"Kamil, tahniah lah, aku tak sangka pula kau boleh naik atas pentas." Ucap Fahrin kepada Kamil sambil menepuk bahu rakannya sambil menzahirkan seyuman walau hati agak kecewa. Mungkin kerana keputusan peperiksaan SPM yang kurang baik.
"Terima kasih Rin. Biasa-biasa sahaja, bukankah ini semua dalam takdir Allah sudah?. Kau pun jangan kecewa sangat dengan keputusan kau tu. Ada hikmah apa yang berlaku ni."
Suasana di sekolah agak meriah. Pelajar yang meraih kejayaan dalam SPM menyambut keputusan dengan rasa syukur dan bangga. Tidak sedikit juga yang berasa kecewa dengan keputusan dek kerana tidak mampu mendapat keputusan yang terbaik.
"Betul lah kata ustazah Kasmidah, bila kita belajar niat kerana Allah, maka Allah akan permudahkan urusan kita, tapi kalau niat kita sebaliknya, hanya semata-mata dunia maka sukar untuk kita peroleh sebab yang beri kejayaan tu Allah kan. pesanan itu lah yang dulunya aku abaikan dan sekarang sudah jadi kenyataan, aku sedar, aku belajar bukan kerana Allah tapi kerana dunia semata-mata. nasihat ustazah akan aku kenang" luah Fahrin kepada Kamil seusai solat zohor di surau sekolah.
"Ustazah dah banyak bagi kesedaran kepada kita betapa peri pentingnya menuntut ilmu kerana Allah. Nasihat ustazah lah yang membuatkan aku terbuka fikiran." Ucap Kamil pula kepada Fahrin. Mereka berdua bersandar di dinding surau di bahagian belakang.
"Semoga Allah mencucuri rahmat kepada allayarhamah usatzah Kasmidah. Al-fatihah"
YOU ARE READING
Penuntut Sijil
General FictionPenuntut Sijil . * Karya ini mungkin tidak berape panjang penulisannya tapi cukup memberi nilai yang berpanjangn . "Err...tujuan saya belajar sebab nak menggembirakan ibu bapa saya..." "Mungkin kamu belajar sebab nak menggembirakan ibu bapa kan?" "S...