Part 31

931 85 22
                                    

Ice keluar dari lift dan berjalan menuju ke pintu utama bangunan syarikatnya yang sememang sudah sepi kerana hari sudah lewat malam dan hanya dia sahaja yang ada di sana kerana ingin menyelesaikan beberapa dokumen penting.

Jam tangan dikerling. Pukul 8 lebih.

Parkir kereta ditujunya. Perasaannya kurang sedap sedari tadi. Dia ingin pulang cepat-cepat, dia risau akan keadaan isterinya yang sarat mengandung di rumah.

"Baru nak balik tuan?"

Ice menoleh pada teguran itu. Dia senyum pada pakcik guard itu.

"Ya pakcik. Saya risau kat isteri saya yang duduk sorang-sorang di rumah. Takut terjadi apa-apa." kata Ice.

Pakcik guard itu hanya tersenyum.

"Macam tu, pergilah balik. Isteri kamu harus diutamakan. Pakcik pergi dulu ya. Hati-hati balik."

"Ya pakcik."

Mereka berdua berbalas senyuman. Pakcik guard berlalu pergi kerana ingin membuat rodaan di sekitar syarikat miliknya. Ice tanpa melengahkan masa, terus masuk ke dalam kereta.

Enjin kereta dihidupkan. Baru sahaja dia mahu pegang handbreak, terbantut bila telefonnya berbunyi.

Laju tangannya menyeluk poket seluar, telefon pintarnya dikeluarkan. Nama papanya naik ke skrin.

"Hello papa, ada ap.."

"Ice!! Pihak hospital sakit jiwa ada call papa yang Elies lari dari hospital!!"

"Apa?!"

Seiring Ice menjerit terkejut dengan berita yang di sampaikan oleh papanya, dia terdengar bunyi letupan yang maha kuat dari belakang. Telefonnya yang di pegang terlepas dari pegangannya, bila anak matanya melihat ke arah cermin sisi keretanya. Bangunan syarikatnya di jilat oleh bara api.

Ice keluar dari kereta. Dia memandang bangunan 18 tingkat itu sudah sepenuhnya dijilat api dengan begitu cepat. Dia terkedu dengan apa yang dia lihat, terdapat satu kain rentang putih yang tertulis 'Dendam harus dibalas' sebelum kain itu hangus dimakan api.

"Tuan!! Nasib baik tuan masih ada, syarikat tuan..."

Pakcik guard yang menegur Ice tadi, berlari anak mendapatkan si majikannya yang masih statik memandang keadaan syarikat kesayangannya.

Ice tersedar. Otaknya terlintas sesuatu. Dia pandang ke arah pakcik guard itu.

"Pakcik call bomba cepat! Saya nak pakcik tolong settle kan benda ni kejap, saya harus balik sekarang. Isteri saya dalam bahaya!"

"Baik tuan, saya menurut perintah!"

Di saat Ice mahu berbalik. Telinganya menangkap suara tembakan dilepaskan.

"Argh!"

Ice mengerang bila bahunya terkena tembakan tersebut. Rasa biji timah yang panas itu seperti mahu membakar tubuhnya sahaja. Sakit.

"Tuan!"

"Tak apa saya okey. Saya pergi dulu."

Sempat Ice mengedarkan mata untuk mencari siapa yang sudah berani berbuat begitu padanya. Namun dia tidak jumpa sesiapa.

"Shit!"

•••••

"Jangan mendekat! Pergi!!"

Jeritan Gempa menggema di setiap penjuru rumah.

Gempa melangkah mundur, anak matanya menatap seseorang yang berpakaian hitam.

"Pergi? Aku susah-susah datang ke sini sebab nak jumpa kau. Senang-senang aje kau suruh aku pergi? No bisu."

Gempa mengambil langkah untuk selamatkan diri berserta anaknya yang tengah dia kandungkan itu. Takut jikalau benda tidak diingini terjadi pada anaknya.

"Apa kau nak lagi dari aku Elies?! Macam mana kau boleh terlepas dari hospital sakit jiwa? Kau.."

"Aku yang lepaskan dia."

Gempa berbalik bila terdengar suara seseorang dari arah belakangnya.

"Kau siapa?"

"Kau tak perlu tau babe. Maaf jika aku lakukan ini pada kau babe."

Orang itu dengan cekap memukul keras tengkuk Gempa, buatkan lelaki mengandung itu rebah tidak sedarkan diri.

"Jom blah!"





















Tbc...

Another Day | Done For Me (IceGem S2) [C]√Where stories live. Discover now