Sehari berlalu dengan amat pantas. Habis sudah hari pertama aku bekerja. Aku lihat diluar menampakkan petang yang hendak berlabuh. Jalan raya agak lengang petang itu. Axia hitam yang aku bawa dipandu perlahan menghayati ketenangan jalan. Tiba dilampu isyarat aku termenung. Bukan termenung kosong ye. Aku mengenangkan peristiwa di office
*Flashback*
Langkah kemas Syafiq menuju kearahku. Sekelip mata bayangan pejabat hilang dan digantikan dengan kemunculan taman bunga yang indah ditiup angin sepoi-sepoi bahasa yang terus menjadi background Syafiq.
Ah sudah. Aku angau ke?
Sekelip mata Syafiq sudah dihadapanku.
"Emm nak kertas?" aku gagap. Tanpa balasan darinya dia melepasi aku untuk kedalam bilik tersebut. Betullah lelaki yang pandai pilih minyak wangi ni dapat mencuri hati para wanita. Tibeh.
Setelah mencapai kertas a4 yang berada di rak atas printer, dia terus mengisi ruangan untuk kertas didalam mesin tersebut. Langkah cekapnya secekap Tom Cruise bekerja."Reti guna ke?" soalnya.
"Aa guna apa?" aku membalas soalannya dengan soalan. Dia tersengih. Eeeee cuteee!
"Reti guna tak mesin printer ni?" soalnya lebih jelas.
"Oohhhhh printer" aduh bebalnya engkau ni Balqis. Syafiq merenungku.
"Kenapa?" aku tanya si dia. Kalini dia mengeluarkan ketawa yang singkat.
"Reti ke guna printer ni wahai Cik Balqis" katanya lagi. YA TUHAN BALQIS AKU TAK TAHU SEJAK BILA KAU JADI SEBEBAL NI WEH SOALAN DIA DAH ULANG SEPULUH KALI GILAAA JAWABBB LAH JANGAN NAMPAK. BIMBO SANGAT BOLEH?
"oh eh ha sorry sorry. Saya tak reti guna" aku tunduk.
"Kan senang cakap awal-awal"
Aku hanya mampu ketawa. Syafiq mengajarku cara hendak mengendalikan mesin printer itu. Aku dengar tak dengar je sebenarnya.
"Kalau ada apa-apa takyah malu. Tanya je" kata-kata terakhirnya. Tanpa aku sempat mengucapkan terima kasih dia terus beredar.
Aku rasa
Aku rasa
Aku rasa nak bunuh diri. Haaaaaaaa
Kenapa dalam banyak-banyak masa, tadi jugak kau nak jadi manusia paling bebal dalam dunia??? Aku menepuk-nepuk dahiku.*End of flashback*
Sampai dihalaman kawasan rumah aku lega. Tak sabar nak tidur! Nak lupakan semua.
YOU ARE READING
Hello Boys
RomanceBALQIS HUMAIRAH Seorang pelajar Degree in Information Technology. Bakal intern di Sofline Malaysia company, salah satu syarikat IT di Malaysia. Little did she know, department yang dia akan bekerja majoriti adalah pekerja lelaki. Adakah Balqis akan...