﷽
"...dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya." - Al-Baqarah: 216
。 ₊°༺˗ˏˋ ♡ ˎˊ˗༻°₊ 。
HUJAN hadir membasahi permukaan tanah. Air mata yang jatuh berderai sudah selaju hamburan air hujan yang menyembah permukaan bumi.
Sakit yang meruntun jiwa seolah-olah memaksa dia untuk mengalah dengan keadaan. Benar, dia sudah tidak terdaya ingin melawan hebatnya rancangan 'Al-Baari' '.
Pedih bukan kepalang lagi hatinya bila memikirkan betapa kejamnya dia apabila sanggup mengetepikan pendapat baba dan bonda yang membangkang sekerasnya dengan perkahwinan ini.
Perit yang merenggut tangkal hatinya tidak sehebat peritnya hati wali dan syurganya itu. Kini, dia sudah faham bahawa balasan daripada 'Al-Muntaqin' itu sangat dahsyat.
Sedang enak mengelamun, dia terdengar bunyi pintu bilik dikuak kasar lalu menghasilkan bunyi dentuman kuat. Tahulah dia suaminya sudah pulang.
Erk... suami? 'Singa Gila' mungkin lebih sesuai untuk menggelar lelaki baran itu.
"Hei, kau memang dah tak tahu tanggungjawab isteri ke, perempuan! Aku balik rumah, lapar kau tahu tak? Kau pulak senang hati, goyang kaki dalam bilik. Masaklah! Aku lapar, bangang," sambil mengarah tangan pula tangkas bekerja menarik kuat rambut si isteri memaksa si isteri untuk bangun dari duduknya.
Sa- sakit. Baba, bonda, along sakit. Namun sayangnya, ayat itu hanya mampu diungkapkan di dalam hati yang semakin dirobek.
"Kau ni memang perempuan tak sedar diri kan! Kau turun dapur, masak untuk aku. Sekarang! Aku tak nak dengar apa-apa alasan dari mulut kau tu. Aku nak, nanti aku turun, makanan aku dah siap. Kau faham ke tidak!" jerkahnya kasar. Mana pernah Singa Gila itu berlembut dengan si isteri.
Jika tadi rambutnya ditarik, kini tubuhnya pula ditolak kuat ke pintu bilik. Seolah-olah memaksa dia untuk keluar secepat mungkin dan menurut arahan lelaki itu.
Si isteri mengangguk laju. Tanpa suara, dia membuka langkah ingin meninggalkan bilik yang seperti neraka itu. Namun, lain pula jadinya apabila lelaki itu kembali menarik rambutnya. Terdorong ke belakang tubuh kecilnya. Hampir saja dia terhantuk pada dinding berdekatan pintu bilik.
Mengaduh perlahan dia. Seolah-olah hilang kulit kepala bila rambut cantiknya ditarik sekasar itu. Baba dan bonda pun tak pernah naik tangan pada dia. Ya, walaupun dia telah mengingkar arahan ibu bapanya itu. Mereka tetap tidak pernah berkasar dengannya.
Namun, lain pula si Singa Gila ini. Mungkin jika amarah lelaki itu tidak dapat dikawal lagi, silap hari bulan si isteri mungkin akan diperlakukan lebih lagi.
Dia pandang Singa Gila itu sekilas lalu cepat cepat dia merunduk melihat lantai. Lantai lebih tenang berbanding wajah baran si Singa Gila.
"Eh, bangang! Cakaplah! Bukannya kau bisu!" tangan sekilas menampar pipi kanan si isteri. Sempat juga ditolak kuat kepala si isteri. Geram dengan diamnya si isteri. Berjela-jela dia menghina si isteri, si isteri hanya diam. Mendidih-didih darahnya tika ini.
Rahang isteri didongakkan dengan kasar.
Raungan sakit si isteri sedikit pun tidak membuatkan dia merasa kasihan. Dia lebih suka jika si isteri sakit. Mati pun dia tak kisahlah. Lagi cepat, lagi bagus!
"Aku kata jawab! Bukan angguklah. Apa yang kau tak faham bahasa ni, perempuan gila! Bahasa Melayu waktu SPM dulu boleh pulak kau dapat A plus! Aku cakap bahasa Melayu biasa macam ni pun kau tak faham ke, bodoh!" buat kesekian kalinya si Singa Gila itu menampar kuat pipi kiri si isteri. Barannya tidak dapat dikawal lagi.
YOU ARE READING
QASH FAYED: HUMAIRA's TRUE LOVE
RomanceTak ada sinopsis. Nanti dah 'complete' baru kita buat sinopsis. By the way, kalau nak tahu serba sikit jalan cerita dia, boleh baca POV kat TikTok qnqies. Thanks and bye, semorunk! START: 20 OCTOBER 2024 (22:20) COMPLETE: x