Ketiga2 mereka senyap seribu bahasa. Hal itu mungkin tidak mengejutkan Salim dan Razak lagi. Namun bagi Amran, satu tamparan yang besar singgah ke ulu hatinya.
Salim dan Razak turut membatukan diri. Mereka mengerti perasaan Amran. Mereka sendiri telah merasakannya malam tadi. Lama hal itu mereka bincangkan. Lewat tengah malam baru mereka bersurai dan pulang ke rumah dengan satu keputusan yang dipersetujui bersama. Tinggal hendak sampaikan kepada Amran dan berharap Amran turut setuju dengan keputusan mereka. Bagaimanapun, mereka tunggu Amran dahulu buka mulut dan mematikan situasi senyap membatu itu.
AMRAN : Memang la den tido copek malam tadi. Tapi buleh yo suruh omak den kojut..
SALIM : Memang nak suruh omak kau kojut mulo eh.. Tapi Leman lak koba tak payah. Sobab dio ghaso bersalah amek..
RAZAK : Pagi ni pun dio tak sanggup datang sini jumpo kau.
AMRAN : Laa.. abih tu, dio taknak poi ko ni? Bolum bincang laie ni..
SALIM : Dah bincang dah.. Sorry tak ajak kau bincang sekali. Malam tadi dah putuih an.. Projek kentaki kito ni, tangguh dulu la.
AMRAN : HAA???!!!
RAZAK : Sorry Am.. Den pun jadi tawar hati bilo Abang Tapa cakap kito camtu. Lomah semangat den jadi eh.
Amran sedikit terkejut dengan kenyataan Salim dan Razak. Namun dia mengerti kemelut yang melanda mereka semua. Sekali lagi ketiga2 mereka terdiam seribu bahasa. Hati Amran membara membayangkan Abang Tapa yang ketawa besar mendengarkan projek mereka.
AMRAN : Abih tu.. lupo an toruih?
SALIM : Takdo la camtu. Kito cari pilihan lain. Nanti kito bincang balik.
RAZAK : Naik bas ko misal eh..
SALIM : Apo2 pun, bukan hari ni. Den dah lomah semangat dah ni. Kono repair balik semangat ni baru pikir jalan.
Amran melepaskan keluhan yang berat. Matanya tepat menikam seekor ulat gonggok yang melintas hampir dengan kakinya. Dikuisnya ulat gonggok itu dengan selipar jepunnya. Serta merta ulat itu melingkarkan badan. Untuk ke sekian kali, bibir ketiga2 sahabat karib itu tertutup rapat tanpa suara.
AMRAN : Kok dah camtu.. balik lah ai.. Lain kali la kito bincang..
Amran terus bangun namun belum terus melangkah. Sementara Salim dan Razak masih duduk di pangkin sambil sekadar memerhatikannya.
SALIM : Am.. kau maghah kek Leman ko?
AMRAN : Tak la.. Takkan nak salah an dio lak.
SALIM : Tu la.. Zohor kang jumpo kek surau la.
Salim dan Razak pun lalu bangun. Begitu sahaja, perjumpaan mereka pagi itu disuraikan bersama kekecewaan yang besar.