“ Aku ketawa. Aku ketawa. Aku ketawa. Aku ketawa bersama air mata yang menuruni pipi. Aku ketawa bersama kesakitan yang berada di hati. ”
↭
Mulutku terlopong melihat perubahan Taehyung. Wataknya tiba - tiba sahaja menjadi lain sehingga membuatkan aku berpeluh sejuk. Wajahnya kosong dan matanya juga... kosong. Aku langsung tidak dapat membaca emosinya.
Tidak semena - mena dia mengeluarkan pistol lalu dihalakan ke suami dingin yang sedang bercakap di telefon. Tindakan refleks membuatkan aku terjerit.
"Jimin!"
Bang!
"Am I a good actor, dear brother?"
Tuhan, wajah Jimin pada saat itu tidak dapat aku jelaskan. Dia nampak begitu terluka. Terasa sangat - sangat dikhianati. Lututnya jatuh menyembah bumi. Tangannya yang satu lagi menekan tempat tembakan yang dilepaskan oleh Taehyung. Lelaki kuat itu kini menangis.
Ya, dia menangis. Dan Park Jimin ialah orang yang menganggap air mata sebagai suatu kelemahan buat dirinya.
"Jimin!" Kaki pantas berlari untuk mendapatkannya. Namun pantas rambutku digenggam oleh lelaki yang kini tidak aku kenali.
Dia— dia bukan Kim Taehyung.
"Tolong, tolong jangan apa - apakan Jimin." Rayu aku bersama wajah yang basah. Rambut masih kemas dalam pegangan Taehyung. Sakit tapi kini prioriti aku hanyalah Park Jimin.
"Shut the fuck up." Ugut Taehyung dengan gigi yang diketap kuat.
"Lepaskan dia, Van." Dengan suara yang tertahan, suami dingin itu meminta. Wajahnya semakin lama semakin pucat. Darah kini sudah terlihat jelas di bahagian perutnya.
YOU ARE READING
[C] Vlàdimir. pjm
Fanfiction"Ya liublyoo tibya bol'she fsivo na sveti, sólnyshka. (I love you more than anything, little sun.)" Orang lain kata, dia lelaki berperangai raksasa. Mana mungkin merasakan cinta. Namun orang lain juga silap, kerana kasih lelaki itu terhad. Tersedia...