Gempa mundar-mandir di hadapan bilik kecemasan. Di dalam sana Ice sedang ditangani oleh doktor.
Ahli keluarga Gempa dan Ice turut ada di situ, selepas Gempa telefon memberi tahu bahawa Ice kemalangan disebabkan langgar lari. Nasib baik dia sempat baca nombor plan kereta yang melanggar Ice dan dia terus buat report ke balai polis.
"Gempa duduklah nak, mama yakin Ice tak akan apa-apa."
"Gempa risau mama. Ice kemalangan sebab Gem, mama."
Puan Lily menepuk bahu anaknya.
"Shh.. Dia selamatkan kamu sebab dia sayangkan kamu, tak akan lah dia hanya tengok dan biarkan aje kamu kena langgar. Sudah jangan sedih, semua yang berlaku pasti ada hikmahnya. Kita berdoa yang Ice baik-baik sahaja."
Gempa hela nafas. Dia cuba untuk tenangkan diri.
"Gem.."
Pandangan dua beranak itu beralih pada Tuan Indra dan Puan Jasmine.
"Baguslah kamu kembali nak. Kami rindu kamu sesangat."
Puan Jasmine menarik Gempa masuk kedalam pelukannya, dia amat rindukan pada menantunya yang sorang ini.
Gempa cuma senyum, dia membalas pelukan mertuanya.
"Gem pun rindu mama."
Dring! Dring!
Suasana di antara mereka dihiasi suara deringan telefon. Semua mata menoleh ke arah Tuan Indra.
"Kejap ya?" Tuan Indra berganjak sedikit menjauh untuk menjawab panggilan tersebut.
Cleak!
Bunyi pintu dibuka buatkan mereka berpaling dan bergegas mendekati doktor lelaki yang baru sahaja keluar dari bilik kecemasan.
"Macam mana keadaan suami saya dok?"
Gempa sempat kerling nametag doktor tersebut. Doktor Solar.
Doktor itu, tersenyum dalam keluhannya.
"Suami anda baru saja lepas dari fasa kritikal. Nasib baik dia tidak mengalami kerentakan yang serius. Cuma kita tunggu sahaja dalam masa 24 jam, kita tengok sama ada dia sedar or tidak. Jikalau tidak kemungkinan dia akan masuk ke fasa koma. Kami dah pindahkan encik Ice ke bilik VIP. Kalau macam tu, saya minta diri dulu."
Semua mengucap rasa syukur di dalam hati, lantas ucapan terima kasih diberikan kepada doktor muda itu.
Setelah doktor itu berlalu pergi, mereka termasuk Tuan Indra yang sudah selesai bercakap di telefon menuju ke wad di mana Ice di tempatkan.
•••••
"Jadi, Ice kena langgar lari?"
Tuan Indra mengangguk, dia tatap wajah menantunya yang sibuk memandang sang suami yang terlantar di atas katil pesakit. Manakala isteri dan besannya keluar ke tandas.
"Satu lagi, polis dah jumpa siapa yang langgar Ice tu. Kamu pasti kenal."
"Siapa?"
"Elies."
Gempa terkedu tatkala mendengar nama bekas isteri Ice. Elies? Tapi kenapa?
"Papa tak tipu kan?"
Kepala Tuan Indra tergeleng.
"Betul Gem, polis dah soal siasat Elies. Elies dah mengaku yang dia berniat mahu membunuh kamu tapi yang kena tempiasnya Ice. Itu bermaksud dia nak langgar kamu, tapi Ice yang kena. Sekarang ni dia kena tahan di wad sakit jiwa."
Gempa mendongak memandang ke arah mertuanya.
"Sakit jiwa?"
"Ya, doktor mengesahkan yang Elies ada masalah mental."
"Anak dia macam mana?"
"Anak dia ditahan di hospital, sebab nadi budak tu sangat lemah. Kata doktor, budak tu tidak di kasi makan dan sedikit ada penderaan. Sebab ada kesan lebam di muka budak tu."
Sekali lagi, Gempa terkedu mendengarkan itu. Tergamaknya Elies pada anaknya sendiri, sampai macam tu sekali. Salah apa budak yang tidak berdosa itu pada wanita itu?
"Sudahlah, jangan difikirkan pada pompuan tu. Dia sudah dapat balasannya atas kesilapannya sendiri. Sekarang kita tumpukan pada Ice ya?"
Mereka berdua berbalas senyum dan mata mereka jatuh pada raut wajah Ice yang pucat itu.
Gempa genggam tangan Ice. Sejuk sahaja tangan lelaki itu.
"Bangun ya Ice.."
Tbc...
YOU ARE READING
Another Day | Done For Me (IceGem S2) [C]√
Fanfic"I feel you in the cold wind, I close my eyes and think of you. It's hurts and hurts. But I can't look at you. Everyday I missing you, what do I do?" "Hold me, don't let go. Please don't leave me." "When we meet again, I'll tell you that I love you...