Prolog

262 5 0
                                    

"THERE you are." Isabella melangkah menghampiri Zul Khair. Berkerut kening lelaki itu memandang seorang perempuan bertopeng berdiri tidak jauh darinya.

"Kau siapa?" soal Zul Khair mula gugup. Isabella tersenyum sinis dibalik topeng.

"You don't have to know me..." tutur Isabella sambil menggelengkan kepala. Tergelak sinis Zul Khair mendengar kata-kata Isabella itu.

"Kenapa? Kau takut?" cabar Zul Khair berani meskipun hakikatnya dia gentar. Tergelak besar Isabella. Bergema suaranya segenap ruang.

"Hahahaha! Aku takut?..." Isabella masih dengan ketawanya yang bersisa sambil menggelengkan kepala. Dia merapati Zul Khair lalu perlahan menunduk. Terlihat sepasang mata hazel yang menyala memanah mata Zul Khair disebalik topeng itu. Tak sedar Zul Khair tertelan air liur. Dia cuba untuk menjarakkan wajahnya.

"Aku rasa kalau kau tahu aku siapa, kau yang akan jadi takut." ujar Isabella. Zul Khair terus terbungkam. Dia cuba untuk menghadam kata-kata gadis misteri itu. Ligat otaknya berfikir. Dia cuba mengamati sepasang mata itu. Siapa dia ni? Suara dan mata itu seolah-olah tidak asing baginya. Melihat saja Zul Khair terdiam, Isabella kembali menegak kan dirinya.

"Apa kau nak, hah?" soal Zul Khair setelah dia puas memikirkan siapa gadis misteri itu. Namun dia masih tidak berjaya mengenali dari suara itu.

"Apa aku nak? Senang je. Aku nak seksa kau." ujar Isabella selamba. Bulat mata Zul Khair.

"Hah? Apa maksud kau? Kenapa kau nak seksa aku? Apa salah aku pada kau, hah?" jerkah Zul Khair.

"Kau nak tahu apa kesalahan kau sebelum ni?" soal Isabella lalu melabuh punggung di atas bangku yang tersedia disitu. Dia menjongketkan sebelah keningnya memandang Zul Khair meski tidak nampak.

"Kau dah buat kesalahan besar. Yang pasti kau sendiri akan menyesal seumur hidup!" jawab Isabella keras. Berkerut kening Zul Khair tidak mengerti langsung.

"Kesalahan apa?!" jerkah Zul Khair. Namun Isabella malah ketawa sinis. Dia memandang lelaki itu dari atas lalu turun ke bawah. Pandanganya berhenti di celah kelangkang lelaki itu.

"Tu, tak cukup lagi ke biji kau satu tu dah hilang? Kau nak merasa batang kau tu takde biji langsung? Aku boleh je buat kalau kau nak." ujar Isabella menyeringai. Terpempan Zul Khair dengan kata-kata Isabella itu.

Dia masih ingat sebulan yang lalu, dia pernah diserang mengejut oleh sekumpulan lelaki bertopeng lalu membelasahnya sehingga nyawanya hampir hilang. Tidak cukup dengan itu, salah seorang dari mereka telah menendang kemaluannya sehingga dia kehilangan sebiji buah zakar.

Selama dua minggu dia ditahan di hospital kerana terpaksa menjalani pembedahan emergency. Mujur, tuhan masih memanjangkan umurnya sehingga ke hari ini. Sekarang dia tahu siapa gerangan yang menghantar sekumpulan lelaki yang telah menyerangnya itu. Dia ialah gadis misteri ini!

"Orang kau ke yang serang aku masa hari tu?" teka Zul Khair. Isabella mengangguk kan kepala.

"Yes, it's me."

"Shit! You fuckin' moron!" jerit Zul Khair sekuat hati. Disebabkan perempuan dihadapannya itu, dia sudah kehilangan sebiji buah zakar! Isabella memejamkan matanya. Mahu pecah gegendang telinganya mendengar jeritan kuat lelaki itu.

"Shh! Tak payah nak emosi sangat kutuk aku bagai. Kau tengok diri kau sekarang, budak. Kau kat mana sekarang?" tegur Isabella tenang. Turun naik dada lelaki itu menahan marah. Pandangannya tak terlepas dari memandang mata hazel Isabella yang menikam itu.

"Aku akan pastikan kau dapat balasan dari aku! Kau tak tahu aku siapa lagi." ugut Zul Khair berani meski dia tahu nyawanya seperti telur dihujung tanduk. Isabella ketawa berdekah-dekah seperti seorang raja. Tertelan air liur Zul Khair. Ketawa yang sungguh menyeramkan!

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jun 03, 2021 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Baby, I Kidnap YouWhere stories live. Discover now