KESEDIHAN

315 20 9
                                    

Peperangan tercetus dan ramai penduduk dibunuh oleh kedua-dua tentera. Yang ada dalam diri mereka hanyalah kemenangan. Namun nasib tidak menyebelahi tentera negara. Mereka tewas di tangan tentera pemberontak.

Mayat kelihatan di merata-rata tempat sehinggalah mayat mereka mereput. Kawasan bandara telah menjadi kawasan pengumpulan mayat. Tiada siapa yang dilihat terselamat dari peperangan itu. Tetapi kita tidak tahu apa yang berlaku di sebaliknya. Mungkin sesuatu yang baik akan berlaku di masa hadapan. Semuanya untuk keamanan negara.

(Di sebuah rumah jauh dari bandar)

Kelihatan seorang remaja sedang terbaring lesu di atas katil usang di dalam rumah kecil itu. Dia masih belum sedar selepas peperangan yang berlaku sejak sebulan lepas. Seorang lelaki yang berusia awal 40-an sedang menukarkan kain pembalut di dadanya. Ada 2 tanda hitam di dada remaja itu. Setelah selesai, lelaki itu menggerakkan keseluruhan badan remaja itu supaya darah sentiasa mengalir.

Dalam sebulan ini, lelaki itu menjaga remaja itu dengan sedaya-upayanya dan bersembunyi dari tentera pemberontak yang sentiasa mencari mangsa. Di sebalik gunung itu, dia membina rumah kecil dan tinggal di situ. Kebetulan semasa melarikan diri, dia menemui remaja itu yang parah ditembak dan menyelamatkannya.

Setelah sekian lama menunggu, akhirnya remaja itu sedar. Pagi itu, lelaki itu tiada di rumah kerana mencari bekalan makanan untuk mereka.

'Aku kat mana ni? Kenapa aku masih hidup lagi? Aku sepatutnya dah lama mati.' bisik hatinya.

Remaja itu bangun perlahan-lahan dan melihat tubuhnya yang tidak berbaju. Dia melihat balutan di dadanya dan kesakitan masih terasa. Dia cuba mengingati semula apa yang telah berlaku.

Secara perlahan-lahan, ingatan itu kembali padanya. Air matanya bergenang apabila dia teringatkan adiknya Miyuki yang telah dirampas oleh tentera pemberontak. Setelah puas menangis, dia cuba bangun namun pandangannya gelap seketika. Dia terjatuh ke tanah.

"Hei! Kau dah sedar ke? Jangan bangun! Kau tak sembuh lagi. Ambik masa untuk luka tembakan tu elok. Baring dulu." Lelaki itu menolong remaja itu baring semula di katil. remaja itu menangis sekali lagi.

"Maafkan saya pakcik Tetsuka... saya selalu menyusahkan pakcik dan selalu curi roti pakcik... dan terima kasih sebab selamatkan saya... saya minta maaf..." rayu Roychi sambil menangis teresak-esak. Tetsuka mengusap ubun-ubun Roychi dan tersenyum.

"Pakcik tak marah kamu. Sebenarnya pakcik seronok tengok kamu. Biarpun pakcik terpaksa berlari berkilo-kilo! Hahaha! Pakcik suka tengok kamu sebab pakcik teringatkan anak tunggal pakcik yang telah pergi sertai tentera bersekutu setahun yang lalu." Tetsuka memberi air kepada Roychi setelah Roychi duduk dengan selesa. Dia duduk di sisi Roychi sambil tersenyum manis.

"Lama pakcik tunggu kamu sedar. Pakcik ingatkan kamu dah tak ada masa pakcik jumpa kamu terbaring berlumuran darah sebulan lepas. Tapi kamu bernasib baik. Luka kamu tak parah dan pakcik rawat kamu di sini. Jauh dari tentera pemberontak. Sekarang kamu tak perlu risau lagi. Kamu dah selamat dan pakcik akan jaga kamu sampai kamu sembuh." Tetsuka memberi sedikit roti kepada Roychi yang tersenyum hambar.

"Apa yang terjadi pakcik? Tentera pemberontak masih ada dalam bandar kita ke? Semua orang selamat bukan?" Tanya Roychi pula. Tetsuka mengeluh panjang.

"Sebenarnya Roy, tentera kerajaan kita dah kalah teruk di tangan tentera pemberontak. Tentera di bawah pimpinan Tuan Silver dah takluk negara kita dan membunuh sesiapa sahaja yang memberontak. Kita bernasib baik sebab masih hidup. Pakcik bina rumah ni dan sembunyikan diri. Apa yang pakcik dengar, kebanyakan penduduk ditangkap untuk dijadikan buruh kasar. Yang ingkar akan dibunuh. Keadaan sekarang amat teruk." Cerita Tetsuka perlahan.

"Saya bukan seorang pemimpin yang baik.. saya tak dapat selamatkan orang-orang saya... dan adik kesayangan saya.. saya kalah ditangan mereka sebelum berjuang untuk rakyat saya... saya yang bersalah kerana terlalu lemah... apa yang perlu saya buat...?" Roychi menundukkan kepalanya dengan linangan air mata.

"Roychi! Kamu seorang ketua yang bagus. Selama ni kamu menjaga kebajikan rakyat kamu sebaik mungkin. Pakcik tahu semua tu sebab pakcik berkawan dengan Ruksya. Dia telah ceritakan segala-galanya pada pakcik sebelum peperangan berlaku. Kamu kena kuat. Hanya kamu yang dapat selamatkan rakyat kamu dan juga negara ni. Dan pakcik akan tolong kamu! Pakcik akan jadikan kamu seorang pejuang keamanan. Dalam diri kamu ada sesuatu yang berharga yang tiada pada orang lain. Kuasa kamu dapat menandingi semuanya termasuklah ketua tentera pemberontak yang bermaharajalela sekarang. Kamu kena percaya pada diri kamu sendiri Roychi! Demi adik kamu, Miyuki!" Tetsuka memeluk Roychi seeratnya dan memberi semangat.

"Apa yang perlu saya buat pakcik? Saya tak ada kemahiran apa-apa pun... " ucap Roychi.

"Pakcik ada semua tu. Kamu jangan risau. Pakcik adalah bekas tentera dalam unit rahsia kerajaan. Pakcik belajar bermacam-macam jenis kemahiran. Rohani dan juga jasmani. Kamu cuma perlu belajar dan berlatih secukupnya sebelum kamu bersedia. Dan kamu jangan risau. Adik kamu akan selamat." Tetsuka menepuk bahu Roychi.

"Baik pakcik!" Sahut Roychi bersungguh-sungguh.

REINCARNATIONWhere stories live. Discover now