Di perbaringan, Amran tersengih sendiri mengenangkan kisah lama itu. Mati2 dia sangka surat itu adalah surat dari Fariha untuknya. Beriya2 dia sorokkan dari pengetahuan sesiapa dan cari masa paling sesuai untuk membuka dan membacanya.
**********
Dengan penuh tanda tanya, Amran bawa balik surat itu. Disimpannya dengan cermat di dalam poket seluarnya. Sepanjang perjalanan ke rumah, lima atau enam kali dia menyeluk poket demi memastikan surat itu selamat dan masih ada di tempatnya. Beberapa kali juga dia memeriksa poketnya, takut2 jika koyak atau bocor.
Sampai di rumah, Amran makin cemas. Biasanya seluar sekolahnya akan digantung di dinding dan dia hanya akan berseluar pendek sahaja kerana seluar itu akan dipakai semula keesokan hari. Amran rasa surat itu tak selamat jika ditinggalkan dalam poket seluar. Tak selamat juga jika disimpan dalam beg kerana Nora yg ketika itu belajar dalam darjah dua selalu meminjam pensilnya tanpa kebenaran. Seluar pendeknya pula tiada poket. Amran buntu memikirkan tempat yg selamat untuk dia simpan surat itu. Dia lebih buntu lagi memikirkan bila dan di mana dia akan berpeluang untuk membacanya.
Akhirnya Amran memutuskan untuk terus memakai seluar sekolah hingga petang. Dia hanya menukar baju sekolah dengan sehelai tshirt dan terus keluar. Dia ke rumah Majid.
Dalam keadaan berpuasa begitu, mereka tak berselera hendak merayau2 keliling kampung atau main kejar2 atau main baling tin atau apa sahaja aktiviti berbentuk fizikal. Jadi, Amran dan Majid sekadar lepak2 sambil mendengar radio.
"Jid, den nak poi bilik air jap.." kata Amran.
"Poi la bilik air ghumah kau.." balas Majid.
"Kojap yo.. Tak tahan amek dah ni.." rayu Amran.
"Ala.. ghumah kau bukan jauh pun.." balas Majid. Amran kematian hujah. Dia bukan nak buang air pun. Dia cuma nak baca surat yg diberikan oleh Fariha itu. Dia tak berani balik ke rumah kerana takut Makcik Kiah perasan yg dia tak tukar seluar.
"Poi la Am.." tiba2 emak Majid menyampuk dari dapur. Amran segera bangun dan beredar ke arah bilik air.
"Tumpang koncing jap cik yo.." kata Amran semasa melintasi emak Majid yg sedang membuang perut ikan bilis.
Segera Amran buka surat Fariha dan terus membacanya.
"Saya suka tengok awak." Amran senyum.
"Awak cantik sangat2." Amran kembang hidung.
"Walaupun awak tak puasa, awak comel jugak." Amran kerut dahi.
"Saya nak jumpa awak boleh tak? -s-"
S? Amranjadi keliru. Cepat2 dia belek sampul surat itu. Tertulis jelas pada sampul,
"Kepada : FARIHAH 5 AFGHANISTAN"
Baru Amran tahu. Surat itu bukan untuknya sebaliknya daripada seseorang kepada Fariha. Hatinya menggerutu. Namun dia ada seseorang yg disyakinya. Org yg tak berapa rapat dgn Fariha.
"Namo Iha, Nur Fariha.. bukan Farihah. Mano ado H kek belakang.." katanya dalam hati.
"Den balik dulu la Jid.." kata Amran setelah keluar dari bilik air. Dia terus melangkah keluar dari rumah dan menyarung seliparnya.
"Woi.. kau jirus tak bilik air den?" Tanya Majid sebelum Amran beredar. Amran terperangkap. Tentu Majid perasan tiada bunyi simbahan air semasa Amran di dalam bilik air.
"Tak jadi koncing. Den nak beghak ni. Balik dulu.." balas Amran lalu terus berjalan pulang tanpa menoleh lagi.
Surat dari 'S' itu tak perlu diberi penghormatan istimewa pun, fikir Amran. Oleh itu, dengan diam2 dia masukkan surat itu ke dalam kasut sekolahnya dan disumbat pula dengan stokin. Dia yakin Nora pun takkan sudi menyentuh stokinnya.
"Sapo ontah ngengado bagi sughat.." kata Fariha esoknya.
"Ekau nak sughuh den buek apo ni? Nak belasah budak yg bagi sughat ni ko?" Tanya Amran.
"Nak tau yo sapo yg bagi sughat ni." Jawab Fariha. Amran berfikir sejenak, mencari jalan untuk menangkap penulis surat itu. Walaupun dia ada suspek, tapi dia tiada bukti.
Lepas rehat, sekali lagi Fariha terjumpa sepucuk surat dalam begnya. Sekali lagi juga dia terpaksa meminta izin ke tandas untuk membacanya.
Waktu balik, surat itu juga sampai kepada Amran. Amran terus membuka dan membacanya di hadapan Fariha setelah semua pelajar lain keluar dari kelas.
"Saya nak jumpa boleh tak? Nanti awak balas, letak dalam bakul sampah belakang kelas awak tau.
-s-"
Amran lipat semula surat itu dan berikan kepada Fariha. Dia mula merancang apa patut dilakukan.
"Taknak la.. Kau la simpan. Takut nanti abah den jumpo lak.." kata Fariha.
"Den balik dulu.." katanya lagi lalu terus keluar, berlari2 anak mengejar Azi dan Ina.
"Woi, Am! Kau taknak balik ko?" jerit Majid yg dari tadi menunggu Amran di luar kelas.
"Jid, ado projek den nak ajak kau ni.." balas Amran.