Part 20

985 96 33
                                    

"Arghh!!!!"

Elies mengamuk, seraya menghempas segala barang di dalam biliknya. Nafasnya memburu. Amarah.

Perasaannya sakit bila mengingat kembali, di mana dia kena cerai dengan Ice seminggu yang lalu dan dia di halau keluar dari rumah lelaki itu. Kini dia berada di apartment miliknya.

Bahkan dia sudah di halau dan di marah teruk oleh keluarganya kerana telah memalukan nama dan maruah keluarga. Kini dia tiada tempat untuk bergantung. Si tunang dia pula sudah menghilang entah ke mana.

Elies meraup rambutnya kasar sejurus menempik marah. Meluahkan rasa sakit hati.

Suara tangisan bayi, anak perempuannya tidak dia hiraukan.

"Memekak betul lah budak ni! Tak boleh diam ke ha?!" marahnya beralih pada budak yang tidak berdosa sama sekali.

Dia menapak ke arah anaknya yang menangis di tengah katil.

Tanpa perasaan dia menampar wajah kecil anaknya yang baru berusia seminggu lebih. Tangisan si kecil makin kuat kedengaran, buatkan Elies menutup telinga.

"Bisinglah setan!! Ni semua salah kau budak, kalau bukan sebab kau Ice tak akan ceraikan aku!! Kenapa kau perlu wujud ha?!"

Bagaikan di rasuk dan hilang akal, dia menunjal-nunjal wajah bayi kecil itu. Marah.

"Haishh! Aku kena buat sesuatu, aku akan bunuh si bisu itu walau apapun cara sekali pun! Aku akan rampas Ice balik!"

Elies menatap anaknya, dia mendukung si kecil yang masih meraung itu.

"Shhh, sayang shh.. Kamu rindu papa kamu ya? Tak apa kamu jangan risau, kita akan ambil balik papa dari lelaki tak guna itu ya sayang? Dah jangan nangis, dah tak comel anak mama. Mama janji akan bawa papa balik hm?"

Elies mengusap wajah si kecil itu yang tampak kemerahan itu kerana perbuatannya seketika tadi. Dia tersenyum dalam gelak menggilanya.

•••••

"Apa lagi yang awak nak Ice? Sudahlah! Jangan ganggu saya lagi!"

Gempa merentap tangannya yang di pegang Ice, sejurus mengorak langkah untuk ke parkir kereta. Dia mahu balik cepat, lagipun kedai butiknya buka separuh hari.

"Tunggu Gempa!" Ice kembali menggapai tangan isterinya, menghalang lelaki itu pergi.

"Apa lagi?! Saya nak balik!" Gempa cuba untuk leraikan genggaman Ice namun gagal kerana Ice mengenggamnya kuat.

"Sayang please, dengarkan aku dulu." Pujuk Ice lembut, iris birunya menatap Gempa redup dan memohon.

Gempa pejam mata buat seketika, lalu kembali di buka dan memandang tepat ke anak mata Ice.

"Fine, 5 minute."

Ice senyum kecil. Sedikit lega, bila Gempa berlembut hati untuk mendengarkan dia.

"Sayang.."

Suara lembut Ice yang memanggilnya, buatkan dia rasa lain. Takut dia kembali terlihat lemah di depan lelaki itu.

"Tak payah nak sayang-sayang bagai lah! Straight to the point aje lah! Tch!" Marah Gempa, walha jantungnya sudah berdebar tidak keruan. Namun dia tetap pasang wajah datar.

Ice hanya tersenyum. Tidak sedikit pun ambil hati dengan amarah Gempa itu. Entah kenapa, tengok isterinya marah-marah begitu. Nampak comel aje..

"Okey, aku sebenarnya dah bercerai dengan Elies..."

"Apa?! Kenapa awak ceraikan dia? Habistu anak yang dia kandung tu macam mana? Awak lepas tanggungjawab awak macam tu aje Ice?"

Wajah Gempa masih terkejut dengan apa yang dia dengar dari Ice.

Ice mengeluh.

"Tu bukan anak aku. Aku tak pernah pun sentuh dia Gempa, dia sekadar rakan tido aku aje tak lebih Gem. Malam yang aku mabuk tu, aku tahu yang aku tak sentuh dia! Sebab, lepas aku bangun tu. Aku tengok katil tempat aku elok aje, tak ada kesan seperti kitorang bersetubuh. Sebab aku ragu-ragu dan bodoh, aku percaya yang aku dengan dia dah buat benda tu.

Lagipun, aku tau sebab aku tanya sendiri pada doktor kandungan. Usia kandung dia sangat menjangkau jauh, dari yang aku kira. Tak mungkin kan, misalnya baru seminggu kita buat tak akan lah dah masuk 6 or 7 bulan? Logik tidak?"

Gempa tekun mendengar ulasan demi ulasan Ice. Dia pandang mata Ice, lelaki itu serius dalam mengatakan itu. Bermaksud ini semua salam faham?

Perlahan-lahan dia terima alasan yang Ice berikan, tapi..

"Tapi kenapa awak pergi malam tu, walaupun saya tak bagi. Kenapa? Benci sangatkah awak pada saya? Adakah sebab saya tidak sempurna dan akan buat maruah awak malu serta tercalar sebab tu awak buat saya macam tu? Kenapa Ice? Salah ke jika seorang manusia tidak sempurna? Adakah awak rasa awak tu sudah cukup sempurna?"

Gempa berkata tanpa nada, tapi kedengaran agak sinis di telinga Ice. Kepalanya tertunduk, merenung jalan tar.

"Maafkan aku sayang, aku tahu aku pun tak sempurna mana. Aku banyak kekurangan. Aku jahat. Tapi, aku mohon berikan aku peluang kedua. Aku nak tembus semua kesalahan aku kat kau Gempa. Maafkan aku."

"Perkataan maaf memang senang nak diucap, tapi nak memaafkan itu amat payah. Luka yang awak tabur itu amat dalam Ice, sampai ke hari ini ia masih berbekas dan sudah menjadi parut. Mampu ke awak nak ubatkan hati serta perasaan saya yang telah awak hancur dan rentakkan dulu? Awak tahu? Kalau ia sudah berparut, amatlah susah untuk hilang apatah lagi kalau luka itu sangat dalam."

Gempa berundur ke belakang bila Ice mencuba untuk mendekat. Pandangannya buram kerana kolam matanya mahu pecah, sesak dadanya. Tambahan lagi, bila melihat aliran air yang jatuh di pipi Ice. Kali pertama dia lihat seorang yang dingin dan ego melangit, menangis di depannya.

Tangisan penyesalan. Buat dulu, baru nak menyesal. Sudah tiada gunanya, jika ia sudah menjadi bubur. Nak berpatah balik, sudah tidak boleh. Jadi dia hanya mampu meratapi rasa menyesalnya.

"Maafkan aku..."

Ayat Ice di potong Gempa.

"Ceraikan saya Ice."

Terangkat kepala Ice, bulat matanya bila mendengarkan.

"Tak Gempa! Tiada penceraian di antara kita! Please jangan cakap macam tu, aku tak sanggup dengar."

Ice cuba menggapai Gempa, namun lelaki itu mengelak dari di sentuhnya.

"Maaf, lebih baik kita bercerai kalau itu yang terbaik buat kita Ice. Lagipun buat apa kita terikat kalau awak tak cintakan saya? Hanya menyeksakan diri sendiri kalau kita tetap bersama. Ceraikan saya Ice."

Gempa menahan diri dari mengalirkan air mata saat mengatakan itu. Pedih dan sakit perasaannya. Tapi dia sudah bertekad. Baik dia dengan Ice bercerai, daripada dia yang makan hati sebab cintanya hanya bertepuk sebelah tangan.

"Gempa aku.."

"Sudahlah Ice, saya nak balik."

Gempa mengorak langkah untuk pergi, tanpa dia sedar ada sebuah kereta meluncur laju ke arahnya.

"Gempa!! Hati-hati!!"

Kaku terus langkah Gempa, baru sahaja dia mahu berpaling. Tubuhnya ditolak kuat dari belakang, membuatkan dia terdorong ke depan dan jatuh menyembah ke bumi.

Bruk!

Gempa buka matanya, sedikit meringis sakit. Dia segera berbalik, matanya membulat. Tidak semena-mena air matanya pecah tatkala mendapati Ice sudah terbaring di atas tanah dengan tubuh dibasahi darah.

"Ice!!!"




















Tbc...

Another Day | Done For Me (IceGem S2) [C]√Where stories live. Discover now