AIDEN menjeling tunangnya sekilas sebelum memulakan pemanduan untuk ke butik pengantin milik kawan mommynya.
Selama 15 minit perjalanan mereka, Adeena masih mendiamkan diri. Gadis itu leka bermain dengan iphone miliknya.
Sesekali gadis Perancis itu tersengih suka, malah terbit juga bunyi tawaan kecil dari dua ulah bibir merah itu. Aiden mendiamkan diri, tangannya mencengkam kuat stereng kereta.
Cemburu?
Ya, perasaan itu yang menyelubungi diri dia sekarang. Kalau boleh dibuat seperti emoji di dalam telefon rasanya dah keluar semua asap di hidung dan juga telinga.
Sampai sahaja di traffic light Aiden merampas kasar iphone milik Adeena.
Pap!
Adeena tercengang tatkala iphonenya jatuh menyembah karpet kereta di seat belakang.
"Apa ni!" Mata bulat itu mencerlung ke arah Aiden yang sudah ketat wajahnya.
Baru sahaja Adeena mahu menyelit ke seat belakang satu tepukan kuat di sisi pinggangnya membuatkan tingkah gadis itu terhenti.
"Don't you dare. If you take it I will break the phone as soon as we get to the destination."
"You ingat I beli dengan daun ke telefon tu?! I kumpul duit enam bulan semata-mata nak beli that phone." Adeena melihat wajah dari sisi milik Aiden.
Dingin seperti tidak bersalah lelaki itu membaling telefonnya hingga terjatuh ke carpet seat belakang.
Bibir gadis itu mencebik menahan tangis. Dia kembali duduk di seatnya, pandangan di halakan ke luar tingkap. Malas mahu melihat wajah ketat milik Aiden.
Menyakitkan hati!
Aiden senyap dari hujung mata dia sudah boleh lihat Adeena sedang menyapu air matanya. Perasaan bersalah mula menyelubungi diri. Satu keluhan ringan dilepaskan perlahan.
TANPA menghiraukan Aiden, Adeena keluar daripada kereta mewah lelaki itu setelah mereka berdua sampai ke destinasi.
Pintu belakang di buka lalu gadis itu terbongkok-bongkok mencari iphone yang sudah selamat di baling oleh Aiden tadi.
Setelah anak mata hazel menangkap glitter yang bercahaya di bawa seat penumpang satu senyuman terbit di bibir gadis itu.
Iphoneya yang tersarung kemas dengan satu phone case giltter itu dicium sambil di gosok-gosok skrinnya. Nasib baik tak ada calar walaupun sedikit.
Sudah lah iphonenya itu harganya sama mahal dengan satu buah pinggang miliknya. Jika dia minta kepada Mateen pasti mudah untuk dia miliki satu biji telefon. Tapi dia lebih suka usahakan sendiri apa yang dia mahu.
Pintu kereta milik Aiden dia tendang dengan kaki sebelum dia menjeling lelaki itu yang setia menunggunya.
Ingat lelaki itu sahaja yang boleh buatnya sakit hati?