PART 72 : NAMANYA .....

244 2 0
                                    


Salim ajak Amran ke Sri Menanti untuk memancing baung kerana kakaknya mengidam baung Sri Menanti. Maka keempat2 sahabat baik itu berbasikal ke Sri Menanti untuk melaksanakan misi memancing baung. Amran pula dalam diam mempunyai agenda sendiri iaitu untuk berjumpa dengan Pakcik Alias beserta harapan yang lebih tinggi nak jumpa anak dara Pakcik Alias yang tak diketahui namanya itu. Memang nasib mereka baik, mereka bertemu dengan Pakcik Alias di masjid. Selepas solat Zohor, mereka tidak terus pulang ke Senaling sebaliknya berbual2 sebentar dengan Pakcik Alias.

"Moh la singgah ghumah acik dulu. Minam2 ko.." kata Pakcik Alias sebaik sahaja Salim menyuarakan niatnya untuk beransur pulang.

"Nak antar ikan ni, cik.. Akak ese ngidam kek ghumah tu.." balas Salim. Dia bukan hendak menolak pelawaan Pakcik Alias. Tambahan pula Pakcik Alias nampaknya sangat mesra dengannya lebih2 lagi kerana namanya sama dengan nama arwah anaknya.

"Yo tak yo lak kan.." jelas ada nada kecewa dalam suara Pakcik Alias.

"Kalau tak pun, camni yo la.. Ekau mo Ajak balik dulu. Den mo Leman balik kendian.." Amran pula bersuara setelah sekian lama dia senyap dan kepala otaknya aktif memikirkan ayat yang sesuai untuk menyembunyikan niatnya yang sebenarnya beria-ia hendak memenuhi jemputan Pakcik Alias.

"Haa.. buleh jugak camtu.." balas Pakcik Alias. Ceria sedikit nadanya.

"Aghi tu tigo ompek kali Ros tanyo acik pasal Amran. Dio pun nampak kelibat Amran macam arwah abang eh.. haha.." sambung Pakcik Alias.

"Sapo lak Ros?" tanya Razak dengan penuh hairan. Salim dan Leman turut menunjukkan reaksi yang serupa dengan Razak. Amran pula mula terasa macam niatnya terkantoi.

Pakcik Alias beria-ia menceritakan hal pertemuan Amran dengan anak gadisnya, Rosmah. Hanya Salim, Razak dan Leman yang melayan Pakcik Alias bersembang. Amran sekadar diam dan tersengih2 sahaja tiap kali rakan2nya melemparkan kata2 sinis kepadanya dan dia tiada hujah untuk mempertahankan diri.

"Akak se tu biaso eh makan puko ompek potang. Ese balik lambek hantar ikan ni pun takpo. Tak kisah deh tu doh.." akhirnya Salim memutuskan.

"Jadi la nak poi minam2 kek ghumah acik ni?" riang benar Pakcik Alias apabila anak-anak muda itu sudi menerima jemputannya.

Sedang Amran pula, hendak sahaja dia paksa Salim dan Razak pulang sahaja. Atau mereka berempat semuanya pulang ke Senaling. Tetapi dia ketandusan kata-kata. Dia khuatir apa2 yang dikatanya akan jadi bahan sindiran rakan2nya nanti.

Rumah Pakcik Alias sangat dekat dengan masjid. Dia berjalan kaki sahaja ke masjid. Oleh itu, Razak dan Leman masing2 menyorong basikal mereka mengiringi Pakcik Alias manakala Salim menjinjing baldi ikan. Amran berjalan di sisi Pakcik Alias. Rancak mereka berbual. Pakcik Alias tak habis2 bercerita tentang anak gadis bongsunya. Salim, Razak dan Leman sengaja berjalan terkebelakang sedikit untuk memberi ruang Pakcik Alias berbual dengan Amran sepanjang perjalanan. Sekali sekala Amran dapat dengar ketawa sinis rakan2nya di belakang tetapi dia tak tahu apa yang mereka bualkan. Yang pasti, mereka mempersendakannya.

PAKCIK ALIAS : Masing2 lapar tak ni? Nasik tongah haghi tadi dah abih. Tapi kut nak makan sini, acik sughuh Ros masak nasik. Kono tunggu sikit la.

SALIM : Tak yah doh cik. Minam2 dah la..

RAZAK : Boto tu cik. Balik ghumah kang buleh makan. Kut tak makan kek ghumah kang, maghah lak omak.

PAKCIK ALIAS : Kut camtu, iyolah..

Pakcik Alias beredar ke dapur. Empat pasang mata mengiringi jejak langkahnya. Masing-masing melayan fikiran masing2. Namun mereka berkongsi harapan yang sama. Harapkan kemunculan anak gadis Pakcik Alias.

Seketika kemudian Pakcik Alias muncul semula dan menyertai Amran dan rakan2nya, bertimpuh di serambi yang beralaskan tikar mengkuang lusuh. Dia membawa bersama sepiring biskut kering dan menjemput para tetamunya menjamah biskut dahulu sementara menunggu air yang akan dihidangkan sebentar lagi. Lagi sekali, sahabat berempat itu berkongsi harapan yang sama. Harap2 Rosmah yang akan menghantar air. Sambil itu, mereka terus berbual. Macam2 yang ditanyakan oleh Pakcik Alias kepada sahabat berempat itu. Terutamanya tentang keluarga mereka masing2.

Seketika kemudian, kedengaran keriuk lantai kayu rumah Pakcik Alias dipijak orang dari arah dapur. Namun sahabat berempat itu tidak segera menoleh kerana Pakcik Alias sedang bercerita sesuatu yang kelakar dan mereka sedang sibuk ketawa. Walaupun bunyi keriuk lantai itu sangat menarik perhatian mereka, namun mereka tak hendak memperlihatkan rasa ingin tahu mereka yang bersulam rapi dengan sifat gelojoh. Mereka tahu, dijeling atau tidak, tapak kaki yang melangkah dari dapur itu akan sampai juga ke serambi.

PAKCIK ALIAS : Ni org ghumah acik. Rashidah namo eh. Panggil acik Idah yo..

MAKCIK RASHIDAH : Jomput minum yo. Kupi o yo.. Sumo buleh minam kupi kan?

RAZAK : Buleh.. takdo hal. Timo kasih cik Idah yo. Bolum ghaso laie, tengok yo dah tau sodap ni.

MAKCIK RASHIDAH : Mandai2 la kau ni jang. Anak dagho yg bancuh. Bolum tontu laie sodap ni doh..

PAKCIK ALIAS : Mano Ros? Aghi tu berio nanyo an Amran.

MAKCIK RASHIDAH : Ghamai bona.. sogan, kato eh.

RAZAK : Aiyo la.. patut eh biar Amran soghang yo tadi. Hahaha..

MAKCIK RASHIDAH : Hehe.. takdo la camtu doh. Mano satu Amran eh ni?

AMRAN : Ese cik..

MAKCIK RASHIDAH : Iyo lak kan.. ado igheh sikit macam arwah Salim. Ghambut samo.. cagho duduk pun samo.

RAZAK : Kawan yg laie soghang ni, Salim namo eh..

MAKCIK RASHIDAH : Samo lak namo dgn arwah tu. Ado jodoh ni.. Ekau lak namo kau apo jang?

RAZAK : Razak, cik. Yg sorang laie nia Leman.

Untuk seketika, Amran, Salim dan Leman seolah2 tiada di situ. Hanya Razak yang banyak cakap. Leman memang kurang pandai berbual mesra dengan orang yang baru dikenali. Amran terasa agak kecewa kerana bukan Rosmah yang menghantar air. Manakala tentang Salim pula, Amran tidak dapat membaca kenapa rakannya yang bisanya peramah itu agak senyap sejak air kopi dihantar. Apakah Salim turut merasa kecewa sepertinya?

PAKCIK ALIAS : Anje.. ni apo lak ompek yo cawan eh ni? Cawan ayang takdo ko?

MAKCIK RASHIDAH : Laa.. tadi ayang kato ompek. Anje bawak la ompek.

PAKCIK ALIAS : Yg ompek tu totamu eh. Anje tolong la ambik an satu laie.

MAKCIK RASHIDAH : Yolah.. jap.

Makcik Rashidah bangun. Amran dan rakan2nya sedikit ternganga mendengar dialog antara Pakcik Alias dan isterinya sebentar tadi. Makcik Rashidah tidak melangkah ke dapur sebaliknya sekadar melaung.

"Ros, bawak an cawan laie satu..!!!"

Kemudian Makcik Rashidah duduk semula di sebelah 'ayang'nya.

Amran dan Rakan-rakanWhere stories live. Discover now