CHP 4

1.5K 158 5
                                    

Kaki melangkah tanpa hala tuju. Mereka bertiga mengambil keputusan untuk mengambil angin petang selepas tamat waktu latihan.

Mikayla berjalan sambil melompat-lompat keriangan membuatkan kakaknya menggeleng kepala.

Childish!

" Kayla! Jatuh nanti aku tak tahu tau"  Kata Amanda. Mikayla buat tidak tahu.

Langkah EvG terhenti apabila ternampak seekor arnab di atas rumput. Lah dari mana pula arnab ni datang.

Mikayla sudah mulakan aksi mengambil gambar. Gambar siapa? Gambar arnab sesat.

" Eee comelnyaaaa" Kata Mikayla.

Hampir 10 minit EvG bermain dengan arnab kecil itu sebelum mereka pergi dari situ apabila arnab itu lari ketakutan akibat Hazel membuatkan arnab itu terkejut.

" Bongok la kau ni, kesian Molly "

" Molly?" Hazel bertanya.

Mikayla mengangguk.
" Ye Molly. Tu nama arnab kecik tu, aku yang bagi. Asal ada masalah?"

Hazel mencebik.

" Macam la kau jumpa dia balik "

Mikayla buat tak layan. Kalau bercakap dengan si gadis bermata hazel seorang ini mana pernah menang. Ada sahaja yang nak dijawabnya.

Mikayla yang berjalan di depan itu pusing kebelakang menghadap Hazel dan Amanda.

Amanda menggeleng.

" Jalan betul betul la, Kayla. Rempuh orang depan tak pasal kena maki kau nanti"

Mikayla menjelir lidah.

" Suka hati kau la " Amanda malas nak tegur lagi perangai budak sorang ni. Bukan nak dengar pun.

" Weh korang. Tadi Abang Ayden call. Nak tau dia kata apa?" Kata Mikayla sambil tersengih gembira. Ada berita gembira la tu nak bagitahu.

"  Apadia?" Tanya Hazel dan Amanda serentak. Nak juga mereka tahu. Yela, Kayla memang rapat betul dengan abang bongsu mereka.

Begitu juga Hazel dan Amanda. Masing-masing mempunyai abang kesayangan. Tapi kasih sayang mereka adik beradik sama sahaja.

Hazel dan Kasyaf manakala Amanda bersama Rafael.

"  Cuba teka Abang Ayden kata apa? Ha teka teka" 

" Dia main teka teki pula. Ada aku bagi kaki nanti. Bagi tahu jela" Kata Hazel malas. Matanya melihat seorang lelaki yang ralit memandang tasik di hadapan.

Pandangannya teralih kepada Mikayla yang masih berjalan menghadapnya dan Amanda. Senyum jahat muncul. Haa tanduk setan dah keluar.

Dia menyiku Amanda di sebelah kemudian menunjuk lelaki berbaju kuning yang masih lagi ralit memandang tasik.

Amanda yang faham turut sengih jahat. Mereka berdua membuat seperti tidak ada apa yang akan berlaku.

" Abang Ayden cakap apa bongok. Cakap jelah halah susah sangat " Amanda dah malas nak bermain teka teki.

Mata Hazel dan Amanda memerhati sahaja lelaki berbaju kuning itu dan adik mereka silih berganti. Senyum disorok.

Mikayla sengih sebelum berkata.

" Abang Ayden cakap..."

1

" Dia..."

2

" Dengan Abang Ian and Abang Ayyan--"

3

Mikayla terlanggar lelaki berbaju kuning itu . Jatuh tergolek member.

Triplets T&NWhere stories live. Discover now