° Vladimir 034 °

249 43 0
                                    

“ Untuk setiap kesedihan dan kepedihan yang kau rasakan, aku ingin menjadi penyembuhnya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Untuk setiap kesedihan dan kepedihan yang kau rasakan, aku ingin menjadi penyembuhnya. Kau ada aku, Park Jimin. Sentiasa ada.

"Yunhee?" Kedengaran satu suara yang memanggil

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Yunhee?" Kedengaran satu suara yang memanggil. Aku yang pada mulanya merajuk di taman bunga itu segera memaniskan muka. Tahu bahawa suara itu milik puan Victoria, ibu kepada suami dingin itu.

"Puan..." Aku menyapa malu. Mesti wanita itu ingat aku berperangai seperti budak kecil. Merajuk sebab Jimin meninggalkan aku kerana kerja.

Kata nak bercuti!

"Aip, kan semalam dah kata, panggil mama sahaja." Puan Victoria menepuk perlahan lenganku lalu duduk di sebelahku.

"Mama..." Panggilku lagi. Senang dengan sikap puan Victoria yang berusaha untuk membuatkan diri aku tidak terasa ketinggalan. Nasib sahaja wanita elegan itu mampu berbahasa Korea.

Aku pasti sikap puan Victoria tidaklah kebudak - budakan seperti ini, tapi dia hanya berlakon demi aku. Untuk membuatkan aku rasa selesa. Aku tidaklah begitu bodoh. Dari penggamatanku, wanita itu seorang yang tegas dan tajam bila berkata - kata. Dia seperti seorang ratu.

Sejak pertama kali aku didedahkan dengan dunia luar, aku sudah semakin pandai untuk membaca niat orang lain. Manusia seperti Hyun dan Sooyoung memberikan aku banyak pengajaran.

Dan aku akui, mental aku sudah semakin dewasa. Walaupun kadang kala aku tetap berperangai seperti budak kecil kerana ianya berada di luar kawalan aku.

"Yunhee ada nak tanya apa - apa pasal Jimin?" Soalan puan Victoria mengejutkan aku. Mata memandang wanita yang sedang membelek - belek bunga mekar.

"Mama tahu, Yunhee mesti kadang - kadang geram dengan dia. Yelah, budak tu susah sangat nak buka mulut." Puan Victoria menolehkan kepalanya ke arah aku seraya menyerahkan bunga berwarna merah jambu dan putih kepadaku.

[C] Vlàdimir. pjmWhere stories live. Discover now