"A-A-Ali!"jerit Alicia terkejut.Dia seakan-akan tidak percaya dengan apa yang dilihat di depan matanya.
"Ali sampai hati awak-huhu"belum sempat dia mmenghabiskan ayatnya,Alicia memeluk Ali dengan menangis kegembiraan.Hatinya gembira tidak terkata.Dia amat merindukan Ali yang dianggap hilang 3 tahun lalu.
"Dulu kita pernah bergaduh bersama.Dan sejak kamu menghilang,hidup aku terasa kosong.Pemergian kau seperti mengambil separuh hatiku dan meninggalkan aku.Sekarang,kau kembali.Aku merindukanmu."spontan terkeluar dari mulut Alicia kata-kata indah yang mewakili seluruh perasaan yang dipendam di dalam hatinya.
Mutiara air mata Alicia mengalir basah pada bahu Ali.Ali agak terkejut.Namun dia cuba untuk bertenang.
"Err...Hai Icha..."Ali memanggil Alicia dengan panggilan lain.Muka Alicia menjadi merah menahan malu.Kawan-kawan yang lain yang mendengar Ali yang memanggil Alicia dengan gelaran 'Icha' menahan gelak.
"Icha!Pfffttt!"mereka hampir-hampir menghamburkan tawa mereka.Tiba-tiba mereka terkejut dengan Alicia yang memandang mereka dengan cerlungan yang tajam.
*omae wa moe shindeiru*
Terus mereka berhenti ketawa.
"masak la kita semua nanti..."Moon berbisik.
Ali dengan perlahan-lahan menolak Alicia dan cuba menenangkannya.Alicia sedar akan keterlaluannya namun rindu yang dipendam selama 3 tahun tidak dapat ditahan.
"Kenapa awak tinggalkan saya..."Alicia masih berasa sebak.
"Dah dah.Jangan nangis lagi dah.Awak kan selalu teringatkan saya,itu maknanya saya sentiasa dengan awak."Ali cuba memujuk Alicia dan mengesat air mata Alicia.Alicia tersenyum malu lalu mencubit tangan Ali.
"Auch!Sakitlah kala jengking!"Ali menjerit kecil.
"Taupun sakit."Alicia membalas.
"Ehem-ehem,tersedaklah pulak kitorang kat sini."Jet berdehem perlahan.
"Kalau nak bersweet-sweet pun,janganlah depan kitorang ni."kata Mika dengan berseloroh.
"Uwu...ada somebody jealous ke?"ejek Alicia.
"Rasa nak muntah pun ada!"Moon menunduk lalu berbuat-buat muntah.
Mereka semua ketawa gembira.
"Ni gurau-gurau jugak,bila aku boleh makan ni?"Ali bertanya sambil tersenyum memandang mereka.
"Oh!Lupa pulak!Ada orang belum makan lagi!"Alicia menepuk dahinya sendiri.
Alicia mengajak Ali duduk di kerusi dan mengambil makanan untuknya.
"Awak okey tak?"tanya Alicia.
"Kenapa pulak tanya macam tu?"Ali bertanya semula.
"Saya kan dah tumbuh awak tadi...sakit ke?"Alicia melihat ke pipi Ali.
"Eh takdelah!Saya kan kuat!
"Elehh poyo!"Alicia membuat mimik muka.
.
.
.
Kemudian selepas jamuan dan persembahan tamat,mereka semua pun pulang.Alicia yang datang ke sini dengan berjalan kaki,memanggil keretanya dengan alat pengesan koordinat.Kereta itu adalah kereta auto pilot.(bayangkan dulu,Cyberaya kan maju)
"Alicia!Tunggu!"Baru sahaja Alicia hendak melangkah masuk ke dalam kereta,kedengaran satu suara memanggilnya.
"Ya Ali,kenapa?"Alicia pelik melihat Ali yang sedang memegang satu kotak yang dibalut cantik.
"Ni hadiah untuk kau."Ali memberikan kotak itu kepada Alicia.
"Wahhh!Cantiknya!"jerit Alicia teruja.
"Buka kat rumah tau!Bye!"sejurus Ali berkata,Ali pun berlari balik sambil melambaikan tangannnya.Alicia yang melihat melambai semula dari jauh.
"Dulu kita pernah bergaduh bersama.Dan sejak kamu menghilang,hidup aku terasa kosong.Pemergian kau seperti mengambil separuh hatiku dan meninggalkan aku.Sekarang,kau kembali.Aku merindukanmu."
Bersambung
Jangan lupa sebelum swipe tu,jangan lupa tekan butang vote tu!Assalamualaikum!Sayonara!
YOU ARE READING
alixalicia/hingga hujung nyawa-renewed(diperbaharui)
Fanfictionp/s:cerita HHN ni author sudah renewed atau diperbaharui atau diimprovekan cara penceritaan.tapi,skrip dan jalan cerita tidak berubah.mohon dibaca semula ya😁😁😁 'terkadang salah satu cara untuk sesetengah orang untuk menghargai adalah dengan kehi...