Matahari sudah sedikit menyeret hendak ke arah barat, Ahmad Fathi masih kekal berposisi duduk di kerusi pemandu keretanya yang hitam metalik itu. Sambil menunggu kehadiran seseorang, ditelitinya telefon dalam suhu sejuk dihembus-hembus pendingin hawa. Pandangan lelaki itu sesekali berpindah ke luar kereta juga - mundar mandir memerhati - dan kemudiannya berpindah lagi pada telefon yang sedang terpapar perbualan antara dia dengan orang yang hendak dia temu itu. Perbualan antara mereka begini bunyinya:"Biasa orang ajak I jumpa waktu malam. You ajak waktu siang."
"Malam I sibuk. I Ada kerja, sayang."
"Yelah tu..."
"Iya."
"Ke tak boleh keluar malam? Bini ikat."
"Tak lah. Tak. Tak. I single lagi."
"Yelah tu single... tak baik tipu... Bagitahu je. I tak kisah."
"Yelah, yelah. I dah ada isteri. Tapi malam ni I betul-betul busy. Ada kerja."
"Dah berbini rupanya. Tak baik tipu tadi, tau."
"Kalau jujur takut awak tak suka."
"Mana ada. Saya ok je dengan siapa-siapa. Janji pengerasnya ada!"Ahmad Fathi tersenyum. Sempat dalam kepala bermain adegan nakal yang rekayasa. Dia antara laki-laki yang bisa berimaginasi yang berlebihan tentang perkara semacam itu.
TUK! TUK! TUK!
Bunyi ketukan perlahan di tingkap kereta. Orang yang mahu ditemui Ahmad Fathi itu sudah menjelmakan diri. Berdiri di tepi bahagian kiri kereta itu adalah seorang gadis muda - kelihatan sedikit menunduk dia dengan mata memandang ke dalam kereta, menangkap tubuh Ahmad Fathi. Orangnya - gadis itu - bertubuh tinggi, tidak kurus serta tidak pula gempal tubuhnya cuma sedikit berisi dan muka pula putih melepak yang disolek ringkas; sama seperti gambaran dilihat Ahmad Fathi itu dalam Twitter. Dikepala perempuan itu ada balutan kain tudung warna hijau sage (Sage Green).
"Malam ada kuliah agama ke?" Angel, gadis itu, bertanyakan. Terjungkit keatas kening-kening Ahmad Fathi. Hairan sebentar. Tangannya beralih dari kunci kereta yang sudah dipulas untuk menghidupkan enjin itu kepada handel gear.
"Kuliah agama? Kuliah agama apa ni?" Balas Ahmad Fathi juga dengan soalan. Angel mengukir senyum saja. Senyumnya itu manis mengoda Ahmad Fathi. Lembut saja suara Angel memberi respon kemudiannya, "Awak bukan ustaz? Maaf. Saya ingatkan awak ustaz... Sebab muka tu." Ditelitinya wajah Ahmad Fathi yang putih kemerahan, ada sedikit jambang yang rapi dan lengkap dengan hidung mancung. Dalam hati dia merasakan wajah itu ada iras-iras penceramah agama selebriti atau... Boleh jadi penceramah agama biasa yang dilihatnya selalu dan jarang-jarang itu. Sunni atau Wahbabi (sengaja diubah: Wahabi + babi) Angel tak ambil tahu pun.
"Saya bukan Ustaz lah..." Jawab ringkas Ahmad Fathi. Matanya memerhati ke luar tingkap kereta dan sesekali memandang juga paparan bahagian luar belakang kereta melalui skrin di bawah lubang hawa dingin keluar. "Saya kerja biasa je." Sambungnya. Ada bunyi O keluar dari mulut Angel. Tanda dia faham. Tapi bunyinya perlahan sampai tidak kedengaran. Kemudiannya dituruti pula soalan "Cik adik manis dah makan ke?"
"Belum. Belum lagi. Tak lapar lagi. Makan lepas kita...."
"Lepas kita....?"
"Lepas kita peluk-peluk nanti."
"Peluk-peluk je?"
"Isyyy...."
"Hahaha... Kenapa tak nak makan lagi?"
"Isyyyyy... Awak ni... Kan dah beritahu tadi: saya tak lapar lagi."
"Ouh... Tak lapar nasi lagi."
"Ya."
"Lapar benda lain?"
"Benda lain?"
"Lapar pisang?"Ahmad Fathi seketika memandang ke bawah. Memandang ke seluar slack putih sedikit kekuningan yang dia pakai itu. Angel turut mengekori pandangan Ahmad Fathi juga dan sedarilah apa yang Ahmad Fathi maksudkan dengan 'pisang' walaupun hakikatnya sudah dia tahu apa maksudnya itu.
"Ishhh... Awak ni." Angel menyuit bahu Ahmad Fathi hingga tertolak sedikit dia ketepian, melanggar lemah pintu keretanya. Pandangannya kemudian beralih kepada cermin tingkap di tepinya itu. Sudah tinted. Beberapa ketika gadis itu menghadap ke depan kembali. Sesekali menjeling-jeling Ahmad Fathi yang sedikit ada rupa itu.
YOU ARE READING
MANTIS
Short Story"Biasa orang ajak I jumpa waktu malam. You ajak waktu siang." "Malam I sibuk. I Ada kerja, sayang." "Yelah tu..." "Iya." "Ke tak boleh keluar malam? Bini ikat." "Tak lah. Tak. Tak. I single lagi." "Yelah tu single... tak baik tipu... Bagitahu je...