VIRTUAL ONE | PERMAINAN TERHANGAT DI PASARAN

1.4K 100 2
                                    

"The US President has announced that they will never back down and they will send their best players for the upcoming competition. They also stated that they will..."

Sebelum sempat pembaca berita itu menyudahkan bicaranya, kaca televisyen terlebih dahulu bertukar gelap. Suasana automatik menjadi hening.

Bunga menghempaskan keluhannya. Alat kawalan televisyen yang dipegang dilemparkan ke kusyen di sebelahnya. Tubuh disandarkan ke penyandar lalu kepala didongak memandang ke siling rumahnya.

Penat. Tiap kali dia buka televisyen pasti hanya permainan dan pertandingan yang sedang tular itu sahaja yang didengarnya. Malah bukan itu sahaja. Bayangkan bila mana dia keluar sahaja dari rumah, pasti penuh iklan mengenai permainan itu menyapa pandangannya.

Dia bukan apa... Dia cuma sedang mempertimbangkan sama ada ingin bermain permainan digital itu atau pun tidak tetapi bagaimana ingin mempertimbangkan jika dia ke mana-mana pun, semuanya bagaikan semakin mendorong dia lagi untuk bermain.

Dia menghempas keluhan saat ayat adik sepupunya, Min bermain di fikirannya.

"Kak, aku bukannya apa. Kau sendiri pun perlukan duit yang banyak untuk bayar kos hospital Mak Ngah kan, jadi aku rasa pilihan kau sekarang ni hanya sertai permainan tu. Kau pun tahukan dah ramai pemain yang berjaya dan dah hasilkan profit yang banyak untuk dia orang. So, kak. Kau fikirkan la pasal benda ni. Ini untuk Mak Ngah juga Kak Bunga."

Ya, disebabkan ayat budak itulah lama dia mengerah otaknya. Hatinya memang ingin sahaja bersetuju dengan cadangan itu tetapi mindanya menolak dengan mengatakan yang dia tidak ada kemahiran mengenai permainan itu jadi bagaimana dia mampu menjadi seperti mereka yang berjaya itu?

Sedangkan ada juga pemain yang masih terduduk menanti peluang mereka. Inikan dia, yang tidak tahu apa-apa soal permainan itu?

Mata dipejam sambil tangannya naik memicit kepala. Sekali lagi keluhan berat dihempasnya.

Keheningan menguasai suasana rumah teres itu sebelum ianya dipecahkan dengan bunyi nada dering telefon bimbitnya.

Mata spontan terbuka. Telefon yang terdampar di atas meja pendek di hadapannya itu, dicapai. Saat melihat nama 'Dr. Najwa' terpapar di skrin telefon bimbitnya, butang hijau pantas ditekan.

"Cik bunga boleh datang ke hospital sekarang tak?" Tanpa sebarang salam, ayat itu menerpa ke corong telinganya membuatkan dia drastik berdiri dari duduknya.

"Saya pergi sekarang doktor!" Kaki terus berlari ke arah biliknya, mengambil beg galas dan kunci motosikal. Usai menutup semua suis di dalam rumah, dia lekas berlari keluar.

Jantungnya usah dicakap. Sudah berdegup kencang bagai usai sahaja berlari pecut. Semoga tiada perkara buruk yang berlaku pada ibunya.

***

Bunga merenung tangannya yang digenggam erat sehingga terlihat urat-urat di tangan itu.

Ayat Doktor Najwa sebentar tadi bagaikan terngiang-ngiang di telinganya lagi.

"Kita perlu lakukan pembedahan segera. Jika ditangguh lagi Puan Rokiah berkemungkinan tidak mampu diselamatkan."

Giginya diketap rapat lalu kepala menunduk memandnag ke lantai. Tanpa dapat ditahan lagi, air mata mengalir menyusuri pipinya. Esakan cuba ditahan agar tidak menarik perhatian orang yang melalui jalan itu.

VIRTUALWhere stories live. Discover now