~1🌺

1.5K 39 0
                                    

Pelakon²:
Tengku Hazriq Fariz
Irsya Qismina
Hazreen Farisya
Farhan Qayyum
Hafiz Zaquan
Syira Adila
Syazila
Puan Sharifah
Encik Shahid
Dato' Jefri
Datin Marziah

"Sya. Bangun. Semalam kata nak pergi cari kerja. Jam tu dah bising sangat tu.  Bangunla." kata Puan Sharifah. "5 minit ma. Ngantukla. " kata Irsya. "Takde 5 minit dah nak pukul 6.30 dah ni. Cepat bangun." kata Puan Sharifah.

"What! Dah nak pukul 6.30. Kenape jam tak bunyi pun." kata Irsya. "Jam tu bunyi sampai dah nak rosak dah. Bangun la. Nanti lambat pulak." kata Puan Sharifah. Irsya bangun lalu bersiap secepatnya.

Dia turun ke bawah. "Ha Sya. Tak nak makan dulu ke." kata Encik Shahid. "Tak pa. Sya lambat sangat ni." kata Irsya. "Nak abang hantar tak." tanya Qayyum. "Takpelah. Sya naik dengan Syazila." kata Irsya.

Irsya dan Syazila pergi ke Ford Holding. Semasa di dalam kereta, "Goodluck untuk kau. Aku dulu pun gugup jugak tapi kalau kau dapat kerja nanti hati² tau." kata Syazila sambil menelan air liur.

"Sebab apa pulak aku nak kena hati²." tanya Irsya. "Kau tak dengar khabar angin ke. CEO syarikat ni jenis psycho sikit. Dia nak semua perfect.  Salah sikit je akan kena. And then dia ni jenis baran." kata Syazila.

"Betul ke. Aku takut la." kata Irsya pula. "Tak tahu la. Mungkin khabar angin je." kata Syazila. "Isshh kau ni buat aku takut je." kata Irsya. Akhirnya mereka sampai di situ. Irsya  dan Syazila naik ke dalam lift.

Dia dan Syazila terpisah di tingkat 2. "Kau naik di tingkat 17 then kau tunggu je dekat kerusi yang dah disediakan dekat situ sampai nama kau kena panggil. And just jawab ape yang diorang tanya je." kata Syazila.

Aku ingat kembali apa yang telah dikatakan oleh Syazila. Aku dan seorang lelaki masuk semula ke dalam lift. Aku pening yang teramat sehinggakan terjatuh tetapi sempat disambut lelaki itu.

Aku dan lelaki itu berpandangan sesama sendiri dan lelaki itu melepaskan aku hinga aku terhempas jatuh ke bawah. Aku bergegas bangun apabila melihat pintu lift sudah terbuka.

Aku menunggu dan akhirnya dipanggil oleh seorang perempuan. Aku berjalan menuju berdekatan perempuan itu dan melihat tag nama perempuan. 'Hawa rupanya nama akak ni.' kata hatiku.

"Thanks kak Hawa." kataku. "Welcome." balas akak Hawa. Aku masuk ke dalam bilik itu. Aku berdiri di belakang kerusi dan memandang lantai. Takut agaknya apabila melihat dia memandangku.

"Kenape tak duduk?" tanya CEO itu. Aku baru perasan itu ialah lelaki yang  aku jumpa di dalam lift itu. "Kau dengar tak aku cakap ni." kata CEO itu. Aku tersedar dari lamunanku lalu melihat mukanya.

Aku duduk di atas kerusi yang disediakan. "Ada sebab kau nak kerja sini?" tanya CEO itu. "Ade." kata Irsya. "Ape dia." tanya CEO itu. "Saya nak cari duit." kata Irsya. CEO itu tidak berkata apa².

CEO itu memandang Irsya. Irsya memandang lantai kerana terlalu segan. "Okey. Kau diterima." kata CEO itu. "Macam tu je ke Tuan. Tak nak tengok resume tu dulu ke." kata Irsya terkejut.

"Sekarang ni kau nak kerja ke taknak. Kalau nak kerja buat cara nak kerja." kata CEO itu. Irsya mengangguk dan keluar dari bilik itu.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Sorry kalau ada salah tulis😔. Ni first story min. Sorry kalau tak seronok😌. Min akan update 1 cerita setiap hari. Apapun please vote and comment cerita ni. Hope korang enjoy. 😀🌸🌺

Psycho Husband💖Where stories live. Discover now