AMRAN : Apo cito2 abang?
ABANG TAPA : Ekau jangan golak lak.
AMRAN : Apo nak golak lak..
ABANG TAPA : Mano la tau hari tu abang golak an projek kau, ni kau nak baleh dondam lak ko.. haha..
AMRAN : Tak koso ese nak bedondam doh bang ai.. haha. Sajo yo nak tau. Abang sokong cito2 ese, ese pun nak yo sokong cito2 abang lak. Kut2 buleh tolong nak mencapai eh, ese tolong.
ABANG TAPA : Cito2 abang ni kau takleh tolong doh.
AMRAN : Takleh tolong, ese sokong yo la..
ABANG TAPA : Sokong buleh. Kut kau sokong, minggu dopan jangan lupo poi ghumah Tuk Said.
AMRAN : Apo lak kono mengono Tuk Said lak?
ABANG TAPA : Cito2 abang nak ado keluargo sendiri. Abang nak copek2 berbini, beranak pinak..
AMRAN : Ooo.. Paham.. paham.. Haha.. Insyaallah tercapai cito2 abang tu. Ese sokong seponoh eh. Tapi takleh janji la nak datang majlis tunang tu nanti. Kot2 ado hal lain lak. Camno pun, kalau ese tak datang pun bukan la makno eh tak sokong.
Seraut wajah yang manis muncul dalam kotak fikiran Amran. Namun dengan segera disapunya bersih2. Amran percaya segalanya sudah ditakdirkan dan dia harus terima seadanya. Lagipun, dia memang ikhlas hendak menyokong cita2 Abang Tapa. Cita2? Bagaimana dengan cita2nya sendiri, cita2 yang dikongsinya bersama tiga lagi rakan karibnya? Lamunannya kembali terkenangkan poket seluarnya yang kini kosong. Dalam mengelamun itu, Amran lena jua.
Seperti dirancang, sebaik selesai menoreh getah, Amran terus mempersiapkan diri untuk memancing bersama Leman. Sangat besar harapannya agar dia dapat hasil yang banyak dan menyenangkan hati ibunya. Sebelum meninggalkan kebun getah tadi pun Makcik Kiah seolah-olah memerli rancangan memancingnya yang tidak diyakini akan membawa hasil. Biarlah, fikir Amran. Dia tahu, ibunya masih belum benar2 memaafkan keterlanjurannya semalam.
LEMAN : Kang nak semayang Jumaat kek mano? Semayang sini ko Senanti?
AMRAN : Tengok la kang. Kot sompek, balik. Kut tak sompek, semayang sanun.
LEMAN : Semayang sanun yo la. Takdo la terkoja2 bona.
AMRAN : Buleh yo.
Perjalanan mereka lancar. Tidak banyak yang mereka bualkan. Memandangkan Amran cedera, Leman yang menunggang basikal. Perhatiannya tertumpu pada jalan semata2. Amran juga tidak mahu banyak cakap kerana dia Leman adalah penunggang baru di atas jalan. Amran hendak biar perhatian Leman tertumpu sepenuhnya pada kayuhannya. Mengenangkan dia sendiri yang mengajarkan Leman teknik menunggang basikal, Amran tidak sangka ajarannya itu sangat besar bagi Leman. Hinggakan Leman tergamak menyerang Abang Tapa.
Sampai di Seri Menanti, hala tuju mereka terus sahaja ke sungai yang mengalir di bawah jambatan lebih kurang sekilometer dari Masjid Diraja Seri Menanti. Suasana sunyi. Tiada budak2 bermain di situ. mungkin budak2 sekolah masih berada di sekolah pagi itu. Esok akan bermula cuti sekolah. Cuti tengah tahun selama dua minggu. Cuti yang biasanya akan digunakan untuk melaksanakan kerja2 kenduri kendara. Walaupun tak semeriah cuti akhir tahun yang biasanya memakan masa lima minggu, namun ramai juga yang mengambil kesempatan cuti tengah tahun untuk mengadakan majlis kenduri. Termasuk majlis pertunangan Abang Tapa dan Fariha pada hari Sabtu minggu depan.
Dua jam mereka memancing, dua baldi penuh dengan ikan sungai. Kebanyakannya bersaiz kecil. Cuma ada seekor dua yang besar. Waktu masih awal, namun baldi sudah penuh.
LEMAN : Balik ko?
AMRAN : Balik la. Sompek ni. Badan bepoluh2 ni tak sodap lak nak semayang Jumaat.
LEMAN : Kito lepak2 la jap ambik angin, kang koring la poluh ni..
AMRAN : Nak semayang sini ko? Kok balik buleh mandi..
Leman terdiam. Amran dapat rasa Leman cuba nak mengajaknya supaya solat Jumaat di Seri Menanti. Tentu Leman tengah ligat mencari alasan untuk memujuk Amran. Amran buat tak tahu saja.
LEMAN : Am.. sebona eh den nak terimo kasih amek kek kau.
AMRAN : Alak?
LEMAN : Kau jangan bagitau org lain yo..
AMRAN : Apo deh?
LEMAN : Janji dulu..
AMRAN : Yo la.. yo la..
Dalam hati Amran tersengih melihat gelagat Leman. Macamlah dia tak tahu apa yang Leman hendak sampaikan. Sengaja dia buat-buat tak tahu. Dia cuba membayangkan riak muka Leman semasa hendak memberitahunya nanti. Namun Amran tetap terasa besar hati kerana perkongsian ilmu menunggang basikalnya sangat dihargai oleh sahabatnya itu.
LEMAN : Den nak betimo kasih amek kek kau sobab kona an den dgn Acik Liyeh.