6

13 0 0
                                    

"Assalamualaikum" aku beri salam perlahan. Pintu kaca separuh transparent aku tolak perlahan hanya memasukkan kepala aku sahaja. Akak receptionist yang memandangku menjawab salam yang aku beri. Aku senyum. Akak tu macam dah agak yang aku intern dekat sini. Aku capai tangan yang dihulurnya untuk bersalaman. Tanpa membuang masa, akak tu mengajak aku masuk ke pejabat. Aku dengan akurnya membontoti akak tu. Ruangan pejabat yang berbeza daripada masa aku temuduga tempoh hari. Setelah beberapa langkah kedalam pejabat, aku memasuki ruangan office yang penuh dengan kaum Adam.
'Mak datuk ramainya kamu wahai lelaki' aku berbisik sendiri. Akak tadi masuk ke dalam satu bilik dan menyuruh aku tunggu diluar seketika.  Di sini, aku dapat merasakan mata-mata hairan memandang aku. Mataku terkial-kial mencari arah tuju. Aku segan untuk mengangkat muka. Jari-jemari aku dikuis kuis. Setelah beberapa ketika, akak tadi meminta aku untuk masuk kedalam. Fuh lega.
Bilik yang aku masuki itu agak luas dan dipenuhi cabinet silver yang tingginya lebih 40 cm dariku. Dengan interior design dalam bilik itu,aku mengagak penghuninya mesti berjawatan tinggi.

"Cik Balqis, ini manager department awak, Tuan Khalid" kakak itu memperkenalkan lelaki separuh usia dan berkemeja yang sedang duduk dihadapanku. Aku mengangguk dan memperkenalkan diriku dengan tertib. Setelah meminta izin untuk beredar,kakak tadi pun berlalu pergi dan sempat melemparkan senyuman padaku. Kini aku bersendirian dalam bilik itu dengan Tuan Khalid.

Awkward

Tuan Khalid kemudiannya memanggil salah seorang pekerja masuk. Satu susuk tubuh rendah yang ketinggian lebih kurang denganku masuk kedalam.
"Ini ketua kamu, Azri" Tuan Khalid memperkenalkan lelaki tersebut. Azri terus membawa aku ke sesi 'orientasi' bersama rakan sepejabat yang lain. Department aku tak besar dan tak begitu kecil. Setelah hampir semua orang aku tegur, Azri bersuara

"Jap tu ada sorang lagi dekat bilik printer" katanya sambil menunjuk ke arah seorang lelaki. Aku dan dia bergerak menghampiri lelaki tersebut.

'My oh my. Indah sungguh ciptaanMu' 
kataku dalam hati.

Hello BoysWhere stories live. Discover now