Riak Abg Tapa seolah2 menceritakan hasil rundingannya. Amran bayangkan Abg Tapa akan muncul dari dalam stor dgn wajah ceria, tetapi apa yg berlaku adalah sebaliknya. Abg Tapa sugul, kusut, langkahnya diiringi nada kecewa. Dalam hati Amran berharap agar reaksi Abang Tapa itu cuma lakonannya semata. Sebaik sampai ke kereta, Abg Tapa mengarahkan kumpulan Amran dan rakan2 untuk terus masuk ke perut kereta. Enjin dihidupkan dan mereka terus meninggalkan perkarangan stor getah tauke Leong.
RAZAK : Camno bang?
ABG TAPA : Hmmphh...
Abg Tapa hanya menjawab soalan Razak itu dengan keluhan yg panjang. Yg lain2 pula hanya membisu dan menunggu jawapan Abg Tapa. Namun, mereka seakan2 sudah dapat mengagaknya.
ABG TAPA : Tak hondak deh.
AMRAN : Ai.. Bagi hago murah pun dio taknak?
RAZAK : Dio ingat kampung kito tak banyak gotah kot..
SALIM : Suruh dio datang duo hari sekali pun takpo.
ABG TAPA : Datang duo hari sekali, hago singgit sekilo. Totap dio taknak. Kato eh, lotak hago limo pusen sekilo pun dio totap takkan hantar lori masuk kampung ambik gotah kampung kito.
AMRAN : Apolak sampai camtu lak? Dio ado dondam dgn org kampung kito ko?
ABG TAPA : Pueh abg pujuk eh. Totap jugak dio taknak.
LEMAN : Sobab eh?
RAZAK : Apo pun sobab eh, takkan takleh ejas?
ABG TAPA : Sobab ni memang takleh ejas. Sobab Atong.
Amran dan rakan2 semakin berminat hendak mendengar penjelasan lanjut Abg Tapa. Sementara itu, otak masing2 ligat berputar menjangka kaitan dan halangan yg disebabkan oleh Ah Tong yg mengakibatkan keengganan Tauke Leong membeli getah mereka.
ABG TAPA : Stor kek kampung kito tu stor Atong. Atong yg ado hak boli gotah kek kampung kito. Jadi Tokey Leong takkan masuk campur. Ini adat bisnes org cino, kato eh..
AMRAN : La.. Camtu lak..
ABG TAPA : Kalau stor gotah tu Ramasamy punyo ko, Nordin punyo ko, dio tak kisah. Dio berani langgar. Tapi itu stor Ah Tong. Kalau dio masuk kampung kito, makno eh dio dah langgar bisnes org cino lain. Buleh jadi gaduh kato eh. Dan kalau gaduh, tokey2 cino lain akan bekap Atong. Akibat eh nanti bisnes dio jugak akan melingkup.
AMRAN : Padan la dio taknak.. Abg tak koba ko Atong takkan balik ke kampung laie dah? Dio dah buek taik, takdo eh dio berani masuk kampung laie doh..
ABG TAPA : Dah koba dah. Sumo abg cerito. Tak maun deh dipujuk doh. Baru semalam Atong cabut tingga an stor. Lain la kalau dah berbulan2 Atong tak datang ke kampung lagi.
AMRAN : Kalau nak kono tunggu berbulan2 baru tokey Leong nak masuk kampung, paghah..
LEMAN : Takdo ko tokey gotah lain?
ABG TAPA : Ado. Tokey Leong ni kona sumo tokey gotah kek Pilah ni. Hampir sumo hago lain2. Tapi dio berani jamin, dio boli paling mahal kek Pilah ni. Tokey lain paling tinggi pun singgit duo pusen.
RAZAK : Tak kisah la. Baik kito cubo tanyo tokey lain tu..
ABG TAPA : Masalah eh samo jugak. Bukan pasal hago. Tapi pasal sumo tokey tu cino. Cino totap takkan pancung bisnes cino lain. Nak cari tokey gotah melayu.. Huh, mano nak ado.
Seisi kereta Abg Tapa senyap. Masing2 melayan fikiran buntu sendiri. Abg Tapa sendiri seolah2 sudah menyerah kalah. Habis kering air liurnya berunding dengan Tauke Leong tadi.
LEMAN : Apo kato kito singgah Senanti. Kot2 Acik Liyeh ado idea..
RAZAK : Ekau ni tak habih2 dgn Acik Liyeh. Dio tongah motong tu.
LEMAN : Puko berapo dah ni. Takkan motong laie?
RAZAK : Dio tongah tunggu gotah boku la tu. Kang nak jual kek tokey Leong.
Semasa mereka sampai di Tanjung Ipoh, tiba2 Abg Tapa membelokkan kereta masuk ke simpang Seri Menanti. Tindakannya mengundang reaksi yg pelbagai. Manakan tidak, semasa mereka dari kampung ke Terachi tadi, beriya2 Leman ajak Abg Tapa singgah Seri Menanti namun Abg Tapa enggan. Alasannya yg paling tegas, jalan antara Senaling dan Seri Menanti itu bengkang bengkok dan dipenuhi dengan tahi lembu. Dia tak sanggup merisikokan keretanya melalui jalan yg lebih jauh, bengkang bengkok dan kotor itu.
Tetapi semasa dalam perjalanan balik ini dia dengan rela memasuki jalan itu. Segala persoalan dari Amran dan rakan2 dijawabnya acuh tak acuh. Hinggalah mereka berhenti di hadapan sebuah hentian bas. Terus dia mengerling sambil melemparkan sengihan misteri ke arah Amran yg duduk di sebelahnya.
ABG TAPA : Ran.. Kau tengok ni boto2.. Yg lain2 pun tengok. Pasang telingo, bukak mato. Tengok, donga, pahamkan, ingat..
AMRAN : Apo bang?
ABG TAPA : Ini stereng. Guno eh utk kawal arah kereto. Puleh kiri, nak belok kiri. Puleh kanan nak belok kanan. Kek kaki lak ado tigo pemijak. Yg kanan sekali pedal minyak. Bilo tokan minyak, kereto begorak. Tongah, pedal brek. Utk slow atau beronti an kereto. Yg kiri tu pedal klac. Kono tokan pedal klac tu utk tukar gear. Tukar gear kek tuil ni. Pakai tangan kanan, sambil kaki kiri pijak klac. Ado onam gear. 1, 2, 3, 4, 5 dan 6..
AMRAN : Bukan 6 tu bang. R tulih eh tu.
ABG TAPA : Abg sajo nak test kau tengok boto2 ko tak. Haha..
Abg Tapa terus memberi kuliah kelas memandu kepada Amran dan rakan2. Rupanya dia dapat idea untuk menyelesaikan masalah menjual getah. Kalaupun Tauke Leong enggan masuk ke kampung untuk membeli getah mereka, namun mereka masih boleh menjual jika mereka bawa getah dari kampung ke stor Tauke Leong. Maka, Abg Tapa merancang utk menjadikan salah seorang dari Amran dan rakan2 sebagai pemandu yg membawa getah dari kampung untuk dijual di Terachi.