Semuanya salah Abang Tapa, fikir Amran. Abang Tapa rampas cintanya. Mengakibatkan hidupnya jadi tak keruan. Semuanya serba tak jadi. Namun dengan mental yg gagah, Amran dapat juga terima kenyataan tentang penentuan jodoh yg menjadi hak mutlak Allah semata2. Dia mampu melupakan perasaannya pada org yg disayangi dan mengalihkan tumpuannya kepada cita2nya bersama rakan2 yg setia.
Cita2 itu pun dicantas oleh Abang Tapa. Maruahnya diinjak2 tanpa belas. Segala usaha yg dilakukan selama ini bagaikan sebuah menara tinggi yg baru dibina, diruntuhkan dengan selamba oleh Abang Tapa. Sekali lagi jiwa dan keegoan Amran tercabar. Kemuncaknya, adik kesayangannya menjadi mangsa kecelaruan perasaannya.
Apabila Abang Tapa menawarkan untuk menghantarnya ke hospital, seboleh2nya Amran hendak menolak. Tetapi penolakan mentah2 tentu sangat mengetarakan dendamnya terhadap Abang Tapa. Dalam keadaan tercedera dan sangat memerlukan bantuan, tiada cara bagi Amran untuk mempertahankan egonya.
Namun dia cuba mengekak drpd berbual2 dengan Abang Tapa. Dia pasti akan rasa sangat tak selesa kalau Abang Tapa tiba2 menanyanya tentang projek KFCnya. Soalan itu pasti menokok tambah kesakitan yg sedia dideritainya.
"Ontah la bang.. Bondo dah nak jadi.." itu sahaja respon Amran sambil memandang ke arah lain bila Abang Tapa menanyakan tentang kejadian kemalangannya semasa menunggu ubat selepas mendapatkan rawatan. Abang Tapa juga tak banyak bertanya dan berbual dengan Amran. Mungkin dia perasan Amran sangat tidak berminat untuk beramah mesra dengannya.
Di dalam kereta semasa pulang dari Hospital Kuala Pilah, Abang Tapa yg menyedari bahawa ada isu antaranya dengan Amran tidak melepaskan peluang untuk berbicara dengannya. Dia sebagai orang yg lebih matang tidak akan membiarkan sahaja isu itu terus berpanjangan.
ABANG TAPA : Kawan kau jumpo abang. Marah amek deh kek abang. Dopan2 Tuk Said dimarah eh abang. Mulo eh abang tokojut jugak.. Apo lak dio nak marah bona. Kosan eh pasal abang golak an plan kau mo kengkawan nak poi Bahau tu.
Amran telan liur. Isu yang dia sangat tak ingin bualkan dengan Abang Tapa akhirnya timbul. Tetapi cara isu ini timbul agak menarik perhatian Amran dan dia hendak dengar lebih lanjut walaupun egonya menutup mulutnya dan memilih untuk diam dahulu.
ABANG TAPA : Osah amek maghah eh. Abang tak ponah tengok dio maghah sampai camtu doh. Merah padam muko. Tuk Said pun tekojut nengok eh. Dio tak pueh hati sobab abang golak an plan kau tu.
Seraut wajah yg comel muncul dalam kotak fikiran Amran. Amran cuba bayangkan wajah itu dalam keadaan marah. Amran sendiri tak pernah lihat dia marah. Menangis, pernah lah. Membayangkan kemarahan itu disebabkannya, Amran rasa macam nak senyum tetapi ditahankannya.
ABANG TAPA : Dah lamo dio berkawan mo kau. Kato eh, kau la kawan yg dio paling kagum. Kau paling ambik boghek kek dio. Pasal plan nak poi Bahau tu dah lamo rancang. Macam2 yg kau mo kengkawan buek utk plan tu.
Amran terasa nak kembangkan hidungnya. Dia seakan2 tak percaya apa yg didengarnya. Wajah comel di dalam bayangan Amran tersenyum ke arahnya. Namun Amran harus berhati2. Mungkinkah Abang Tapa mereka-reka cerita untuk mempermainkannya? Andai betul begitu, Amran berjanji akan menumbuk muka Abang Tapa kala itu juga. Tak kisah walaupun akibatnya nanti mereka berdua pula terlibat dengan kemalangan kereta.
ABANG TAPA : Abang sebona eh golak tu bukan mengejek. Abang mintak maap la kalau kau salah paham. Abg teringek maso abg mudo2 maghin. Abg pun perangai gilo2 cam kau mo kengkawan kau. Abg pun ado geng buek kojo mengarut. Mengarut2 pun takdo la buek kojo yg menyusah an org. Paling best maghin abg buek projek tanam tobu. Sambil tu cari modal boli mesin tobu. Bisnes jua air tobu maso bulan poso. Takdo la laku bona pun sobab tobu abg tanam tu bako tak sodap. Tapi seronok..
Amran masih membisu. Tetapi dia makin berminat nak dengar Abang Tapa berceloteh sendiri. Sekali sekala abang Tapa menjeling Amran. Dia tersengih. Mungkin mengenangkan zaman gila2 remajanya.
ABANG TAPA : Bilo donga hal kau mo kengkawan plan nak naik biska poi Bahau, abang tak tahan nak golak. Kau punyo projek tu lobih gilo dr abang. Abg dulu buek projek macam2 pun cumo dlm kampung yo. Ekau sampai ke Bahau. Kut abg mudo laie, kompom abg join kau. Abg golak sobab happy. Abg kagum. Abang respek plan kau. Abang seronok donga org mudo cam kau berani buek kojo gilo camtu. Abang pun sebona eh jeles sobab projek kau ni lobih mega drpd yg ponah abg buek maso mudo2.. Osah tera kau jang..
Abang Tapa sengih. Amran turut tersengih sekali. Terasa segala beban dendamnya terhadap Abang Tapa hilang serta merta. Rasa kembang hidungnya dipuji begitu. Amran baru mengerti tindakan Abang Tapa mentertawakan projeknya.
ABANG TAPA : Abang paham kalau kau maghah. Tu sobab abang mintak maaf ni. Kau toghuih an la projek kau mo kengkawan tu.
AMRAN : Memang nak buek bang. Insyaallah sikit hari laie..
ABANG TAPA : Tak sangko lak abang buleh kono maghah dek org mudo.. Kah3..
AMRAN : Dio maghah2 sayang yo tu. Hehe..
ABANG TAPA : Mano.. Bongih muko eh. Dio ghaso dio yg kecewo an kau.. Tu yg dio baghan amek tu. Tuk Said yg tonang an dio. Kok tak silap2 ditumbuk eh abang.
AMRAN : Uish.. Takkan la ganeh bona ai..
ABANG TAPA : Iyo.. Sobab dio paling respek kek kau. Tak sanggup deh tengok projek yg kau plan selamo ni gagal.
AMRAN : Bukan sey plan sensorang bang. Ghamai2 plan samo2..
ABANG TAPA : Iyo lah.. Abang tau tu. Tapi kau la kepalo eh.
Amran rasa makin bangga. Tidak disangkanya begitu tinggi pandangan Fariha padanya. Amran mula membayangkan kemungkinan lain yg lebih indah.
ABANG TAPA : Dalam ghamai2 tu, ekau yg paling dio sayang.
AMRAN : HAHH!!!??
Amran telan liur. Terasa manis.
ABANG TAPA : Ekau yg ajar dio bawak biska, kato eh. Tu yg buek dio sayang amek kek kau sampai an dio tak sanggup nak jumpo kau. Dio ghaso dio yg jadi punco projek tak jadi. Tu yg buek abg ghaso bersalah jugak tu. Mujur lak aghi ni jumpo kau.
Bila masa pula Amran ajar Fariha menunggang basikal? Amran tertanya2 di dalam hati. Bila Amran sedar situasi sebenar, dia telan liur lagi. Tapi tak berapa manis.
ABANG TAPA : Nanti elok kau poi jumpo dio. Kesian lak abang nengok an dio tadi. Nak meleleh air mato eh maghah an abang.
AMRAN : Iyo la bang. Ese memang cadang nak jumpo dio hari ni. Tereksiden lak tadi.
ABANG TAPA : Kau nak ke mano tadi sebona eh?
Maka mereka terus berbual rancak hingga sampai ke lokasi kemalangan. Tayar basikal Amran dicabut supaya muat basikal itu untuk dimasukkan ke dalam bonet kereta. Amran rasa mujur sangat kerana dia tak sebut nama Fariha semasa berbual dengan Abang Tapa tadi.