Part 23

864 88 21
                                    

"Dia belum sedar?"

Kepala Gempa tergeleng dengan pertanyaan Gopal. Dia kerling ke arah Halilintar yang duduk di sebelah Gopal. Senyap sahaja lelaki itu sejak mereka bertiga tiba di kafe.

"Belum. Masih tak ada tanda-tanda dia nak sedar. Dah genap 4 bulan dah dia koma. Aku rindu dia."

Gopal menepuk bahu Gempa, agar lelaki itu bertenang.

"Jangan sedih. Aku pasti dia akan sedar. Aku nak tanya ni."

"Hmm, apa?"

"Kau dah maafkan Ice? Atas segala kesilapan dia dahulu?"

Gempa tersenyum kecil bila dua pasang mata menatap ke arahnya.

"Aku dah maafkan dia, untuk apa lagi aku ingat kisah silam yang kelam itu. Aku pun manusia biasa, ada juga kesilapannya. Aku pun ada dosa dengan dia. Aku pergi tanpa minta izin dan abaikan tanggungjawab aku sebagai isteri dia. Aku.. Aku nak mulakan kehidupan yang baru dengan dia."

Gopal dan Halilintar tersenyum mendengarnya.

"Baguslah. Kebahagiaan sebenarnya yang kau tunggu akan kau kecapi nanti. Kami harap selepas ni kau bahagia bersama dengan dia."

Gempa menatap Halilintar. Dia tersenyum.

"Terima kasih Halilintar."

Halilintar menjongket bahu dengan senyum manis. Iris merahnya menilik wajah yang pernah dia damba. Dia ikhlas lepaskan cinta pertamanya. Tapi tidak semestinya dia akan lupa serta hapuskan perasaan yang pernah singgah di hatinya, biarlah dia tetap ada dihatinya.

Aku selalu doakan kau bahagia Gempa di samping dia. Aku tahu berat untuk aku, tapi melihat kau bahagia sudah buat hati aku rasa bahagia. Terima kasih sebab hadir dan singgah di hati aku. Aku akan simpan perasaan ini.

Halilintar berbisik di dalam hatinya, seraya merenung lembut ke arah Gempa yang tersenyum manis padanya.

Dring.. Dring...

Bunyi deringan telefon, menyentak mereka bertiga.

Gempa mencapai telefonnya yang terdampar di atas meja. Dia membaca nama si pemanggil. Ibunya.

Panggilan tersebut dijawab.

"Ya ma.."

Belum sempat Gempa habis berkata, Puan Lily di seberang sana bersuara lantang.

"Gempa!! Datang ke hospital sekarang!"

Gempa dengar dengan jelas nada dan suara mamanya yang agak bergetar dan sayu seperti tengah menangis. Perasaan dia mula tidak tenang.

Gopal dan Halilintar menegakkan tubuh, bila melihat wajah gelisah Gempa itu.

"Kenapa mama?"

"Ice Gempa! Ice.."

"Kenapa dengan Ice? Dia dah sedar ke?!"

Jantung Gempa berdegup, menanti jawapan dari mamanya. Entah kenapa, dia takut untuk mendengar jawapan dari mamanya takut akan menyakitkan perasaannya jikalau itu adalah berita buruk. Dia belum siap untuk mendengarkan itu.

Namun, apa yang dia dengar setelah itu mampu membuatkan air matanya tumpah dengan laju.

"Ice dia dah tak ada..."


















Tbc....

Another Day | Done For Me (IceGem S2) [C]√Where stories live. Discover now