PART 92 : AMRAN GUSAR

134 1 0
                                    


Lepas makan malam, Amran bersidai di beranda. Fikirannya kusut. Duit dana KFCnya hanya tinggal dua ringgit. Manakan cukup untuk membawanya ke restoran ayam goreng idamannya itu. Sedangkan rakan2nya yang lain sudah cukup dana dan cukup bersedia untuk melancarkan projek. Baru sahaja Abang Tapa suntikkan semangat berkobar dalam jiwanya. Tak tersangka pula ada masalah yang menghalang. Secebis perbualannya dengan Abang Tapa petang tadi terngiang di telinganya.

ABANG TAPA : Ado cito2 ni bagus Ran.. Jadi ado bondo yang kito koja. Takdo la hidup kosong macam lalang yo..

AMRAN : Ish.. bondo kocik camni pun buleh kigho cito2 jugak ko? Hahaha..

ABANG TAPA : Tak kisah la kocik ko bosa, ado keinginan dan diusoho an, cito2 la tu namo eh. Kalau tak diusoho an, namo eh angan2..

AMRAN : Boto yo tu bang.. Macam abang lain la, dah berjayo. Kojo bosa, gaji bosa, kereto pun bosa..

ABANG TAPA : Kan abang koba tadi, ado keinginan dan usoho.. tu la deh cito2.. ekau ingat abang dah takdo apo2 keinginan laie ko kek duni ni? He..

AMRAN : Abang pun ado cito2 laie ko?

ABANG TAPA : Dah tontu la ado.. Ado laie bondo yang abang nak kek dunio ni..

Lamunan Amran terhenti bila disapa oleh Pakcik Latif yang tiba tiba2.

PAKCIK LATIF : Kau boto ko taknak pakai duit ni? Banyak ni..

AMRAN : Nak pakai.. tapi takdo la ponting bona. Buek belanjo dapur laie ponting. Bah, esok Ombung nak poi mancing yo.. Buleh yo ikan tu nanti dibuek lauk.

PAKCIK LATIF : Mancing kek mano? Kampung kito ni bukan ado sungai.

AMRAN : Senanti bah..

MAKCIK KIAH : Merayau yo la kojo kau.. Cubo la nolong motong ko..

Terkejut Amran bila disergah oleh Makcik Kiah secara tiba2.

AMRAN : Lopeh motong la mak..

PAKCIK LATIF : Senanti? Jauh yo tu.. Poi mo sapo?

AMRAN : Mo rakan-rakan..

PAKCIK LATIF : Naik apo?

AMRAN : Biska..

PAKCIK LATIF : Iyo lah.. Elok2.. Tapi pagi2 tolong motong dulu..

Pakcik Latif meninggalkan Amran di beranda dan masuk ke dalam rumah. Dari dalam rumah, kedengaran Makcik Kiah masih membebel.

MAKCIK KIAH : Biaso pandai lak merayau sesuko hati. Takdo pulak mintak izin ko apo..

PAKCIK LATIF : Ala.. bia la deh. Budak tu dah bosa panjang. Dah buleh menikah dah.

MAKCIK KIAH : Sapo la nak menikah org takdo kojo. Huh..

Amran sudah terlebih mengerti sikap ibunya. Jarang ada perkara yang menyenangkan hati wanita itu walau apa yang dibuatnya. Tambah pula selepas insiden Amran menampar anak gadis kesanyangan ibunya tadi, Amran terpaksa relakan menadah telinga walau apa saja bebelan Makcik Kiah.

AMRAN : Mak, Ombung poi ghumah Salim jap yo. Ado hal sikit..

Dengan pantas saja Amran melompat tangga beranda terus ke tanah. Bila rancangan untuk pergi memancing timbul dalam kepalanya, spontan dia teringatkan basikal yang kemalangan tadi. Entah sudah siap dibaiki atau belum. Kalau belum siap, bagaimana dia hendak pergi ke Seri Menanti untuk memancing esok?

Tiba di rumah Salim, rupanya Salim masih belum balik dari surau. Mungkin Salim di rumah Leman kerana dia dan Razak memang ke rumah Leman selepas Isyak tadi. Jadi, Amran alihkan arah langkahnya ke rumah Leman. Memang tepat jangkaannya, Salim dan Razak masih berada di rumah leman. Berbual-bual di beranda rumah Leman. Siap minum kopi dan makan biskut.

Amran dan Rakan-rakanWhere stories live. Discover now