Mereka berteleku sebentar di hujung tangga. Kagum mereka melihat selipar hijau ayah Leman masih terletak kemas di tempaynya ditinggalkan. Seolah2 tidak terusik sejak tengah hari semalam. Puas mereka meninjau seluruh kawasan masjid untuk memastikan jika ada orang lain di masjid pagi itu. Sah, memang tiada. Maksudnya selipar warna hijau itu memang milik ayah Leman.
SALIM : Aiyo.. Yg tuan selipar bighu ni semalam pakai apo la balik ghumah agak eh..?
LEMAN : Tu la.. Silap den..
RAZAK : Camno sekarang ni? Lotak selipar bighu ni, ambik balik selipar abah kau, lopeh tu toghuih balik kampung ko?
Semua terdiam sebentar. Menyusun ayat yang sesuai.
AMRAN : Macam tak patut lak tinggal selipar ni camtu yo. Sebuleh2 eh kito kono la caghi tuan punyo selipar ni. Buleh la nanti Leman mintak maap kek org tu.
SALIM : Boto jugak tu. Kut main tingga yo macam lopeh tangan lak.
RAZAK : Camno nak caghik tuan selipar ni?
AMRAN : Tanyo yo la sapo2. Kut ado org tau, ok la. Kut takdo org tau pun apo buleh buek. Sekurang2 eh kito dah cubo.
RAZAK : Nak tanyo sapo?
Masing2 kembali senyap. Leman ketawa di dalam hati. Dia boleh baca hala tuju berbincangan rakan2nya. Masing2 masih cuba menjual mahal.
LEMAN : Tadi den nampak ado org kek tanah makam belakang tu. Cubo kito tanyo dio.
SALIM : Ish.. org tu tongah sibuk bekojo. Takkan nak kacau lak.
LEMAN : Abih tu nak tanyo sapo? Kito bukan kona org sini.
AMRAN : Eh, ado org sini yg kito kona.
RAZAK : Aah.. buleh tanyo acik Iyeh.
SALIM : Yo tak yo lak..
Leman makin galak ketawa dalam hati melihatkan sikap rakan2nya yang berusaha keras menyelindungkan niat mereka. Leman terfikir untuk menguji lagi.
LEMAN : Kut ado joki kang buleh la jumpo Rosmah. Nak best laie kot2 acik Iyeh ajak makan tongah haghi kek ghumah eh.
SALIM : Uish.. takyah la sampai camtu. Kito tanyo pasal selipar yo dah la.
RAZAK : Ontah eh..
"Ok.. den nak tengok.." bisik Leman di dalam hati.
Lalu mereka beriringan berbasikal ke rumah Pakcik Alias. Sebaik memasuki halaman rumah Pakcik Alias yang tidak berpagar itu, pandangan masing2 tertancap ke arah dua orang wanita yang sedang membuat kerja2 dapur di atas pangkin di bawah rumah. Makcik Rashidah dan anak dara kiutnya sedang asyik bekerja dengan bawang, lengkuas, kunyit dan beberapa barang masakan lain sambil berbual tanpa menyedari kehadiran sahabat berempat itu. Selendang Rosmah tersangkut di bahunya, menampakkan rambut hitam berkilatnya yang ikal mayang, bukan keriting kembang seperti yang ramai orang bayangkan. Keempat2 sahabat itu terkesima seketika melihat keindahan yang terpampang di hadapan mereka.
"Assalamualaikum.." kata mereka berempat hampir serentak. Tersentak dengan suara memberi salam itu, dengan segera Rosmah membetulkan selendangnya untuk menutupi rambutnya.
"Waalaikumussalam.." jawab Makcik Rashidah. Rosmah senyap sahaja. Mungkin dia jawab di dalam hati.
MAKCIK RASHIDAH : Laa.. nak datang apo tak tulih sughat dulu? Buleh acik masak2 sikit..
RAZAK : Masak2 apo yo cik ai..
MAKCIK RASHIDAH : Tetamu nak datang. Buleh la bakar lomang ko, ngacau penganan ko..
RAZAK : Hahaha.. dah macam haghi ghayo lak.. Kut camtu kono bagi sughat awal seminggu sebolum datang tu..
MAKCIK RASHIDAH : Hahaha.. macam2 kau Jak yo.. Nak naik dulu ko? Acik Iyeh kau keluar lak deh tadi.
AMRAN : Ooo.. yo ko? Niat eh nak jumpo dio la ni. Ado hal sikit.
MAKCIK RASHIDAH : Kojap yo agak eh tu. Biaso kut nak keluar jauh2, dio bawak moto. Ni jalan kaki yo lak deh tadi. Nak tunggu kek ateh pun buleh.
SALIM : Takpo la cik. Tunggu kek bawah yo la.
MAKCIK RASHIDAH : Buleh yo.. Pangkin ni bosa. Ros, buek la air apo2..
LEMAN : Takyah susah2 la Ros. Bagi air kosong yo dah la.. Hehe..
Rosmah tak menjawab sebaliknya terus dengan sopan bangun dan meninggalkan ibunya bersama para tetamu itu. Terkedu Leman seketika. Dia sendiri rasa pelik dengan diri sendiri. Sejak malam tadi, dia mula terasa macam lebih bijak dari biasa. Seoalah2 sifat pemalu kurang bertempatnya sedikit terhakis. Kemuncaknya, dia berani pula menegur Rosmah sedangkan rakan2nya yang lain sekadar berbual dengan Makcik Rashidah sahaja. Tetapi ketiadaan respon dari Rosmah menjatuhkan moralnya semula. Rasa menyesal pula dia menegur tadi. Terasa tebal pipinya.
Sahabat berempat itu terus berbual2 dengan Makcik Rashidah. Paling banyak cakap adalah Razak. Paling senyap pula adalah Leman. Hatinya masih diserang rasa kesal sebab menegur Rosmah tadi. Ingin sahaja dia menghantuk2 kepalanya ke tiang rumah namun tindakan sebegitu pasti memburukkan keadaan.
Rosmah kembali ke pangkin di bawah rumah itu bersama sebuah dulang yang diisi dengan sebiji teko dan beberapa biji cawan. Dia letak dulang itu di atas pangkin. Dengan disaksikan oleh empat pasang mata yang malas berkedip, Rosmah menuang air kopi o ke dalam setiap cawan. Ada lima cawan di dalam dulang. Tentu empat untuk tetamu dan satu lagi untuk ibunya. Antara kelima2 cawan itu, salah satunya sudah sedia terisi dengan air masak.
"Yang ni abang Leman punyo. Nak air kosong yo kan? Hihi.." kata Rosmah sambil menghulurkan cawan berisi air masak ke hadapan Leman sambil jemari tangan kirinya merapat ke bibir untuk melindungi ketawa kecil dan comelnya. Tindakan Rosmah itu membuatkan semua yang ada di bawah rumah itu ketawa geli hati.
"Apo ni Ros.. Sian la abang Leman kau minam air kosong yo.." kata Makcik Rashidah. Namun dia sendiri masih dengan sisa ketawanya melihat gelagat anak daranya mengenakan Leman.
"Gughau yo mak. Jap, ambik cawan lain yo.." balas Rosmah sambil berlalu naik semula ke dalam rumah.
Sahabat baik berempat itu agak teruja kerana dapat merasa Rosmah bukanlah gadis pendiam dan pemalu yang mereka sangkakan selama ini. Rosmah masih boleh bergurau senda dan kenyataan itu sangat disenangi oleh mereka. Jauh di sudut hati Amran, Salim dan Razak, mereka mencemburui Leman kerana nama Leman disebut oleh Rosmah sebentar tadi. Tambahan pula Rosmah hulurkan cawan air kepada Leman sedangkan mereka ambil sendiri cawan masing2 dari dalam dulang.
"Jomput minum dulu.." kata Makcik Rashidah. Semua mula menghirup kopi masing2. Hanya Leman yang menghirup air kosong suam. Hatinya sedikit berbunga kerana tegurannya pada Rosmah tadi bukanlah tidak dilayan langsung sebaliknya dia rasa bertuah mendapat layanan lebih istimewa daripada Rosmah berbanding rakan2nya yang lain. Air kosong yang dihirupnya itu terasa begitu manis di tekaknya.
Seketika kemudian, Rosmah kembali bersama sebiji cawan. Terus dituangnya air kopi untuk Leman.
"Nah, bang Man.. Ros gughau tadi tak maghah doh kan?" katanya sambil menghulurkan cawan kopi Leman ke hadapannya.
"Takdo la.. nak maghah apo lak. Bondo kelakar, kito golak. Bukan maghah.. Hahaha.." balas Leman. Dia semakin terasa bahawa dia secara tiba2 jadi pandai menyusun ayat.
Rosmah senyum sahaja. Matanya menjeling Leman. Amran, Salim dan Razak mula rasa berbulu.
"Yang ni Ros ambik yo.." kata Rosmah seterusnya sambil mencapai cawan air kosong Leman lalu terus dihirupnya tanpa sempat Leman menghalangnya kerana air kosong itu sudah diminumnya sedikit terlebih dahulu. Terbeliak mata Amran, Salim dan Razak melihat insiden itu. Perasaan berbulu mereka kian menebal.