Part 18

928 94 15
                                    

Pada pagi yang boleh di katakan indah..

Gempa membetulkan syal kuning cair yang membelit lehernya, semalam sajlu turun entah masa bila salju turun Gempa pun tidak tahu. Mungkin turun tengah malam.

Dan pada pagi itu juga, hatinya rasa panas kerana Halilintar pergi tanpa beritahunya. Tengok-tengok pada pagi itu kelibat Halilintar sudah tiada dan hanya terdapat sekeping nota yang tertampal di permukaan cermin solek.

Maaf aku pergi tanpa bagitau kau, aku serba salah nak bangunkan kau dari tido. Aku harap hubungan korang berdua dapat berbaik sebelum balik ke tanah air. Gunakan masa yang ada untuk kau selesaikan masalah kau dengan Ice.

From Linlinchu cute 💕🙈

Gempa tersenyum membaca ayat terakhir Halilintar. Comel saja nickname tu.

Gempa menarik nota itu, entah kenapa dia terniat mahu membalikkan nota itu. Seperti ada yang menariknya untuk berbuat begitu.

Gempa terkelu, melihat dua kalimat yang terdapat di belakang nota itu.

Saranghae Goldy..

"Linlin... Maaf sebab tak dapat balas perasaan kau. But, nado Saranghae Linlin."

Gempa masih ingat tentang bisikan Halilintar semalam. Ya, dia dengar semuanya semalam sebab dia tidak sepenuhnya tidur pada masa itu. Tidur ayam lah katakan. Bahkan luahan hati Halilintar.

"Aku harap kau jumpa seseorang yang jauh lebih baik dari aku.. Dan juga aku harap kau dapat hapuskan rasa tu walaupun aku tahu hal itu terlalu susah."

•••••

Angin sejuk yang sepoi-sepoi bahasa menampar lembut pipi Ice yang sedang melayan perasaan di Sungai Han pada petang itu. Butiran salju yang masih turun menyembah bumi bahkan di atas kepalanya hanya dibiarkan.

"Ice.."

Kelopak mata Ice yang sedari tadi terpejam, kini terbuka bila mendengar satu suara lembut menyapa gendang telinganya.

Terlihat Gempa berdiri di hadapannya dengan senyum kecil. Di tangan lelaki itu terdapat dua gelas air dengan wap masih terlihat.

Tidak berkelip mata Ice melihat Gempa yang dihujani oleh butiran salju yang menimpa dirinya. Cantik.

"Ice nah.."

Ice tersedar bila Gempa menghulur segelas air kopi padanya. Dia berdeham.

"Thanks."

"Hmmm."

Gempa melabuh duduk di sebelah Ice, seraya meletak air minumannya di sampingnya lalu dia memeluk tubuhnya sendiri kerana sejuk.

Ice mengerling ke arah Gempa. Dia turut meletak gelas minumannya.

"Esok saya akan flight balik."

"Oh."

Itu sahaja yang keluar dari mulut Ice, tidak tahu mahu membalas apa. Entah kenapa rasa canggung menguasai suasana mereka.

Iris mata biru Ice menangkap gelagat Gempa yang seperti kesejukkan itu. Dia tanpa amaran terus memeluk tubuh Gempa dari samping dan hal itu membuatkan Gempa tergamam menerima pelukan tersebut.

"Shh.. Biarkan begini, sekejap aje."

Pelukan Ice makin erat.

Gempa tidak berkata apa-apa, dia hanya diam dan memandang lurus ke hadapan.

"Gempa, aku minta maaf sebab pernah kejam dengan kau. Tolong maafkan aku, walaupun aku tahu perbuatan aku itu tidak dapat di maafkan. Tapi aku mohon, kembali lah pada aku. Aku dah insaf. Maaf sebab jadi suami yang tidak berguna. Aku memang tidak berguna. Manusia yang kejam. Please give me a second chance, untuk aku tembus balik kesalahan aku."

Gempa memalingkan wajah pada Ice, dia menangkap linangan air mata yang bertangkung di birai mata lelaki itu. Sebelum ia jatuh mengalir ke pipi.

Gempa mengetap bibir, matanya turut menjadi panas. Dia dengan kasar melepaskan pelukan Ice padanya lantas berganjak bangun. Dia membuang muka ke arah lain, tidak mahu lelaki itu melihat air matanya yang sudah jatuh mengenai pipi.

"Gempa.."

"Maaf, saya harus balik."

Setelah itu Gempa berlalu pergi dengan pelbagai perasaan yang menyapa hatinya, meninggalkan Ice bersendirian di situ.

Ice mengepalkan tangannya dengan kepala ditundukkan. Dia yang dikenali sebagai hati batu, kejam dan dingin kini luluh hanya di sebabkan satu orang. Dia menangis di bawah butiran salju, salju kedua untuk mereka berdua di negara ginseng.

"Aku tahu kau belum dapat maafkan aku, aku faham yang aku memang tak layak untuk mendapatkan perkataan maaf dari kau.. aku sedar yang aku kejam, lebih kejam dari iblis."



















Tbc...

😭 kenapa rumit sangat masalah rumahtangga diorang? Bila nak berakhir.. Hueheueheu...

Another Day | Done For Me (IceGem S2) [C]√Where stories live. Discover now