Siapa tak kenal seniman ulung ini?
Nama diberi Teuku Zakaria Teuku Nyak PutihYang meniti dari tepian danau impian
Mempelangikan citra rindunya ke awan saujana
Sebut sahaja "P. Ramlee"
Satu Malaysia mengenali kau
Lahir dari bakat tergilap menapaknya ke mercu
Sebagai "Seniman Agung" yang termasyhur
Inilah dia Seniman yang tidak dapat ku cari ganti,
Amat ku minati karya dikau
Tidak pernah jemu untuk aku tonton
hasil karya dikauBagiku dulu kini dan selamanya
Karya dikau tetap menjadi pujaan hati ku
Bak kata pepatah Melayu
Tak lapuk dek hujan
Tak lekang dek panasJenaka didalam karya kau terdapat mesej yang tersirat
Buat santapan pada generasi akan datang
Kata kata kau semua benar belaka
Tidak dinafikan lagiTerima kasih kerana pernah menghiburkan rakyat Malaysia
Jenaka kau masih relevant
Tiada tarikh luput
Lagu kau sungguh asyik
Bak Buluh PerinduKau memang selayaknya diangkat sebagai Seniman
Ya "Seniman Agung" yang tiada tandigannyaDikau pernah bergurau dan berkata
"Aku mahu hidup 1000 tahun lagi"
Dan mungkin ini menjadi realiti kerana kau masih hidup dan terpahat dijiwa ini
Meskipun kau telah lama pergi meninggalkan kamiKehilangan kau tak berganti
P.Ramlee kata
di mana kan kucari ganti
serupa denganmu.Aku kata
Hilangmu
Tak berganti sehingga kini.