"Haz nak kahwin? Dengan sape. Name ape. Cantik ke tak? Pandai masak tak?" tanya Datin Marziah bertalu-talu. "Isshh kamu ni Marziah. Tanya la satu². Pening kang anak kita tu." kata Dato' Jefri.
"Satu² ye mummy. Okey first yes Hazriq nak kahwin. Sec Haz nak kahwin dengan PA Haz sendiri. Third name dia Irsya. Fourth yes, dia cantik sangat. And the last one, tak tahu la dia pandai masak tak." kata Hazriq.
"Amboi panjang lebarnye Haz cakap." kata Datin Marziah. Hazriq tergelak kecil. "Kalau dah ade calon tu boleh la kenalkan dekat mummy n daddy." kata Dato' jefri. Datin marziah juga mengiakan perkara itu.
"Esok Haz suruhla Irsya ambil cuti bawa dia jumpa mummy n daddy." kata Datin Marziah. "Memang Haz dah bagi dia cuti pun. Dia masuk hospital. Dia kena tikam dekat office tadi." jelas Hazriq panjang lebar.
"Hah dekat office. Kenape Haz tak bagitahu daddy. Sape yang tikam dia." tanya Dato' jefri. "Haz lupe nak bagitahu daddy. And ex boyfriend dia yang tikam dia sebab dia taknak terima ex bf dia." kata Hazriq.
"Awal tu Haz cari dia. Haz dah suruh orang panggilkan dia tapi dia tak jawap. So Haz pergi sendiri dan Haz nampak Hafiz heret die pergi bilik sebelah tandas." kata Hazriq panjang lebar.
"Kejap. Hafiz? Pekerja paling setia tu." tanya Dato' Jefri. "Yup. Awal tu Haz pun tak percaya tu dia. Tapi lepas tengok dengan mata kepala barulah Haz percaya." kata Hazriq. Dato' Jefri menggelengkan kepalanya.
"Awal tu Haz dengar dulu ape yang diorang cakap tapi tak berapa jelas sebab asyik dengar Irsya menangis. Lepastu lepas Haz dengar Irsya berhenti nangis, Haz terus rempuh pintu bili tu." kata Hazriq
"Habis macam mane dengan Irsya." tanya Datin Marziah. "Haz terlambat. Irsya kene tikam n tangan dia kene toreh dengan jantan tu. Then Haz bawa Irsya pergi hospital. Tu jelah." kata Hazriq.
"Kalau macam tu mummy nak melawat bakal menantu mummy la nanti." kata Datin Marziah. "Tak boleh mummy." kata Hazriq. "Kenape pulak. Mummy nak melawat je pun tu pun tak boleh?" tanya Datin Marziah.
"Bukan tak boleh. Boleh tapi tulah. Haz rahsiakan semua ni. Haz nak bagi surprise. Lagipun doktor kata jangan stresskan dia. Dia dahla baru kene buat macam tu lepastu nak kene kahwin pulak." kata Hazriq.
"Betul jugak." kata Datin Marziah. "Dah la mummy daddy. Haz nak naik atas. Banyak kerja nak kene buat." kata Hazriq. "Aiip kerja office pun nak kene bawak balik rumah ke." tanya Datin Marziah.
Hazriq hanya tersenyum dan naik ke atas. Dia masuk ke dalam bilik lantas merebahkan badannya di atas katil.
Flashback
Irsya keluar dari tandas.
Tiba² mulutnya dicekup oleh seorang lelaki. Lelaki itu membawa Irsya ke sebuah bilik stor yang ada berdekatan dengan tandas. "Hafiz. Apa yang awak nak buat ni. Tolongla jangan macam ni." kata Irsya.
"Kenape pulak. Aku suka kau la Irsya. Aku tak boleh lepaskan kau." kata Hafiz. "Tolongla Hafiz. Kau dah lupa ke ape yang kau dah buat dekat Syaza sampai dia sanggup bunuh diri. Kau dah lupe." kata Irsya.
"Aku tak lupe semua tu tapi saya tak salah. Dia yang goda saya." kata Hafiz. "Kalau betul pun dia goda awak. Kenape dia nak bunuh diri. Patutnya dia rasa seronok sebab dapat ape yang dia inginkan." kata Irsya.
"Ye saya mengaku saye dah rogol dia. Saya sayangkan dia dan sayangkan awak." kata Hafiz. "Jadi betulla ape yang dia cakap dulu. Jadi betulla awak yang rogol dia." kata Irsya.
END FLASHBACK
Kata² Hafiz dan Irsya terngiang² di telinga Hazriq. Hazriq memikirkan siapakah yang dirogol oleh Hafiz. Dia memikirkan sehingga tertidur kerana terlalu penat. Dia tidur terlentang tanpa berselimut.
Keesokkan paginya, kedengaran bunyi jam loceng yang menandakan sudah pagi. Hazriq lantas bersiap dan turun ke bawah. Dia tidak sempat bersarapan kerana mahu bergegas pergi ke hospital.
Setibanya di hospital, Hazriq terlihat Qayyum duduk di kerusi sambil bermain dengan telefonnya. Hazriq pergi menegur Qayyum dengan memberi salam. Qayyum menjawab salam daripada Hazriq.
"so came." tanya Hazriq kepada Qayyum. "Camne ape." tanya Qayyum kembali. "Irsya sudi terima aku tak." tanya Hazriq. "Sabarlah. Aku tahu kau tak sabar nak kahwin dengan perempuan yang kau sayang tu." kata Qayyum.
"Hehehehehe." gelak Hazriq. "mak nak ayah aku tangan bincang dengan Irsya la tu. Baru jek di orang masuk." kata Qayyum.
Di dalam wad di mana Irsya berada, "Sya setuju tak dengan ape yang mama cakap ni" tanya Puan Sharifah. "errmm mama. Sya still tak ready la. Lagi pun umur Sya kan 22 baru." kata Irsya.
"Sya. Kita ni semakin tua bukannya semakin muda. Maka dengan papa pun teringin juga dapat cucu sebelum mama pergi." kata Puan Sharifah. "Baik mama. Irsya akan tunaikan apa yang mama hajatkan." kata Irsya.
Irsya melihat Puan Sharifah dan Encik Syahid keluar dengan gembira. "Aku nak menerima kahwin tapi kenapa. Aku still tak ready nak jadi isteri orang." kata Irsya sedih kerana dipaksa berkahwin.
"abang ni kenapa senyap je. Tak tolong pun Ifah tadi." kata Puan Sharifah. "abang tak tahu nak cakap apa. Jadi abang biar jelah." kata Encik Syahid. Mereka berdua dan Hazriq serta Qayyum turun ke bawah untuk ke cafe.
Di dalam ward Irsya. "Kenapa aku yang kena kahwin. Mama dah adegan calon ke. Aku tak bersedia lagi." kata Irsya sambil menangis. Irsya tidak perasan akan kedatangan Puan Sharifah.
Puan Sharifah datang berdekatan dengan Irsya. "Sya. Mama minta maaf kalau Mama memaksa Irsya tapi ni untuk kebaikan Sya juga. Mama nak Sya bahagia." kata Puan Sharifah. "tapi mama. Sya betul² tak ready lagi." kata Irsya.
"Mama terpaksa sebab Hafiz masih belum diberkas. Mama tak nak dia kacau Sya." kata Puan Sharifah. "OK mama. Kalau tu permintaan Mama." kata Irsya. Puan Sharifah senyum lebar mendengarkan anaknya.
Selepas beberapa hari di hospital akhirnya Irsya pulang. Dia hanya duduk terperap di dalam bilik memikirkan apa yang dikata oleh Hafiz. "Jadi betulla Hafiz yang rogol Syaza." kata Irsya.
Irsya menyesal kerana mengenalkan Hafiz kepada Syaza. Kini Syaza sudah tiada. Irsya terasa sunyi kerana Syazalah yang menggembirakan hatinya di saat dia sedang berduka atau bersedih.
Bagi Irsya, dialah kawan susah senang. Irsya tidur dalam keadaan sedih dan kecewa.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Done 999 word. Please vote n comment. Sorry kalau story ni tak seronok. Have fun. 😉🤗
YOU ARE READING
Psycho Husband💖
FantasyIrsya seorang yang masih mencari pekerjaan yang disukainya. CEO di tempat kerjanya pula berminat dengannya dan di sinilah bermulanya pengembaraan hidup dia. UNTUK CERITA YANG SELANJUTNYA, BACALAH CERITA INI. HAPPY READING Min baru...