Gayah yang terdengar suara Hasnah melalak diluar rumah mengintai dibalik pintu.
Hempasan pintu rumah sebelah mengejutkannya. Dari pintu rumahnya dia lihat anak jagaan jiran sebelah itu duduk di depan pagar tertunduk. Jatuh kasihan pada budak yang masih kecil itu. Segera dia memakai selipar.
"Aliya, bangun ya, jom sini pergi rumah Cik Gayah." Cik Gayah memujuk. Aliya menggeleng tanda tidak mahu.
"Marilah, nanti Cik Gayah tolong pujuk Cik Nah." Cik Gayah pujuk lagi.
"Betulke?" Aliya mengangkat muka memandang Cik Gayah. Cik Gayah jatuh kasihan lihat muka yang penuh dengan harapan. Cik Gayah angguk.
"Yaa, dah jom jom masuk rumah Cik Gayah, maghrib dah ni." Cik Gayah membantu Aliya bangun dan memapahnya masuk ke dalam rumahnya.
____
"Aku tak mahu Gayah, dia dah conteng arang kat muka aku. Kalau tersebar dia tidur dengan jantan, mana aku nak letak muka ni?" Cik Gayah mati kata mendengar suara Cik Nah di corong telefon.
"Aku kesian kat dia Hasnah, dia nak tinggal kat mana lagi? Kau kan mak cik dia." Cik Gayah mencuba lagi.
"Kau sajalah yang jaga dia!" Cik Nah bidas dan Cik Gayah terdiam.
"Dia takde saudara lain?" Selepas lama terdiam Cik Gayah bersuara semula.
"Kejap, ada ni kakak aku. Nanti aku bagitahu dia la." Telefon diletak.
Cik Gayah berjalan menuju ke sofa, tempat Aliya duduk. Muka Aliya yang polos ditenung.
'Kasihan anak ini.' getus hati Gayah.
_____
Luka dibersihkan dengan cermat. Kemudian Aliya disuruh untuk membersihkan diri.
"Terima kasih ya Gayah, bagi dia tumpang rumah kau semalam. Aku tak tau lah apa nak jadi dengan Hasnah tu. Malu aku." Jasmin meluah rasa. Gayah hanya mendengar.
"Takpe Jasmin, takde apa sangat lah." Gayah balas. Perbualan mereka terhenti apabila Aliya muncul bersama tuala di leher.
"Sini, Cik Yas letakkan ubat." Aliya menurut.
Kaca pasu kristal yang berderai semalam banyak menusuk kulitnya. Lagi lagi di paha dan tapak kaki. Cik Yas sabar menyapu ubat di luka. Lebam yang jelas kelihatan juga disapu minyak.
Aliya diam seribu bahasa. Tidak mengerut, tidak meraung dan tidak mengeluarkan sedikit pun suara. Seolah olah dia tidak sakit langsung sedangkan kaca kaca kecil banyak menusuk kulitnya. Cik Gayah dan Cik Yas pula yang gerun ketika melihat kaca kaca kecil itu dikeluarkan.
"Aku dah jumpa keluarga Kamal, Gayah. Syukur.. Kamal masih ada mak ayah rupanya. Aku ingat mahu Aliya tinggal dengan mereka." Jasmin bersuara ketika Cik Gayah menghidang kuih.
"Alhamdulillah, aku rasa eloklah tu, mungkin Aliya boleh hidup tenang dengan mereka." Kata Cik Gayah dengan senyum pahit.
"Kenapa kau kata macam tu? Dia tak tenang ke tinggal sini?" Jasmin bertanya. Ayat Gayah seolah menyembunyikan sesuatu.
"Dia macam orang gaji Yas. Aku kesian dengan dia. Pagi petang siang malam, nama dia sahajalah yang dilalak Hasnah. Yang buat kerja rumah, yang kena marah, semua Aliya lah. Aku pernah tegur Hasnah, aku kata tak elok buat anak yatim macam tu tapi dia tak dengar cakap aku." Gayah meluah kesal.
Jasmin terdiam. Sungguh dia tak sangka Hasnah memperlakukan Aliya macam tu sekali, dia sangka Aliya gembira duduk di sini. ada Tina, Lisya dan Im boleh dibuat kawan. Namun sangkaannya meleset.
"Aku kecewa Gayah, aku tak sangka dia buat macam tu. Aku tak tahu. Aku ingat Aliya gembira. Aliya pula tak pernah mengadu. Kasihan budak tu."
"Aku tak nak burukkan Hasnah dengan sesiapa, aku bagitau kau sebab kau darah daging dia. Aku minta maaf kalau apa yang aku buat ni salah Yas. " Cik Gayah meminta maaf.
YOU ARE READING
Garis Antara Kita
Novela Juvenil___________ "Ha nanti Aya tolong hantar sikit ke rumah Puan Hatija boleh?" puan? Aliya berkerut dahi. "Kat mana opah?" Air teh disisip sedikit menunggu jawapan opah. "Alah dekat je, rumah sebelah." tersedak Aliya dibuatnya. Rumah Khaleef?! "Amboi...