PART 44 : AHLI SRIKANDI CINTAKU

231 1 0
                                    


Undian giliran memihak mereka. Kumpulan OINK akan membuat persembahan pada giliran ketiga. Manakala kumpulan SK8 pada giliran keenam, cukup masa untuk mereka tukar giliran menjaga gerai. Sementara kumpulan SRIKANDI CINTAKU pada giliran kelapan.

Pertandingan akan bermula pukul 8.30 pagi. Gerai satay sudah mula beroperasi. Gerai cendol masih belum boleh memulakan perniagaan kerana ais belum sampai. Pakcik Borhan memaklumkan mereka yg dia sendiri akan hantar ais seawal2nya pukul 9 pagi kerana tiada siapa akan minum cendol awal pagi. Oleh itu, tumpuan Amran dan rakan2nya tertumpu pada gerai satay.

"Camno bisnes, Bong?" tiba2 Nora terpacul di depan gerai.

"Setakat ni baru ompek org boli satay.." jawab Salim walaupun soalan Nora itu ditujukannya kepada Amran.

"Untuk pelanggan kelimo, kito ado promosi. Nora cakap yo nak berapo cucuk, Abang Salim belanjo.. Hehe.." sambung Salim. Nora ketawa kecil mendengarnya.

"Mangai.. banyak lak duit kau belanjo org.." Amran kurang berkenan adiknya diusik begitu di depan matanya. Salim masih tersengih2. Nora juga tersengih gatal.

"Ala, Ombung ni.. Apo salah eh Abang Salim nak belanjo. Promosi kan.." kata Nora, masih tersengih gatal.

"Ontah eh Ombung ni.." kata Salim.

"Kepalo otak kau panggil den Ombung.." Amran nyata tak terhibur dengan jenaka Salim. Nora ketawa kecil.

"Eehh.. ekau ni. Den koba lak kek omak kang.." ugut Amran.

"Itu pun nak mengadu.." Nora buat muncung itik.

"Nia ha.. Omak bagi ompek inggit. Ombung balik kang, bawak satay ompek inggit. Campur ayam mo daging.." kata Nora sambil meletakkan empat helai wang kertas biru di atas meja.

"Ambik yo la sekarang. Ekau yo la bawak balik.." kata Amran.

"Maleh Udo ai.. Omak suruh Ombung. Udo nak jenjalan mo kengkawan dulu ni.." kata Nora lalu terus meninggalkan gerai Amran dan rakan2.

"Babai, Nora.. Kang datang laie yo.." jerit Salim ketika Nora belum berapa jauh.

"Pekk!" tulang belakang Salim dikarate.

"Ekau cakap boto2 Lim.. Ekau ado apo2 ko mo adik den?" Amran bertanya serius.

"Ekau ni apo lak serius bona ni Am. Rilek la.. Den main2 yo la.." jawab Salim sambil menepuk bahu Amran.

"Baghu haghi ni den dapek bughak2 mo Nora. Mano ponah den bughak2 mo dio sobolum ni.." sambung Salim.

"Dari dokek baghu den perasan, lawa jugak ghupo eh adik ekau ni yo.. Macam tak cayo yo dio adik kau.." gurau Salim lagi. Amran karate belakang Salim lagi sekali tapi tak mengenai sasaran kerana Salim sudah terlebih dahulu mengelak. Razak ketawa berdekah menyaksikan drama tiga penjuru itu. Leman pula sekadar tersenyum tawar. Dia sedikit cemburu melihat kemesraan Salim dengan Nora.

Perhatian Amran teralih ke satu sudut. Fariha, Azi, Ina, serta tiga orang guru sekolah rendah sedang berlatih memukul kompang di tangga surau. Perhatiannya bukan sahaja terarah kepada Fariha, tetapi lebih2 lagi kepada tiga orang guru itu.

Hatinya tertanya2, adakah tiga orang guru itu rakan sepasukan Fariha? Rupa2nya bukan dia seorang sahaja yang berasa kurang senang.

"Takkan Iha satu team mo Cikgu Nazri, Cikgu Shuib dgn Cikgu Lokman tu kot?" bisik Razak. Amran mengerling. Baru dia perasan rupanya keempat2 mereka sedang merenung ke arah yang sama.

Amran dan Rakan-rakanWhere stories live. Discover now