PART 67 : CERITA CERI

159 1 0
                                    


Amran berhasrat hendak menulis surat kepada Fariha. Oleh itu dia minta sehelai kertas kajang dari Nora. Namun dia tidak dapat ilham untuk menulis. Lama dia mengelamun hinggakan fikirannya melayang ke peristiwa semasa dia hendak mengirimkan kad raya kepada gadis itu. Peristiwa yang menitikkan sejarah hitam dalam hidupnya. Amran akhirnya lena tanpa dapat mencoretkan sepatah kata pun pada kertas kajang Sekolah Zaba itu.

Pergi menoreh pagi-pagi buta, Amran bawa bersama kertas kajang serta pen Nora yang dipinjamnya itu. Manalah tahu kalau tiba2 dapat ilham untuk mengarang. Kertas kajang yang terlipat empat itu dibalutnya terlebih dahulu dengan sehelai kertas surat khabar sebelum disisipkan di dalam poket seluarnya supaya bau hapak seluarnya tidak berjangkit.

Namun hingga selesai menoreh, Amran masih tiada idea untuk menulis. Dia tak tahu apa yang patut diberitahunya kepada Fariha melalui surat yang hendak ditulisnya. Dia cuma tahu, dia hendak menulis surat kepada Fariha sebagai membalas surat Fariha tempoh hari.

Amran tidak terus pulang ke rumah sebaliknya mengatur langkahnya ke tempat yang sering menjadi tempatnya menyendiri, surau. Tujuannya hanya satu, dia perlukan kesunyian surau di waktu pagi begitu untuk mendapatkan ilham. Lalu dia berbaring pada posisi rutinnya jika sedang berfikir. Lengan kanan di dahi dan tapak tangan kiri di perut. Jari jemari tangan kirinya menepuk2 lembut perut kurusnya. Dia terus mengelamun.

Lamunannya terganggu apabila kedengaran bunyi enjin motosikal masuk ke perkarangan surau. Dengan cepat dia bangun untuk melihat gerangan tetamu yang datang itu. Serta merta dia terkejut besar. Namun tidak diperlihatkannya. Dia tak harap sesiapa datang ke surau ketika itu. Tetapi orang yang datang itu adalah orang terakhir yang boleh dijangkanya.

Tuk Said memberhentikan vespanya di bawah pokok ceri di halaman surau. Itu tidak memeranjatkan Amran. Tetapi perhatiannya lebih tertumpu pada gadis pembonceng vespa Tuk Said yang baru sahaja turun dari motosikal ayahnya itu.

"Eh.. ado kau, Amran? Lambek laie masuk waktu Zohor ni.." kata Tuk Said bila dilihatnya Amran terjenguk2 dari beranda surau.
"Haha.. Bukan nak azan, tuk. Baghu abih motong tadi ha. Sajo yo lepak2 sini kojap.." jawab Amran sambil menghadiahkan sengihan kerang busuknya.
"Tuk caghik apo kek sughau ni? Siap bawak Iha lak.." sambung Amran. Dilihatnya Fariha agak kurang selesa dan cuba melarikan pandangannya daripada Amran.
"Iha ni ha.. nak ceri kato eh.. Minggu dopan nak bertunang. Lopeh tu nak sambung belajar kek Melako lak.. Sementagho ado kek sini laie, macam2 pulak dimintak eh.. Hahahaa.." jawab Tuk Said sambil ketawa. Fariha muncungkan mulutnya sambil berbisik sesuatu kepada ayahnya. Mungkin bersungut kerana kata-kata ayahnya itu, namun butir perkataannya tak jelas pada pendengaran Amran.

Amran terhidu peluang mendekati Fariha. Segera dia keluar, menyarung kasut getahnya lalu berjalan ke arah pokok ceri itu. Fariha menjeling sekilas ke arahnya sebelum dengan cepat mengalih pandangan ke arah lain.

"Takkan tuk nak panjek pokok ceri ni kot. Kojo panjek memanjek ni biar la org mudo yg buek.. hehe.." kata Amran.
"Boto jugak tu.." balas Tuk Said sambil tersengih. Amran turut tersengih sama. Dia mendongak ke atas, melihat2 buah2 ceri yang berjuntaian di hujung2 ranting pokok. Ada yang hijau, ada yang kemerah2an. Dia sendiri baru perasan betapa banyaknya buah ceri yang masak ranum di atas pokok. Seingatnya masa kecil2 dulu dia memang suka panjat pokok itu bersama Majid.

"Apo laie, Ha.. panjek la.." kata Amran kepada Fariha.
"Hah..!" tersembur reaksi terkejut Fariha.
"Iha org mudo. Takkan nak suruh abah lak yg panjek.. org mudo la kono panjek.." sambung Amran.
"Laa.. tuk ingat ekau yang nak panjek.." kata Tuk Said.
"Haha.. ese gughau yo tuk. Nengok Iha ni serius bona lak muko eh. Ese panjek.. ese panjek.. Haha.." balas Amran sambil menanggalkan kasut getahnya dan bersedia untuk memulakan panjatan.
"Haihh.. Am ni.. ado ko sughuh pempuan panjek pokok. Tak senonoh boto.." Fariha ketawa kecil dengan gurauan Amran itu. Tuk Said juga menyambut gurauan Amran itu dengan ketawa. Amran turut ketawa senang hati mendengar suara Fariha yang sejak awal membisu sahaja.

Sebiji demi sebiji Amran petik dan jatuhkan ke bawah, terus ditangkap oleh Tuk Said. Ada juga beberapa biji yang terus masuk ke mulutnya. Sementara Fariha sekadar memerhatikannya dari bawah sambil menunjuk2 di mana terdapat buah2 ceri yang masak. Kadang2 Amran sengaja buat2 tak nampak buah2 ceri yang ditunjuk oleh Fariha, semata2 untuk membuatkan gadis itu teruskan memberi arahan kepadanya.

"Am.. kau pas buah tu kek Iha la. Tuk nak poi jamban jap.." kata Tuk Said tiba2. Hati Amran terus tersenyum. Tak disangka2 peluang tiba untuknya bersendirian sebentar bersama Fariha apabila Fariha mengambil alih tugas ayahnya menyambut buah2 ceri yang dijatuhkan oleh Amran.

AMRAN : Iha apo kobar?
FARIHA : Baghu nak tanyo kobar?
AMRAN : Tadi ado abah Iha.. sogan Am nak bughak2..
FARIHA : Iha sihat yo. Kut tak sihat dah masuk sepita dah ni..
AMRAN : Haha.. buek lawak Iha yo..
FARIHA : Hihi.. Am lak sihat?
AMRAN : Lobih sihat dari Iha. Tu sobab dapek panjek pokok ni.
FARIHA : Hihi..

Perbualan mereka terhenti sebentar. Amran hendak membicarakan hal yang lebih serius tetapi dia tak tahu bagaimana harus dimulakan. Untuk seketika, dia hanya menjatuhkan buah2 ceri sambil Fariha menangkapnya di bawah. Pertama kali Amran dapat melihat gadis pujaannya itu dari atas. Dia harus mengakui, walau dari sudut mana pun, Fariha tetap seorang gadis yang menawan.

AMRAN : Iha.. Am mintak maaf buek Iha ghisau.
FARIHA : Bilo maso lak?
AMRAN : Ala.. takkan nak ungkit balik lak bilo maso eh..
FARIHA : Mmm.. iyo la.. Kito dah lamo berkawan. Tu yg buek Iha ghisau tu. Bukan Iha yo.. Salim, Ajak, Leman.. sumo pun ghisau an Am.

Amran terdiam. Dia kematian kata2. Sebenarnya terlalu banyak yang hendak dia bualkan dengan Fariha. Tetapi dia tak dapat nak merangkai ayat yang sesuai. Tambahan pula, dari atas pokok dia dapat lihat Tuk Said baru sahaja keluar dari tandas surau.

AMRAN : Iha.. Am ado hal nak cakap mo Iha. Buleh tak kito jumpo potang ni?
FARIHA : Ish.. taknak la..
AMRAN : Potang ni Am tunggu kek pangkin bawah pokok ketapang kek sekolah. Haghi ni takdo koleh tambahan budak darjah onam kan?
FARIHA : Taknak la.. Nanti apo lak orang kato..
AMRAN : Nanti puko limo setongah Am tunggu kek situ.
FARIHA : Taknak.. Am ni jangan dogil buleh tak?
AMRAN : Am tunggu sampai puko onam. Lopeh tu Am nak poi mutip lantun lak..
FARIHA : Takyah la.. Iha taknak datang doh..
AMRAN : Am tunggu..

Tuk Said pun sampai dan perbualan mereka berhenti setakat itu sahaja. Amran nampak Fariha resah. Tentu dia resahkan ajakannya untuk berjumpa pada waktu petang nanti. Tuk Said terus bertanyakan hasil kutipan buah ceri mereka sebaik tiba di bawah pokok ceri itu.

"Dah la Amran. Dah banyak amek ni. Tingga an utk org lain lak.." kata Tuk Said. Amran segera turun dari pokok. Fariha mengikat pemegang beg plastik berisi buah ceri itu lalu meletakkannya di atas tempat duduk vespa ayahnya.

"Bak sini buah ceri tu, Ha.." kata Tuk Said lagi. Fariha menghulurkan beg plastik berisi buah ceri itu kepada ayahnya. Tuk Said membuka ikatan pemegang beg plastik itu semula lalu mengambil beberapa biji ceri dan menyuapkan ke satu per satu ke dalam mulutnya. Beg plastik itu kemudian dihulurkan kepada Amran.

"Takpo la tuk.. banyak dah se makan kek ateh pokok tadi.." kata Amran menolak pelawaan Tuk Said. Tuk Said pun mengikat semula beg plastik itu lalu menghulurkan kepada Fariha.

TUK SAID : Lopeh ni kau nak buek apo ni?
AMRAN : Balik ghumah la kot..
TUK SAID : Kalau kau nak azan pun buleh..
AMRAN : Ish.. azan apo lak puko sepuluh setongah ni?
TUK SAID : Ado orang ponah azan puko sepuluh pagi. Nak donga tak cerito eh?
AMRAN : Yang org kampung ghamai2 datang sughau sobab ingat org gilo yg obang tu ko?
TUK SAID : Laa.. kau dah ponah donga ko ceghito ni?
AMRAN : Dah astrok banyak kali dah tuk.. Hehe..
TUK SAID : Nasib baik tuk tak cerito. Kut tak astrok lagi utk kesekian kali eh.. haha.. Timo kasih la yo tolong potik buah ceri ni. Tuk balik dulu yo..
FARIHA : Timo kasih yo Am..
AMRAN : Samo-samo.. Jangan lupo yo..

Vespa Tuk Said menderum meninggalkan Amran di surau sendirian. Amran mendongak melihat buah2 ceri yang berjuntaian di hujung ranting. Terfikir dia nak bawa balik sedikit untuk emak dan ayahnya serta Nora. Tapi dia tiada beg plastik.
"Ala.. bungkuih dalam koteh pun buleh.." katanya di dalam hati.

Selesai memetik ceri, Amran pulang ke rumah dengan membawa buah ceri yang dibungkus dalam kertas. Satu bungkusan dari kertas surat khabar di dalam poket sebelah kirinya dan satu bungkusan dari kertas kajang Sekolah Zaba di dalam poket kanan seluarnya. Dia sudah tidak perlukan kertas kajang itu lagi.

Amran dan Rakan-rakanWhere stories live. Discover now