Beberapa bulan kemudian...
Gempa menuruni anak tangga dengan susah payah dan berhati-hati kerana membawa perut yang besar.
Sampai sahaja di tangga akhir, dia mencari kelibat suaminya. Dia kerling ke arah jam dinding, pukul 8 malam. Sepertinya Ice belum balik dari kerja.
Dia menapak ke arah dapur, untuk memasak makan malam.
"Ice akhir-akhir ni sibuk aje dengan ofis. Rasa macam diduakan dengan ofis dia aje. Aku bom kan baru tau." omel Gempa dengan mulut dicebikkan.
"Nak masak apa ya?" peti sejuk di buka. Dia melihat bahan masak yang terdapat dalam peti itu.
"Anak mama nak makan apa harini?"
Gempa bertanya pada bakal anaknya yang sedang dia kandungkan itu. Kandungannya sudah berusia 7 bulan, lagi 2 bulan dia dan Ice bakal terima cahaya mata yang pertama.
Gempa senyum bila merasai tendangan dari dalam perutnya. Perlahan dia mengusap perutnya yang membonyot itu.
"Kita makan carbonara goreng nak? Hm macam sedap juga. Okey jom masak!"
Gempa terus mengeluarkan bahan-bahan yang diperlukan. Nasib baik bahan untuk membuat carbonara ada, jikalau tidak entahlah. Mungkin suaminya yang akan jadi mangsanya nanti.
Ting! Tong!
Pergerakan Gempa terhenti, bila mendengar loceng rumah ditekan. Dahinya berkerut seraya meletak bahan yang di ambil ke atas kaunter dapur.
"Pelik, kalau itu Ice mesti dia dah masuk tak perlu tekan loceng bagai. Hm, kut ada yang datang. Maybe mama or mertua aku?"
Gempa mengorak langkah keluar dari dapur dan menuju ke pintu utama rumah.
Pintu rumah dibuka, senyuman manis dilakarkan namun senyumannya tidak bertahan lama bila melihat wajah orang yang mengunjungi rumahnya. Wajahnya berubah. Pucat tidak berdarah.
"K..kau..."
Tbc...
Hehehehe konflik is coming again mehehehe...
YOU ARE READING
Another Day | Done For Me (IceGem S2) [C]√
Fanfic"I feel you in the cold wind, I close my eyes and think of you. It's hurts and hurts. But I can't look at you. Everyday I missing you, what do I do?" "Hold me, don't let go. Please don't leave me." "When we meet again, I'll tell you that I love you...