murid pindahan itu?Kim Yerin?" soal Tao kepada gadis itu.

"Ah, iya saya pindah ke sini atas urusan keluarga." ucap Yerin lalu mengukir senyuman.

'Pengetua pun nampak sama seperti manusia modifikasi.' ucap hati Yerin.

"Baiklah kalau begitu kamu boleh ke kelas sekarang dan saya akan berikan buku kamu nanti." ucap Tao.

"Ba-baik, kalau macam tu saya pergi dulu." ucap Yerin lalu keluar dari pejabat Tao.

"Pelik, kenapa cctv di sekitar sini tak berfungsi?" soal Tao sebaik saja Yerin meninggalkan pejabatnya.

🍰Kelas Yerin🍰

"Baiklah semua kita kedatangan murid baru." ucap seorang guru wanita.

"Lelaki atau perempuan?" soal mereka semua.

"Kamu boleh lihat sendiri, silakan masuk." ucap guru itu.Yerin berjalan masuk ke kelas nya.

"Hai, nama saya Kim Yerin sila beri tujuk ajar." ucap Yerin lalu membungkuk 90°.

"Baik kamu boleh tanya apa yang kamu nak tanya." ucap guru itu.

"Yerin sebelum ini tinggal di mana?" soal seorang murid.

"Di Tokyo, Jepun!" ucap Yerin berserta dengan senyuman manis, semua murid terpaku.

NOBLESSE >Next Story<Where stories live. Discover now