Salim dan Razak beriringan kembali ke gerai dengan riak riang. Mereka berlari2 anak ke arah gerai. Seolah2 ada berita baik yg hendak mereka kongsikan.
Rupanya sementara menunggu giliran membuat persembahan, mereka telah ditegur oleh Ina yg hairan kerana Amran dan Leman tidak menyertai mereka. Fariha ada bersama Ina ketika itu. Setelah menerangkan tentang kumpulan mereka yg lagi satu yg dianggotai oleh Amran dan Leman, Salim dan Razak terus menggunakan kesempatan itu untuk mengorek rahsia Fariha, dimulakan dengan serkap jarang tentang hubungannya dengan Cikgu Shuib.
Dari perbualan ringkas itu, banyak yg mereka ketahui. Fariha enggan pergi ke gerai mereka sebab dia perlu tinggal untuk menjaga kompang. Dia juga berkeras menyatakan bahawa dia tiada sebarang skandal dengan Cikgu Shuib.
Razak dan Salim menapis kata2 mereka demi menyimpan rahsia besar tentang projek merayau ke Bahau untuk mengunjungi restoran KFC yg hanya diketahui Fariha selain mereka. Razak dan Salim percaya segala rancangan masih tidak terjejas dan Fariha masih setia dengan Amran. Itu sudah cukup menyenangkan hati mereka untuk bersiul2 riang dan menyampaikan perkhabaran baik itu kepada Amran.
Amran menyambutnya dengan riang juga. Dia turut ketawa bila Razak dan Salim ketawa. Dia buat2 bengang bila Salim dan Razak terlebih gurau tentang perkembangan hubungannya dengan Fariha.
Hanya Leman yg mengerti betapa Amran pandai berpura2 menyembunyikan perasaannya.