"masa tareweh malam ini jumpa kek kedai Borhan.
-f-"
Amran sudah karang sepucuk surat yg panjang lebar untuk mengumpan si S itu tetapi Majid tidak menyetujuinya. Bagi Majid, lebih baik kalau surat balasan itu ditulis sehabis ringkas supaya tidak menarik perhatian org lain andainya surat itu sampai ke tangan yg tak sepatutnya terutamanya cikgu. Setelah memahami rasional itu, maka kandungan surat diringkaskan seringkasnya, dilipat kemas dan dimasukkan ke dalam bakul sampah kelas 5 Afghanistan awal pagi sebelum perhimpunan.
"Malam ni kito tengok, sapo yg menunggu sorang2 kek kodai Borhan.." bisik Majid sebaik surat itu berjaya diposkan.
"Kito stenbai kek dalam somak bawah pokok niyor dopan kodai tu.." Amran tersengih jahat membayangkan mangsa mereka malam nanti.
Waktu rehat, untuk kali pertama sepanjang bulan Ramadhan, Amran berehat di kantin. Semuanya gara2 kantin sahaja lokasi paling strategik untuk Amran memerhatikan bakul sampah di belakang kelasnya. Dia tertunggu2 kehadiran Shaiful mengutip suratnya.
"Am.. jom la poi bawah pokok. Tak tahan den duduk sini.." bisik Majid.
"Ekau jgn la ngadap budak2 tongah makan tu. Adap la tompek lain." balas Amran tanpa melihat Majid.
"Mato buleh la tutup. Tapi idung ni.. Laie pun, kang kito pulak kono cop tak poso kalau duduk sini.. Apo pun, kito tengok yo la malam ni, sapo yg tunggu kek kodai Borhan." kata Majid lagi. Amran terpaksa sekali lagi menyetujui Majid. Jadi, mereka pun tinggalkan aktiviti memerhati bakul sampah itu dan menuju pokok ketapang. Dalam hati, Amran sangat yakin S itu ialah Shaiful yg begitu beriya2 mengejek Fariha tidak berpuasa.
Waktu rehat itu, tiada surat diletakkan di dalam beg Fariha. Amran pura2 hendak membuang sampah. Sebenarnya dia hendak melihat sama ada suratnya untuk S itu telah dikutip oleh S atau belum. Sampah sudah semakin banyak di dalam bakul namun Amran tidak dapat melihatkan kertas yg terlipat kemas itu.
Malamnya, selepas solat Isyak di surau, Amran dan Majid terus ke kedai Borhan. Sepanjang bulan Ramadhan, Pakcik Borhan tidak membuka kedainya. Kawasan sekitar kedainya agak lengang kerana agak jauh dari rumah orang.Amran dan Majid menyorok di dalam semak bawah pokok kelapa, menunggu kedatangan S.
Lama mereka berperang dengan nyamuk dan agas, namun bayang S tetap tak kelihatan. Amran hilang sabar. Dia hendak urusan itu selesai dengan seberapa segera.
"Den tau ghado eh sapo si S tu.." kata Amran. Majid merenung tajam ke arahnya.
"Tak lain, dah tontu Sepul.. dio ajuk Iha tak poso hari tu." sambung Amran.
"Den pun saspek dio jugak.." balas Majid.
"Cubo kau ingek balik, kek sughat tu kau tulih maso terawih ko, lopeh terawih? Tak sampai2 laie deh ha.." sambung Majid.
"Ontah.. Kito tunggu yo la kojap laie.." jawab Amran. Majid berfikir sejenak. Dia seolah2 tidak sabar2 dan tak mahu menunggu lebih lama.
"Kau tunggu sini. Den poi caghik kek sughau.." kata Majid akhirnya dan terus bangun.
"Kau nak koba camno kang tu?" tanya Amran. Dia tidak berniat menghalang niat Majid. Kalau bukan Majid menawar diri untuk pergi mencari Shaiful, dia sendiri yg akan pergi.
"Pandai2 la den kang. Kau tunggu sini.." kata Majid lalu terus meninggalkan Amran sendirian dalam semak.
Selepas beberapa minit Majid berlalu, Amran rasa tak relevan dia menunggu dalam semak. Niat mereka asalnya nak ambush Shaiful semasa jejaka poyo perasan stailo itu menunggu kehadiran Fariha. Namun situasi berubah kerana mereka pula yg perlu mencari Shaiful. Jadi, Amran tunggu Majid dan Shaiful di bangku dalam ruang makan kedai Borhan.