Tenangnya laut mengundang maut,
Tiada sangka dalam dan isinya,
Saat bersuka ria tidak teringat rasa,
Akhirnya diam-diam terkencundang jua.Siapa aku mahu menduga rasa,
Hati yang berdegup berlainan jiwa,
Tubuh yang didepan mata,
Tetapi semuanya berlainan rasa.Tanpa kamu sedar,
Laut dan kamu sama,
Tidak aku sangka bila ombak datang menimpa,
Menghayutkan segalanya yang ada.Aku bagaikan terlupa,
Bahawa sedalamnya laut,
Tetap mempunyai dasar,
Yang tak terkata gelapnya.Sebaik-baik manusia,
Tetap ada busuknya.
Tiada yang sempurna,
Manusia itu pendosa.-17June2020
YOU ARE READING
Journey
PoetryBersama jiwa yang terluka, Aku salurkan pada setiap aksara, Moga rasa memudar, Menguatkan jiwa yang kian parah.