Jawapan Salim tidak mengejutkan Amran. Bukan sebab dia sudah mengagaknya, jauh sekali sebab dia dah tahu. Amran tidak terkejut kerana dia sudah bersedia menerima apa sahaja jawapan dari Salim dengan hati terbuka. Amran tak kisah.
"Apo pun, kau biar dio habih belajar dulu. Kau tau tak dio belajar koleh mano kek sekolah tu?" tanya Amran.
"5 Cendawan.." jawab Salim dgn ringkas.
"Tu la.. Samo yo level bangngang eh macam kito. Den ghaso takdo harapan nak sambung tingkatan onam tu doh. Biar deh habih an SPM dulu." kata Amran.
Senang hati Salim mendengarnya. Itulah Amran yg dia kenal selama ini. Fikirannya terimbas pula ke peristiwa semalam. Amran dengan muka bengis tiba2 menyerangnya. Sudah pasti bukan Nora yg menjadi punca sikap Amran berubah begitu.
Selesai solat Asar, masing2 berkira2 sama ada hendak sambung semula mesyuarat atau balik rumah sahaja. Razak masih bersungut tentang perkara ditinggalkan oleh rakan yg lain semasa di kedai Pakcik Borhan. Namun dia tahu, sungutannya itu hanya akan menjadi bahan ketawa rakan2nya.
"Kito bersurai dulu la. Nanti den cubo tanyo2 kek Iha pasal biska tu.." kata Leman.
"Ok jugak tu. Kau tanyo dio hari apo yg dia buleh bagi pinjam." balas Amran.
"Kalau camtu, bilo nak meeting laie ni? Kek mano lak?" tanya Razak.
"Balik ni den toghuih singgah ghumah Iha. Kalau dio memang takdo koleh tambahan minggu dopan, takdo masalah la ghaso eh.. Dah kompom dapek nanti, baghu kito buleh kompom an pulak haghi apo nak berangkek.." jelas Leman. Salim dan Razak terangguk2.
"Man.." kata Amran. Leman segera mengalih perhatian ke arah Amran.
"Patut eh biska ke duo ni tugeh den. Tapi kau lak yg kono buek.." kata Amran. Rendah suaranya.
"Takdo hal la.." balas Leman.
"Kalau Leman buleh kompom an biska tu potang ni, lopeh Maghrib kang buleh la kito meeting kojap kek sini kot.." kata Razak. Sebulat suara, semua rakan2nya setuju.
Semasa mereka menyarung selipar masing2 di bawah tangga Salim tepuk bahu Amran.
"Am.. Kirim salam kek Nora yo.." katanya. Amran senyum sahaja. Razak sedikit tersentak, Leman lebih2 lagi. Memang niat Salim hendak memberitahu Razak dan Leman tentang perkara itu.
"Insyaallah.." jawab Amran.
Di rumah, Amran asyik memerhatikan Nora yg sedang mengangkat kain di jemuran. Dia membayangkan ada Salim di sisi adiknya itu. Padan, fikirnya. Dia cuba gantikan bayangan Salim itu dengan Razak pula. Padan juga, fikirnya. Seterusnya, dibayangkan pula Leman. Pun padan, fikirnya lagi.
Bagi Amran, semua rakannya itu boleh dipadankan dengan adiknya, Nora. Semuanya level kelas Cendawan. Tetapi dia sendiri, bila cuba dipadankan dengan Fariha, dia dapat rasa jurang yg agak besar. Dari segi pelajaran, dari segi rupa paras, dari segi kedudukan ayah masing2, dari segi harta kekayaan keluarga, Amran rasa dia tak sekufu dengan Fariha. Dia perlu terima seadanya apa yg sudah ditakdirkan.
Pukul enam petang, Amran bergerak ke kebun getah untuk mengutip lantun dan menjualnya di setor Ah Tong. Alangkah baik kalau ada basikal, fikirnya. Tapi dia tahu basikal ada pada Salim.
Sedang asyik mengopek lantun sendirian di kebun getah, Amran terdengar namanya dipanggil. Dia segera menoleh. Dalam masa beberapa hari ini, dia menerima lawatan Razak di pejabat tempat kerjanya itu dengan membawa kentang goreng. Kemudian Leman datang melawat dengan membawa surat dari Fariha. Kini, datang pula Salim yg bercita2 hendak menjadi adik iparnya. Entah apa yg dibawanya.