Part 2

12 4 0
                                    

"Kamu semua tahu tak kenapa kamu belajar? Soal guru kepada anak-anak muridnya. Agak berang pertanyaan itu. Apabila mendapati keputusan anak-anak muridnya dalam subjek Pendidikan Al-quran dan As-Sunnah tidak memuaskan dek kerana ramai yang gagal lulus. Matapelajaran yang tidak sepatutnya gagal kerana sebagai seorang muslim seharusnya perlu peka serta mengambil berat terhadap matapelajaran tersebutnya.

"Kamu!" Laung ustazah Kasmidah kepada seorang pelajar yang berada di belakang aku, Azmir namanya.

"Azmir, cuba kamu beritahu ustazah apa tujuan sebenar kamu belajar?" Lagak ustazah kali ini tidak seperti sebelum ini. Tampak sekali keseriusannya dan kekecewaannya kepada anak muridnya. Jelas keputusan peperiksaan TOV ini menghampakan perasaannya.

Azmir hanya membatukan diri. Tidak tahu menahu jawapan kepada soalan yang diajukan oleh ustazah. Rakan sekelas hanya mengerling mata kepada Azmir. Tidak sedikit juga yang menundukkan kepala. Samada bimbang disoal atau cuak dengan rona wajah ustazah yang merah memberang.

"Azmir! Jawab soalan ustazah ni!" Jerkah ustazah sambil menghentak tangan di atas meja dengan kuatnya. Jerkahannya tak lepas seperti petir yang sedang menyambar.

Aku hanya mampu menundukkan pandangan. Tak mampu melihat wajah Azmir yang mungkin sedang ketakutan.

"Maaf ustazah saya tak tahu." Azmir meluncurkan kata-katanya. Bagi aku, tak sepatutnya jawapan itu terkeluar dari mulutnya sebagai membalas persoalan ustazah.

"Mana boleh kamu tak tahu dengan tujuan kamu belajar! Habis itu, mak ayah kamu menghantar kamu belajar ni untuk apa?" Bentak ustazah Kasmidah dengan kerasnya. Matanya menyorot tajam ke arah pelajar-pelajar.

"Hah, kamu Kamil!" Suara itu akhirnya menyergah ke telinga aku. Aku sedikit tersentak. Tapi aku cuba bertonil biasa dek kerana aku tahu keputusan aku sangat lah baik jika mahu dibandingkan dengan rakan-rakan kelasku yang lain.

Aku menarik kerusi ke belakang lalu bangun dari papan kerusi. Aku masih lagi menundukkan kepala. Takut untuk melihat wajah ustazah yang masih lagi jaki.

"Kamu Kamil, apa tujuan kamu belajar?" Soal ustazah. Agak keras suaranya. Tak seperti waktu pengajian yang dahulu. Ustazah Kasmidah hari ini bukan lagi seperti ustazah yang aku kenali.

Ketegasannya kali ini, membuntangkan mata hati aku. Raut wajahnya yang berang tak pernah aku lihat. Ustazah Kasmidah selama ini hanya suka menyungging senyuman yang menenangkan hati. Wajahnya kali ini menimbulkan keresahan dan kegelisahan bagi yang memandangnya.

"Errr...tujuan saya belajar adalah kerana saya nak gembirakan ibu bapa saya.." tebak aku dengan penuh rasa debar. Jawapan yang aku lemparkan ini hanyalah untuk menyelamatkan diri. hakikatnya aku pun tidak mengetahui apa tujuan sebenar aku belajar.

Cuma orang tua aku selalu berpesan 'belajar lah bersungguh-sungguh, nanti dah berjaya boleh kerja senang-senang'. Itu antara ayat yang selalu memujuk hati aku yang malas untuk belajar bersungguh-sungguh. Sungguh pun begitu, sebenarnya aku tidak mengerti dan mengetahui tujuan aku belajar.

Setiap hari aku dibekalkan dengan nasihat daripada kedua-dua orang tua, supaya belajar rajin-rajin, nanti bila berjaya dapat kerja senang, dapat bahagiakan ibu bapa. Benar apabila kejayaan kita dalam pelajaran dapat megembirakan ibu bapa kita, tetapi adakah kebahagiaan itu yang akan disorong sampai ke akhirat?

Sekirannya matlamat kita belajar hanya mahu mendapat kehidupan yang senang dan selesa. Jikalau demikian tujuan dan matlamat kita belajar seperti itu, maka itu lah yang kita akan dapat.

Ustazah Kasmidah hanya membidik tepat wajah aku. Entah benar entah salah jawapan aku. Pelajar lain melirikkan pandangan kepada aku. Aku menundukkan muka.

Penuntut Sijil Where stories live. Discover now