PART 52 : BUMPER RAMADHAN 1 - TAK PUASA

348 1 0
                                    


Mujur rakan2nya tidak memberitahu ibu dan ayahnya tentang pertengkaran kecilnya dengan Salim. Kalau Makcik Kiah tahu, tentu panjang leterannya. Amran teringat masa dia kecil dahulu dia pernah bergaduh dengan seorang rakan sekolahnya.

Imbas kembali...


**********



Masa itu bulan puasa semasa dia darjah lima. Dia sekelas dengan Fariha dalam kelas 5 Afghanistan. Dalam bulan Ramadhan, aktiviti nakalnya agak terkawal. Perut yg lapar membataskan kecergasannya. Tetapi batasan itu hanya menghalangnya pada waktu siang. Waktu malamnya masih cergas malah lebih cergas daripada bulan2 lain. Maklum sahaja, dia bebas keluar rumah pada waktu malam bersama rakan2nya dengan alasan ke surau untuk solat tarawih. Rakannya yg paling rapat ketika itu ialah Majid yg tinggal selang dua rumah dari rumahnya dan sekelas dengannya.
Waktu rehat pada bulan puasa memang tiada pengisian. Nak makan tak boleh, nak bermain tak larat. Biasanya Amran menghabiskan masa rehat di bawah pokok ketapang di tepi padang sekolah. Dia cuba menjauhi kawasan kantin kerana aksi adik2 darjah satu dan dua yg dengan selamba makan dan minum pada waktu rehat terlalu menguji keimanannya.
Biasanya ramai pelajar senior akan melepak di sana sini termasuk bawah pokok ketapang yg rimbun itu. Begitupun, pokok ketapang itu lebih menjadi tumpuan pelajar perempuan sementara pelajar lelaki lebih gemar merayau2 keliling sekolah. Kebanyakan rakan perempuan sekelasnya melepak di situ pada waktu rehat, termasuk Fariha.
Hari itu agak lain dari biasa. Amran dan Majid masih melakukan perkara rutin, mengusik pelajar2 perempuan. Tetapi Amran dapat rasakan suatu kekurangan. Fariha tiada. Dia sangat yakin Fariha hadir ke sekolah hari itu tetapi bayangnya tak kelihatan pada waktu rehat.
Sebaik loceng tamat waktu rehat berbunyi, semua murid termasuk Amran bergegas pulang ke kelas. Amran sudah berkira2 hendak bertanya Fariha tetang ketiadaannya di bawah pokok ketapang pada waktu rehat itu.
Sampai sahaja di kelas, dilihatnya beberapa orang pelajar perempuan mengerumuni meja Fariha. Di tengah2 kerumun itu, Fariha sedang teresak2 menangis.
"Apo hal ni?" dengan pantas Amran menghampiri kerumunan pelajar perempuan itu.
"Ekau jgn sibuk la Amran. Ni hal pompuan!" herdik Azi.
"Apo hal ni, Ha? Sapo kacau kau?" Amran langsung tak mempedulikan Azi. Dia lebih risaukan Fariha dan dia sangat nak tahu apa yg sebenarnya berlaku.
"Eii.. Ekau poi jejauh la Amran! Menyibuk boto la.." lagi sekali Azi halau Amran.
Memandangkan Fariha masih teresak2 sambil menyembamkan muka ke atas meja, Amran berundur. Namun dia masih mahu tahu apa yg berlaku sebenarnya.
"Apo hal eh ni?" tanyanya kepada beberapa rakan lelaki.
"Ontah.. tak tau den doh ai.." jawapan yg lebih kurang sama diterimanya daripada setiap yg ditanya. Amran semakin tak senang hati.
"Iha tak poso! Iha tak poso! Hahaha..." tiba2 muncul suara dari luar kelas. Beberapa orang pelajar lelaki darjah enam bersorak mengejek sambil bergelak ketawa. Bila Cikgu Ghani bertempik menghalau mereka, barulah semuanya bertempiaran lari.
Cikgu Ghani masuk. Semua pelajar beredar ke tempat masing2, berdiri dan bersedia untuk memberi salam. Fariha turut bangun bersama sisa sedu sedannya. Safuan, ketua darjah, segera memimpin para pelajar memberi salam.
Selepas menjawab salam, Cikgu Ghani mengarahkan pelajar duduk. Dia perasan Fariha yg sedang menangis.
"Kenapa ni Fariha?" tanyanya dengan lembut.
"Dio tak poso cikgu.. Kahkahkah.." Daud menyampuk dari belakang berserta dengan ketawa berdekah2.
"Apo masalah ekau ni Daud?!" Amran bangun dan terus menjerkah Daud. Daud terus terdiam. Seluruh kelas juga diam.
"Amran!" Cikgu Ghani pula meninggi suara. Amran terus memusingkan badannya ke depan.
"Duduk!" arah Cikgu Ghani. Amran akur dan terus duduk sambil melayang pandang ke belakang, menghadiahkan jelingan yg tajam menikam mata Daud. Daud terkedu.
Cikgu Ghani meneruskan sesi pembelajaran seperti biasa seolah2 tiada apa berlaku. Fariha juga sudah berhenti menangis walaupun sekali sekala dia masih menyapu matanya dengan lengan baju. Kepala Amran pula masih semak dengan pelbagai soalan tentang peristiwa itu. Balik sekolah nanti dia akan tanya Fariha, azamnya.
Malangnya, Fariha berjalan beriringan dengan Azi, Ina serta beberapa rakan perempuan yg lain. Amran tidak dapat mendekatinya untuk bertanya. Dia tahu, Azi takkan memberinya peluang untuk berbual dengan Fariha.
"Fariha tak poso! Fariha tak poso!!" lagi sekali bunyi sorakan yg sama berkumandang. Dari jauh Amran memerhatikan kumpulan pelajar darjah enam itu. Paling galak bersorak mengejek Fariha ialah Shaiful, pelajar kelas 6 Taliban. Namun Amran tidak dapat bertindak apa2. Kumpulan pengejek itu terlalu ramai berbanding dengannya yg hanya berdua bersama Majid. Kesempatan bagi Amran untuk berbual dengan Fariha terus lenyap sebaik Fariha keluar dari pagar sekolah kerana Pakcik Said sudah sedia menunggu anak bongsunya itu dengan basikal tuanya. Dia sangat memanjakan Fariha. Pergi ke sekolah dihantar, balik dijemput.
Hinggalah keesokan harinya, barulah Amran dapat peluang berbual dengan Fariha. Semasa menunggu loceng masuk kelas, Amran menghampiri Fariha yg bersendirian.
"Iha.. boto ko semalam kau tak poso?" bisik Amran.
"Apo lak kau nak tau lak?" Fariha tidak menjawab soalan itu sebaliknya mempersoalkannya semula.
"Takdolah.. kito ni dah darjah limo. Taun dopan dah nak darjah onam. Den daghi darjah duo laie poso ponoh. Hee.." balas Amran.
"Ekau tak sahur ko semalam?" tanyanya.
"Aah. Den tak sahur.." jawab Fariha.
"Haha.. Apo la kau ni. Kut tak sahur, camno nak poso.." kata Amran. Fariha senyum sahaja. Dia memang selalu rasa senang hati bila berbual dengan Amran.
"Tadi sahur tak?" tanya Amran.
"Sahur.." jawab Fariha, pendek. Dia rasa tak salah kalau dia menipu Amran dengan menjawab begitu kerana dia yakin Amran tak akan faham kalau dia terangkan perkara sebenar.
"Tapi kalau poso tak ponoh pun takpo la. Ghayo nanti jgn tak datang ghumah den lak yo.. Maleh den nak sambut ghayo kalau kau taknak datang ghumah den. Hahaha.." Amran cuba buat lawak untuk menghiburkan hati Fariha.
"Hihihi.. ngengado. Ekau pun nanti jgn tak datang ghumah den lak.." balas Fariha.
Fariha memeluk erat beg sandangnya. Di dalam beg itu ada bekal nasi lemak untuk santapannya waktu rehat. Dia tak mahu makan di kantin keranq terlalu terbuka. Oleh itu Makcik Fasha bekalkannya dengan makanan untuk dimakan di dalam kelas sahaja. Malangnya beberapa orang pelajar lelaki darjah enam ternampak dia makan di dalam kelas semalam. Terus dia menjadi bahan ejekan mereka. Untuk hari ini, Fariha mahu bersama rakan2nya pada waktu rehat. Nasi lemak itu akan dimakannya di rumah sahaja bila balik nanti.
Waktu rehat, Fariha tinggalkan begnya serta bungkusan nasi lemak di meja sementara dia menyertai rakan2nya yg lain melepak di bawah pokok ketapang. Dia suka diusik oleh Amran dan Majid. Usikan2 Amran dan Majid sentiasa menjadi hiburan baginya dan rakan2 yg lain. Perutnya pun bukanlah lapar sangat walaupun dia tidak bersahur. Fikirnya, mulai esok dia akan bersarapan dahulu di rumah supaya dia tidak perlu membawa bekal ke sekolah dan boleh menghabiskan masa rehat di bawah pokok ketapang.
Tamat waktu rehat, mereka pulang ke kelas. Fariha dapati beg sekolahnya terbuka. Cepat2 dia cuba menutupnya sebelum sesiapa nampak bekal nasi lemaknya. Tetapi nasi lemak itu sudah tiada di dalam beg. Dan dia perasan ada sampul surat di dalam begnya. Dia ingin membuka dan melihat isinya. Tetapi bimbang jika tindakan itu menarik perhatian orang lain, dia letakkan semula sampul itu di dalam begnya. Namun dia tetanya2, siapa yg mengirim surat itu, dan dia cukup pasti, pengirim surat itulah yg mengambil bekal nasi lemaknya. sesi pembelajaran seperti biasa seolah2 tiada apa berlaku. Semasa waktu Matematik, Fariha meminta izin keluar ke tandas. Dia membawa bersama surat itu yg dimasukkan di dalam poket baju kurungnya. Dia hendak membaca surat itu di dalam tandas.
Ringkas sahaja isi kandungannya. Surat yg tiada nama pengirim itu dilipatnya semula. Dia akan berikan surat itu kepada orang yg paling dipercayainya untuk tindakan lanjut.
Semasa para pelajar berpusu2 keluar apabila loceng balik berbunyi, Fariha mendekati Amran.
"Am... Balik ghumah kang kau baco sughat ni.." bisik Fariha sambil memasukkan surat bersampul itu ke dalam tangan Amran. Amran terkejut. Hatinya bersorak, "Iha bagi den sughat!!"

Amran dan Rakan-rakanWhere stories live. Discover now