Matanya dipejam kuat. Tak nak dia buka kerana dunia terlampau kejam padanya.
Kenapa ini berlaku kepadanya. Dalam banyak-banyak orang kenapa dia terpaksa lalui semua ini. Dia tak kuat, dia tak teguh. Dia tetap lemah dan kini dia tersungkur jatuh.
"Cik Maya, "
Maya membuka mata memandang Fia yang berada di sisinya. Kawasan hospital agak sunyi di kawasan menunggu.
Hanya ada dia, Fia, keluarga terdekat Isyraf. Masing-masing setia menungu Isyraf yang masih di wad pembedahan.
"Cik Maya tak nak balik berehat dekat wad dulu ke? "
Maya menggeleng lemah. Walaupun dia berasa penat sangat, seluruh tubuh badannya sakit. Kepalanya juga berdenyut hebat. Dia masih perlu fikirkan Isyraf.
"I want to see Isyraf." balas Maya tekad. Dia perlu tengok Isyraf dengan matanya sendiri. Mahu pastikan dia selamat.
Maya dari tadi menggosok kedua tangannya untuk menenangkan diri. Pada masa yang sama dia sibuk bermain-main dengan tiub di tangannya. Dia tak keruan.
Hatinya tak berhenti berdebar kerana setelah hampir 4 jam masih tiada lagi tanda-tanda pembedahan akan selesai.
Fia mengusap lembut bahu Maya. Memberi sokongan.
"Sabar ye, mungkin ada hikmah semua ni berlaku? "
Pujukan Fia dicemuh dalam hati.'Hikmah? Tak ada hikmah pun semua ni, kau cuma malang Maya.' bicara hati Maya. Setelah semua yang terjadi dalam hidupnya, dia akhirnya tewas. Dia tak sanggup lagi menghadapi semua ni.
'Tapi bukan salah kau. Semua salah Faris. Faris yang buat Isyraf macam ni.' bentak otak Maya. Ya! Ni semua salah Faris.
Faris tahu dia akan bergantung dengan Isyraf. Sanggup Faris gunakan Isyraf untuk dirinya sendiri. Faris tak mahu, dan tak mampu pertahankan Maya lalu dia mengalah. Dia pilih Isyraf untuk di korbankan. Otak Maya mula menghasut yang bukan-bukan.
'Wah! Hebat kau Faris! Tergamak kau buat Isyraf macam ni. Baik kau biar je aku mati. 'Maya mulai teresak kembali. Cepat-cepat Fia memeluknya.
"Dahlah Cik Maya. Jangan nangis lagi.. Cik.. -"
"Kenapa dia sakiti Isyraf? Isyraf tak salah Fia. Ya allah! Kalaulah I tak suruh Isyraf teman I mungkin dia-"
Fia memotong.
"Kalau Isyraf tak ada, mungkin Cik Maya yang ada dalam operation room sekarang. Cik Maya cuba fikir sebelum cakap! "
Maya menolak tangan Fia. "YOU TAK FAHAM KE? I NAK TAK ORANG LAIN SAKIT. APATAH LAGI SEBAB I."Maya sedikit berteriak.
"I TAK BERGUNA FIA. I CAN'T HELP ISYRAF. AND I CAN'T EVEN HELP MYSELF!!"
Maya mulai berdiri. Tangan Fia yang menahannya di tolak. Dia memeluk tubuh kejap. Cuba menenangkan dirinya. Tapi nafasnya sesak. Sukar untuk dia menerima semua ni.
"Ni semua salah Faris. "
Fia sudah tersentak. "Cik Maya tak baik cakap macam tu. Faris -"
"Apa? " Maya memandang Fia sinis.
"You nak cakap yang dia buat ni untuk I? "Fia mencapai tangan Maya. "Faris cuba lindungi Cik Maya. Dia tahu dia perlu tangkap lelaki tak guna tu, ini je peluang yang ada. Faris tahu. Isyraf pun tahu. "
Maya menggeleng laju. Dia tergelak histeria.
"Tak! Tak! Tak! Isyraf tak tahu Fia. Kalau dia tahu, dia takkan terlibat dengan semua ni! "
YOU ARE READING
Sayang Awak Encik Polis!!! (COMPLETED) Bakal Terbit
Mystery / Thriller🌸🌸🌸🌸 "Sanggup ke Cik Maya bercinta dengan lelaki biasa macam Faris tu? Dia siapa? Anggota polis biasa, Cik Maya pula? Satu Malaysia kenal Cik Maya, artis wanita paling popular! " Oh please! MAYA IRDINA JATUH CINTA? Dengan polis yang patutnya me...