Naina, Sahabatku

9 4 0
                                    

Naina.. angin berpuput lembut menari-narikan anak rambutku. Sekilas fikiranku menerawang. Wajah Naina tiba-tiba menjelma. Rakanku yang satu ini sukar untuk didalami hatinya.  Begitu payah meneroka gelodak jiwanya. Aku tertanya-tanya mengapa begitu sukar untuk mendalami hatinya dan perasaan rakan baikku yang satu ini. Sudah seminggu Naina tidak hadir ke sekolah dan inilah bukan kali yang pertama. Sebelum ini pun Naina kerap tidak hadir. Aku ingin berkongsi rasa perasaan sayang kepada rakanku ini begitu menebal. Pasti ada sesuatu yang disembunyikan daripada pengetahuanku.
"Naina, ke mana awak menghilang minggu lepas? " soalku apabila Nana muncul di sekolah pada pagi itu. Naina tersenyum tawar lalu berlalu meninggalkan aku termangu sendirian. Aku memandangnya dengan pandangan yang kosong. Nampaknya, persoalan yang bermain di benakku selama ini akan terus menjadi persoalan. Keesokan harinya, Naina tidak muncul lagi. Begitu juga hari -hari seterusnya. Kini, hampir dua minggu aku tidak menetap wajah mulusnya. Naina.. Aku rindu dengan senyumannya, gelak tawarnya. Dulu, Naina tidak begini. Dahulu gadis ini sangat ceria. Gelak tawanya begitu murah. Hidupku berasa terisi dengan kehadirannya.
"Cikgu tahu tak di mana rumah Naina? " tanyaku kepada Cikgu Hajar.  Sebelum pulang ke rumah tengah hari itu.
"Oh, Naina tinggal di kampung Seroja, 5 kilometer dari sekolah kita ini. Mengapa kamu tanya?" soal Cikgu Hajar kembali.
"Naina ada masalahkah cikgu? Sejak akhir -akhir ini dia kerap tidak datang ke sekolah. Bila saya bertanya kepadanya, dia cuma berdiam diri, " balasku sambil mengharapkan kepastian daripada Cikgu Hajar.
"Apa yang cikgu tahu, Naina ada masalah keluarga tapi dia tidak pernah menceritakan keadaan yang sebenar kepada cikgu," balas Cikgu Hajar perlahan. Jawapan cikgu Hajar membuatkan fikiranku terus menerawang. Naina menjadi semakin pendiam sejak akhir-akhir ini. Sepatah yang ku tanya, sepatah yang dijawab.
Pada petang itu, aku nekad. Bertemankan ibu, menuju ke rumah Naina. Mataku tertancap pada kelibat Naina yang sedang menyidai pakaian. Ada riak kejutan di wajahnya.
"Azian, apa kamu buat di sini? " spontan pertanyaannya keluar daripada bibir comelnya. Aku tidak menjawab sebaliknya hanya melemparkan senyuman.
"Jemputlah masuk, Azian, makcik, " Naina sambil menyambut huluran salamku. Dalam tempoh 2 jam berada di rumah ini segala-galanya persoalanku terjawab. Aku kagum denganmu wahai sahabat. Kau sanggup berkorban demi ibu dan keluargamu. Di bahu Nainalah semuanya terpikul. Bapanya terlibat dalam kemalangan sewaktu dia pulang dari tempat kerja sebulan yang lalu menyebabkan hanya mampu terlantar. Ibu Naina pula baharu sahaja melahirkan anak yang ke lima. Bela rasa di hati apabila melihat Naina terpaksa membuat segala-galanya. Wajah tenang Naina membayangkan seribu kedukaan yang berat untuk dipikul. Aku memeluknya erat. Tiada kata-kata dapat aku dengarkan. Hanya kedengaran esok tangis kami berdua.
Beberapa bulan kemudian, Naina tidak datang lagi kerana menjaga adiknya yang keempat yang sakit semput. Adiknya kerap keluar masuk hospital akibat cuaca tidak menentu,kadang-kadang panas dan kadang-kadang hujan.
Setiap bulan selepas balik dari sekolah, aku akan pergi ke rumah Naina untuk memberi makanan dan barang-barang keperluan.
"Terima kasih atas pengorbanan awak kepada keluarga saya selama ini. Saya sangat menghargai jasa-jasa awak kepada keluarga saya. Saya berjanji kepada awak saya akan sentiasa sekolah walau apa pun yang terjadi. Saya juga selalu berharap kita akan belajar bersama hingga ke menara gading, " kata Naina dengan sayu sambil melemparkan senyuman. Benarlah kata peribahasa berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Jauh di sudut hati, aku berdoa agar yang Maha Esa memberikan ketabahan dan kesabaran kepada temanku ini dalam menempuh dugaan yang berat. Yakinlah wahai sahabat, kau insan terpilih dan dugaan yang hebat ini bukti Allah amat menyayangimu. Semoga dikau tabah wahai sahabat.

TAMAT.

Naina, Sahabatku Where stories live. Discover now